Review Dr. Wu #7DaysRenewalChallange

Assalamamualaikum.

Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang another skincare review. Lately ni banyak dapat produk skincare untuk Iza review. Most of it Iza letak dekat Instagram Iza. But this one deserve a blog review. Skincare kali ni Iza dapat dari Watsons Beauty Box which kali ni dorang bagi cuba brand Dr. Wu Mandelik Renewal System. So this campaign require Iza untuk accept #7DaysRenewalChallenge.


DR. WU MANDELIK RENEWAL SYSTEM

Kalau korang nak tau brand Dr. Wu ni actually brand dari Taiwan. Tapi brand ni agak famous jugak la dikalangan skincare lover. Kalau sebut Dr. Wu memang orang tau. For me, Iza baru pertama kali cuba produk dari Dr. Wu. So dalam Mandelik Renewal System ni ada Renewal Cleansing Mousse with Mandelic Acid, Intensive Renewal Serum with Mandelic Acid dan Mandelik Pore Refining Essence Toner. Tapi kalau korang guna this series (all) recommended untuk topup dengan Intensive Hydrating Serum with Hyaluronic Acid.


This series sebenarnya berkonsepkan chemical peeling treatment at home. Hasil dari kajian yang dorang dah buat dengan menggunakan Mandelic series ni 70% dapat hilangkan blackhead, 17% dapat kecilkan pori, 48% dapat hilangkan jerawat, 22% dapat hilangkan parut jerawat dan 24% dapat kurangkan sebum berlebihan.

STEP 1: RENEWAL CLEANSING MOUSSE WITH MANDELIC ACID


Bahan utama dalam cleanser ni definitely Mandelic Acid yang bertindak untuk menghilangkan blackhead dan mengecilkan pori. Selain tu ada Bioplasma mengurangkan kehilangan moist dan buatkan kulit muka sentiasa hydrated. Amino Acid untuk jadikan cleanser ni gentle serta tak rasa tegang dekat muka dan Soothex untuk mengelak atau melegakan ketakselesaan pada kulit muka.


Cleanser ni memang sangat gentle dengan texture yang sangat foamy tapi korang tak rasa bersabun. Bila sapu kat muka ibarat sapu buih je. Cleanser ni jugak alcohol and artificial fragrance free tau. So yang kulit sensitive tak perlu risau nak cuba. Lepas Iza cuci muka memang rasa muka fresh je tapi lagi best kalau guna dengan facial cleansing brush. Muka akan rasa bersih. So far Iza pakai memang tak rasa tegang lepas cuci muka but instead rasa muka lebih soft.


STEP SPECIAL CARE: INTENSIVE RENEWAL SERUM WITH MANDELIC ACID


Bahan utama serum ni pun ada Mandelic Acid. Ada Hyaluronic Acid dan β-polyglucosome yang menghidrat dan menenangkan kulit serta melegakan dari kulit kering dan gatal. Selain tu menjadikan kulit lebih lembut dan halus jugak.


Serum ni under kategori special care so serum ni suggested untuk pakai lepas cleanser dan sebelum toner. Texture dia sangat watery dan sangat senang nak absorb dengan cepat. Biasa serum ni texture akan pekat sikit tapi ni memang tak ya. Recommended untuk pakai 2 hingga 3 kali seminggu pada waktu malam je sebab kandungan Mandelic Acid dia 18%. Jangan la korang bantai pakai hari-hari pulak. Yang ni memang sangat sesuai untuk kulit combination normal to oily. Untuk yang kulit sensitive pun boleh guna since dalam serum ni tak ada alcohol, paraben and artificial fragrance.


STEP 2: MANDELIK PORE REFINING ESSENCE TONER


Untuk toner ni pulak ada banyak bahan utama yang fokus pada kecilkan pori antaranya Mandelic Acid, Salicylic Acid yang jugak boleh menghilangkan jerawat, Witch Hazel Extract yang jugak boleh mengawal penghasilan sebum. Selain tu ada jugak Vitamin B3 dan Vitamin B5 yang menambah tahap kelembapan dan melegakan kulit. Dalam toner ni ada jugak Zinc Lactate yang mengaturkan penghasilan sebun dan mengimbangi kandungan air dan minyak pada kulit.


Texture toner ni pun watery and biasanya Iza akan guna cotton pad bila Iza tak apply Step Special Care tu. Kalau Iza buat Step Special Care Iza just ratakan toner kat muka guna tangan then dap dap je. Toner dia sangat refreshing bila pakai dan sangat sengan nak absorb pada kulit jugak.


STEP 3: INTENSIVE HYDRATING SERUM WITH HYALURONIC ACID


Another serum yang recommended add on bila guna Mandelik Renewal System ni. So bahan utama dia antaranya HyaluComplex yang ada Sodium Hyaluronate untuk melindungi kelembapan, Hyalo-Oligo untuk menghidrat kulit hingga ke dalam, Hyalufix GL untuk meningkatkan tahap kelembapan dan jadikan kulit kekal terhidrat dan Optim-Hyal untuk perbaiki tahap hidrasi kulit serta jadikan kulit lebih lembut. Bahan utama lain pulak seperti Active Yeast Extract yang boleh perbaiki lapisan kulit yang rapuh dan improve metabolisma kulit untuk jadikan kulit lebih firm dan elastic. Ceramela pulak menjadikan kulit lebih lembut.


Serum yang ni sumpah best. Texture dia memang agak pekat tapi bila apply tak rasa sticky pun tapi korang akan rasa kulit lebih lembab and at the same time rasa kulit muka sangat smooth. Iza rasa macam ada satu layer yang cover muka Iza lepas pakai serum ni and buatkan kulitkan muka Iza lembut.


OVERALL REVIEW

Untuk dalam satu word apa yang Iza boleh describe is BEST! Bagi Iza Mandelik Renewal System yang Iza dapat ni memang sangat sesuai untuk kulit combination normal to oily or even oily skin pun ok Iza rasa. Untuk kulit kering Iza tak recommend sebab bagi Iza set yang pakai ni memang buatkan minyak kat muka Iza sangat berkurang and boleh jadi a bit kering kalau tak apply serum dekat Step 3 tu. Sebab tu Iza cakap kena add on serum tu. 


Selepas 7 hari Iza guna set ni which only this 4 items je apa yang Iza nampak, parut jerawat Iza makin pudar and liang pori Iza pun makin mengecil dan nampak lebih bersih. Blackhead Iza pulak less than before. Tapi all these tak nampak too obvious dekat kulit Iza tapi the difference tu still there la. Apa yang paling best Iza rasa bila Iza bangun pagi muka Iza rasa fresh sangat. Langsung tak ada minyak and rasa lebih firm and elastic. Dia punya feeling tu macam baru je pakai skincare. Haa sampai macam tu rasa dia. Ni Iza tak pakai moisturiser tau, kalau add on moisturiser mesti lagi best. So Iza sangat recommend set ni untuk korang try. 

KAT MANA NAK BELI?

No worries, korang boleh sangat dapatkan semua ni dekat mana-mana outlet Watsons. Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh check out link dekat bawah:

Website

Instagram

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: Product was given to me by Watsons International. All review are honest and product I’m using might goes well with my skin but not with yours.)

Ulasan

  1. Selalu juga dengar positif review tentang produk dari Dr Wu ni. Nampak berkualiti dan berbaloi untuk dicuba juga. Tapi selalunya kalau produk kecantikan perlukan penggunaan yang konsisten baru boleh nampak hasilnya kan? hihi

    BalasPadam
  2. suka klu ada texture cleanser yang foamy sbb best klu usap muka, and wow it does work well on you!
    i feels like trying as well

    BalasPadam
  3. Dr Wu ni memang produk bagus. Akak pernah pakai dulu. Cuma itulah, tak dapat konsisten sebab harga dia. Kena jimat cermat pakai apabila Iza dah start guna. Hahaha.

    BalasPadam
  4. Perubahan yang ketara. First time jugak dengar produk keluaran Dr. Wu ni. Bolehla nanti cuba tengok kat Watson.

    BalasPadam
  5. Bagus-bagus ingredients dalam produk Dr Wu ni kan? Me sangat tertarik dgn toner yang boleh kecilkan pori tu. Nak tengok la nanti kat Watsons.

    BalasPadam
  6. first time tau pasal mandelic acid. sounds interesting to try. thanks for sharing

    BalasPadam
  7. Oo ada kat Watson ek? Tgk byk bg review yang positif pasal produk ni nnt leh la rekke

    BalasPadam
  8. Nampak macam bagus je produk Dr. Wu ni. saya pun tengah riki2 produk untuk skin care saya ni. nanti nak try buat research lg la pasal produk ni.

    BalasPadam
  9. Bahan digunakan pun berkeyakinan sebab no paraben. Oh tak syak lagi ni produk #1 Taiwan oleh dermatologist.Madam influenced pada solusi 70% boleh handle blackhead + kontrol sebum. Good product.Tenkiup.

    BalasPadam
  10. Fokus Sis baca sebab nampak menarik plak produk ni laaa.. ingat nak cuba produk baru..now memang tengah rehatkan muka dari sebarang produk..

    BalasPadam
  11. Wow geramnyaaa tengok serum tu. Iza share best, ni rasa nak try ni..Memang tengah tercari2 serum yg sesuai!

    BalasPadam
  12. First time dengar nama produk nie. Suka tengok packaging dia. Nampak mahal dan classy. Anyway, cantik2 gambar. Suka tengok

    BalasPadam
  13. Ramai yabg bagi review postif produk dr.wu. mesti menjadi la kan. Tapi kena konsisten n disiplin la juga 😊

    BalasPadam
  14. I like Dr Wu skincare too, usually i use their facial mask is very hydrating and soothing.

    BalasPadam
  15. Kalau sesuatu produk diasaskan oleh seorang domtor pasti produknya bagus spt produk dari Dr Wu jd kita yakin menggunakannya

    BalasPadam
  16. cantiknya kulit iza !!!!!!!!!!!! akak tak pernah lagi guna produk Dr Wu ni tapi nanti nak cari lah.. nak kulit yang cantik macam iza.. hee~

    BalasPadam
  17. This facial product is so cool and first time dengar about Dr. Wu. Looking at the result really attract me to also try this product in near future.

    BalasPadam
  18. cantiknya kulit after guna..nampak smooth...1st time tahu produk Dr.Wu ni..not bad..nanti boleh try..

    BalasPadam
  19. sdg cari produk yg bsgus...sbb jeragat dah mula naik..dah terpikat dgn Dr Wu..skin care..yeah..2 hari dah guna reneweal serum mandelic asid dan intensive whitening serum gluthalight...harap2 berkesan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular