Ada Apa Tu? | Idea Bijak Sunway Hotels & Resorts Untuk Projek "Soapful"

Assalamualaikum!

Hello readers. Hari ni Iza nak share dengan korang event yang Iza attend last month. Baru hari ni Iza dapat share atas sebab masalah teknikal yang kena hadap. So event yang Iza pergi kali ni a little bit macam formal. Pada 5 Disember 2018 yang lepas Sunway Hotels & Resort telah melancarkan projek terbaru dorang yang dinamakan sebagai "Soapful". Projek ni dirasmikan sendiri oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah.



Apa yang menariknya dengan projek ni? Actually Sunway Hotels & Resorts mengambil inisiatif dengan memproses semula sabun hotel yang terpakai dan membantu rumah kebajikan dengan hasil jualan sabun tu. Bagus kan idea tu? Dengan kerjasama Ecolab, Kinder Soap dan Selangor Youth Community (SAY) maka terealisasilah projek "Soapful" ni.


Kalau korang nak tau, sebenarnya sebanyak 100kg sabun yang still elok and digunakan sekali je dekat semua hotel Sunway. Tak ke membazir dan mencemarkan alam kalau kita biarkan je. Jadi, Sunway Hotels & Resorts mewujudkan projek demi menjaga alam sekitar selain membantu Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim.

Ni adalah antara langkah-langkah yang di ambil dalam memproses sabun tu:

1 - Proper Hand Washing Procedures



 Kalau melibatkan kerja memerlukan kebersihan ni, proper hand washing tu penting. Jadi Ecolab berkongsi cara yang betul untuk kita cuci tangan untuk memastikan tak ada kotoran yang tinggal. Untuk pengetahuan korang jugak, Ecolab lah yang akan mengumpul semua sabun terpakai tu dan memastikan kebersihan sabun-sabun tu sebelum dihantar ke Kinder Soaps untuk diproses.



2 - Grating


Semua sabun-sabun yang dah dikumpul tu dorang akan parut dulu untuk memudahkan proses yang berikutnya di Kinder Soaps.


3 - Mashing


Lepas tu dorang lenyekkan pulak sabun yang dah diparut tu.



4 - Melting


Lepas dah mash sabun-sabun tu, dorang akan cairkan pulak


5 - Molding


Langkah seterusnya molding. Sabun yang dah cair tadi akan di masukkan ke dalam acuan untuk dibentukkan menjadi sabun.


6 - Cutting & Packaging


Langkah yang terakhir semestinya cutting dan packing. Lepas dah siap semua ni, sabun dah ready untuk dijual.


Raja Muda pun sempat mencuba jugak satu persatu langkah-langkah yang ditunjukkan.



Sabun yang telah diproses oleh Kinder Soaps ni pula dengan bantuan SAY, akan diserahkan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim terpilih dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan Malaysia (PKAYDEM) adalah yang pertama menerima 1,000 ketul sabun ni untuk kick start program social enterprise.

Majlis pelancaran berakhir dengan Raja Muda merasmi projek "Soapful" ni.
Dengan adanya projek ni, dapat la membantu Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim mendapatkan keuntungan hasil jualan sabun dengan harapan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim tak lagi hanya bergantung dengan sumbangan semata-mata. Selain tu alam sekitar kita pun terjaga juga.

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: The event was organized by Sunway Hotels & Resorts.)

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular