Skincare Apa Tu? | Pore Purifying Serum Cleanser Hilangkan Makeup Sekelip Mata
Assalamualaikum.
Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang satu lagi produk baru dari Althea iaitu Pore Purifying Serum Cleanser. Dalan rutin skincare korang mesti ada double cleansing kan? Bagi sesetengah orang mungkin double cleansing ni tak penting. Tapi bagi orang yang gunakan makeup hari-hari double cleansing ni sangat penting tau sebab nak make sure segala makeup yang kita pakai tu hilang dan muka kita bersih sebersihnya.
Apa yang menariknya Pore Purifying Serum Cleanser ni? Actually cleanser ni lebih kurang macam oil cleanser. Cleanser ni membersih segala kotoran tapi dengan serum-like formula serta mengimbangkan pH level dekat kulit muka. Sini Iza senaraikan dengan lebih details apa yang best dengan Pore Purifying Serum Cleanser ni:
Pencuci Dengan Pengimbang pH Yang Melegakan Kulit
Macam Iza cakap, cleanser ni boleh mengimbangkan pH level kulit muka kita. Clenaser ni mempunyai pH level 5.5 ~ 6.5 untuk memastikan kita dapat kulit muka yang sihat. Kita perlukan pH level yang seimbang supaya kulit muka kita boleh berfungsi pada tahap optimum dan boleh mengelakkan dari kehilangan kelembapan yang sepatutnya dan terdehidrasi.
Penyelesaian Pembersihan Yang Sempurna
Clenaser ni akan membersihkan kulit muka secara mendalam dengan mencairkan makeup tanpa kerengsaan. Bukan setakat tu je, cleanser ni lightweight so bila kita cuci muka tak akan rasa berminyak macam oil cleanser biasa. Ni disebabkan clenaser ni menggunakan Jojoba Seed Oil yang hampir sama dengan kulit natural.
Pelembapan Yang Tinggi Dengan Sistem Sel Dwi Kelembapan
Serum-like formula yang digunakan dalam cleanser ni melindungi kulit dan menghidrat kulit dari dalam. Sistem sel dwi kelembapan tu pulak adalah gabungan air dan minyak yang membuang makeup dan kotoran secara efektif tetapi dengan lembut. Jadi cleanser ni sesuai jugak untuk korang yang kulit sensitif. Dengan adanya sistem sel dwi kelembapan ni, akan ada moisture barrier dekat kulit muka and korang tak akan rasa terganggu mata kabur jugak bila guna cleanser ni.
Membuang Kulit Mati Dengan Kuasa Pembersihan Ekstrak Pudina
Ekstrak pudina boleh mengetatkan pori yang letih dan besar serta membuang sel kulit mati. Selain tu cooling effect dari pudina tu boleh merendahkan suhu kulit dan meredakan jerawat. Dengan adanya sifat antibakteria mebolehkan kulit sentiasa sihat dan melegakan keradangan yang disebabkan oleh jerawat. Selain boleh membuang segala kotoran dan sel kulit mati, ekstrak pudina jugak boleh mengecilkan liang pori.
My Review
Iza memang suka oil cleanser. Macam Iza cakap Iza ni pakai makeup hari-hari bila pergi kerja. So Iza perlu buat double cleansing untuk pastikan semua makeup Iza hilang semuanya. Tapi susah nak cari oil cleanser yang tak mengaburkan pandangan bila masuk mata. Dengan Pore Purifying Serum Cleanser ni boleh. Fuh. Lega rasanya jumpa produk macam ni.
Bukan setakat jadi double cleansing tapi kadang-kadang Iza guna untuk remove makeup macam guna micellar water or makeup remover wipes tu. Tekstur dia macam oil cleanser tapi bila korang sapu dia tak rasa berminyak and lepas dah lap dengan tisu akan kering macam tak letak apa-apa. Senang kan? Selain dari jadi makeup remover actually Pore Purifying Serum Cleanser boleh jadi cleanser biasa jugak. Cumanya Iza tak prefer sebab Iza suka kalau ada buih. Kalau pakai cleanser ni tak rasa buih kat muka. Hehe.
Cara-cara guna Pore Purifying Serum Cleanser:
Untuk buang makeup:
Langkah 1 - Tuang produk sedikit dekat tapak tangan
Langkah 2 - Massage produk ke seluruh bahagian muka secara bulatan untuk membuang kotoran dan makeup
Langkah 3 - Kemudian bilas dengan air. Lepas tu korang boleh continue dengan cleanser korang.
Untuk membersih muka:
Langkah 1 - Lembapkan muka dan sapukan sedikit produk yang dah diletakkan di tapak tangan.
Langkah 2 - Massage dengan lembut produk ke seluruh muka secara bulatan selama 5-10 saat sebelum bilas dengan air.
Pore Purifying Serum Cleanser ni sangat recommended untuk pada orang yang ada kulit sensitif dengan produk yang berunsur minyak dan perlukan cleanser yang mild. Kalau korang nak cuba korang boleh check out link dekat bawah ni ok?
Harga: RM 33.00
Website: Althea.kr
Instagram: @altheakorea
Thanks for reading. Till we meet again.
Assalamualaikum.
* * *
(Disclaimer: The product was sponsored by Althea for Althea Angels.)
Mirror tu cantik nya.
BalasPadamLoved reading thiis thanks
BalasPadam