Makan Apa Tu? | Makanan Sihat Wise Crafters, Petaling Jaya
Assalamualaikum!
Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang tentang makanan sihat yang Iza baru je cuba. Biasanya bila sebut makanan sihat kita dah terbayang oat yang tasteless tu. Macam tak sanggug je kan nak makan? Tapi sebenarnya ada cara nak buat makanan sihat ni sedap. Dekat sini ada penyelesaiannya.
WISE CRAFTERS
A little bit about Wise Crafters. Actually Wise Crafters ni diasaskan oleh seorang bapa dan anak perempuannya selepas dapat tau yang bapanya perlu lalui rawatan angiogram. Semenjak tu, si anak menggalakkan bapanya untuk ubah cara pemakanan dan mula mencari makanan yang paling sihat untuk bapanya supaya jantungnya lebih kuat dan sihat. Dari situlah si anak menjumpai kebaikan overnight oats yang boleh mengurang penyakit jantung disamping kebaikan lain seperti mengurangkan kolestrol, tekanan darah tinggi dan lain-lain lagi.
Sebab tula dekat Wise Crafters semua menunya berasaskan oat yang mereka gelarkan sebagai oatmeal. Tapi janganlah risau, dekat sini ada banyak pilihan menu yang korang boleh cuba. Setiap menu mempunyai rasa yang berbeza-beza. Bukannya oat semata-mata tau. Bukan setakat sedap, presentation oat tu pun cantik!
Selain dari oatmeal, ada jugak minuman kesihatan iaitu Kefir dan Almond Oatmilk. Kefir pulak terbahagi kepada 2 jenis, bersusu dan tak bersusu. Untuk yang bersusu ada 1 jenis iaitu Milke Kefir. Yang tak bersusu tu pulak ada 3 jenis, Turmeric Ginger Kefir, Passion Fruit Juice Kefir dan Granny Smith Apple Juice Kefir.
My Review
Dalam banyak-banyak oatmeal tu Iza pilih 2 jenis iaitu Aloe You Vera Much Oatmeal dan Brownie Angel Oatmeal. Untuk air pulak Iza pilih Almond Oatmilk. Cadangnya nak makan kat sana tapi anak Iza cranky pulak hari tu so kitorang decide untuk take away je.
Aloe You Vera Much Oatmeal (RM 16.90)
Ingredients: Homegrown Aloe Vera, Fresh Longan, Organic Chia Seeds, Greek Yogurt, Honey, Soy Milk dan Organic Oats
Memula Iza ingatkan rasa dia akan mild je sebab letak aloe vera and pakai fresh longan so Iza tak expect rasa dia akan masam-masam manis. Memang sedap. Yang penting tak rasa muak pun bila makan. Rasa manis dari longan tu la melengkapkan rasa masam-masam tu. Tapi Aloe You Vera Much Oatmeal tak boleh simpan lama-lama. Lepas beli recommended boleh simpan 2 hari je. Tapi once dah buka kena terus habiskan. Tak boleh nak simpan-simpan dah.
Brownie Angel Oatmeal (RM 16.90)
Ingredients: Cocoa, Strawberries, Banana, Nut Paste, Organic Chia Seeds, Chocolate Syrup, Honey, Soy Milk dan Oats
Yang ni favourite Iza sebab ada coklat and ada a bit rasa kacang. Walaupun dia ada perisa coklat, tapi oatmeal ni takdela manis macam makan coklat bar tu. Tambah pulak ada strawberry slice and pisang dalam tu memang sesuai sangat dengan rasa coklat. Combination yang sangat best. So kalau orang yang tengah berdiet tapi teringin nak makan coklat korang boleh pilih oatmeal ni. Untuk oatmeal ni pulak boleh simpan lama sikit dalam 4 hari. Tapi lagi best kalau makan on the spot la kan. Sama jugak macam oatmeal lain, walaupun boleh simpan lama sikit tapi still once dah buka kena habiskan terus.
Almond Oatmilk (RM 13.90)
Ingredients: Raw Almonds, Organic Oats & Pure Filtered Water
Rasa mix almond and oat memang best. Sebabkan ni minuman kesihatan so Wise Crafters tak letak gula dalam minuman dorang and semua bahan fresh. Both almond and oat tu datangkan rasa lemak ala-ala susu. So rasa lemak dia pun light je and a sikit rasa manis maybe sebab dari almond. Iza suka Almond Oatmilk ni, bila minum tak rasa serba salah sebab tak macam minum susu yang rasa lemak dia lagi kuat. Actually Almond Oatmilk ni macam susu jugak yang kita boleh mix dengan anything else such as coffee, cereal, smoothies dan lain-lain. Tapi Iza suka minum macam tu. Tu pun dah sedap dah. Almond Oatmilk ni jugak sangat sesuai untuk vegan or siapa-siapa yang tak boleh minum susu lembu. Untuk Almond Oatmeal recommend boleh simpan 3 - 4 hari je.
Actually Iza dah rasa Kefir range tu, semua rasa masam and gassy tapi agak strong untuk Iza. Turmeric Ginger Kefir rasa dia light sikit. Tapi sebabkan husband Iza pun rasa Kefir range ni strong so kitorang decide untuk ambil Almond Oatmilk. Tapi kalau korang ada masalah perut Kefir range ni sangat recommended untuk korang.
Sempena dengan Chinese New Year (CNY), Wise Crafters ada create menu baru khas untuk season CNY. Antaranya Golden Oatsome Oatmeal, Healthilicious Lou Sang dan Golden Oatsome Smoothie.
Kalau korang berminat nak cuba korang boleh beli online dengan checkout website dorang or korang boleh walk-in dekat kedai dorang jugak. Nak beli 1 boleh or nak lagi jimat korang boleh tengok pakej yang dorang sediakan:
Website
Address
Wise Crafters Oatsome Bar
48G, Jalan SS21/39,
47400 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Instagram
Facebook
Thanks for reading. Till we meet again.
Assalamualaikum.
* * *
(Disclaimer: All foods were sponsored by Wise Crafters. My review are all honest after trying their foods.)
wahh finally! ada juga kedai macam ni. khai nemang tengah cari kedai yang ada healthy produk sebab buat healthy lifestyle. hopefully dorang akan buka dekat shah alam soon. mudah nak pergi
BalasPadamSebenarnya Rawlins boleh je nak buat makanan sihat sebegini sendiri. Tapi selalu pemalas (walaupun ada masa hahaha). Maka adanya Wise Crafter memang sangat membantu. Thanks sharing info
BalasPadamhipsternya kedai dia, bestnya ada kedai yang provide healthy food macam ni. Nak singgah lah weekend nanti.
BalasPadamWah mmg semuanya makan sihat-sihat belaka. Siapa yg nak start eat clean tapi malas nak prepare sendiri, boleh la datang beli kat sini je kan.
BalasPadamwahhh.. TB suka je yang berkaitan dengan Oatmeal ni.. hehehe.. semuanya nampak lazat dalam botol2 transparent tu.. kalau la dekat kedainya mau TB pi serbu.. hehehe
BalasPadamk.el mmg pengemar makanan mcm ni..dulu pernahlah buat oatmeal ni dlm gelas2 alahh dedulu ada viral kan untuk diet/kurus.haha eh mmg menjadi uols..tp packaging wise crafters ni manimalis sgtlah..suka betul botol pun kacak hihi..sedap plak tengok
BalasPadamSenanglah macam ni, boleh beli terus oatmeal yang dah siap. Siapa yang tak sempat nak buat tu elok juga beli yang ni. Ada macam-macam campuran pula tu. Kedai pun cantik.
BalasPadamwww.maisarahsidi.com
Wahhh semuanya makanan2 sihat. Nampak menyelerakan. Konsep kedai dia sangat minimalis. Pemilihan botol dia pon unik. First time dengr nama tempat nie. Nanti nak pergi cuba jugaklah
BalasPadamOat memang susah nk kena dengan tekak ena kalau tak berapa sedap. Huhu..tapi pikir balik makann sihat kan, kenalah disiplin n amalkn slalu. Sbb dah ada bcaan kolesterol dlm badan. So kena makan.hehe
BalasPadamBagusnya ada nya cafe healthy food gini. Lawa laaaa cafenya. Setuju sangat presentation food nya memang cantik menyelerakan! Thanks tau sharing.
BalasPadamNanti boleh laaa nina singgah
Memang mudah kalau ada makanan sihat yang tersedia macam ni, yang tak ada masa nak buat sendiri tinggal beli dan makan sahaja. Kalau pergi PJ nak singgahlah nanti !
BalasPadamMemang betul betul makanan sihat ni Nampak sedap pulak .Harga pun murah dan berpatutan. Kalau nak berdiet elok makan makanan sihat ni .
BalasPadamOh wow. Niche restoren yang menarik. Jarang ada dekat Malaysia. Bagus sangat utk yang memang sukakan natural dan organik product.
BalasPadamSaya suka oatmeal. Nanti nak try datang sana, nak rasa semua perisa dia. Hihihihi
BalasPadamEmi rasa kan, kat malaysia ni perlu ada lebih banyak kedai macam ni. Yela utk sahut seruan rakyat yg lebih sihat katakan.
BalasPadamKlau nak buat sendiri mmg tak sempat la.. so sekarang ada yg jual mmg ramai la yang datang beli.. mudah sebenarnya nak dptkan makanan sihat sekarang
BalasPadamMeni2 sihat yg ditawarkan semua nampak sedap. Tak pernah makan kat sini tapi bolehlah bak dtg mencuba satu hr nanti
BalasPadamThis looks like a spot for me, would love to give this a try anytime soon, I love healthy food like that.
BalasPadamWah!! Nampak sedap.. Nnti singgah melawat mak cik kat PJ boleh la beli 2 botol.. Satu utk AM, satu utk mak cik.. Makanan kesihatan tue..
BalasPadamThis reminds me to start my eat clean journey and yes i m going to start to take oat again every morning.
BalasPadamWah! Bagusnyaa! Tkya susah² nk buat sendir. Boleh dptkan dekat sini shaaja. Mudah. Cx tertariklah dng almond oatmilk tu. Mcm sedap je. Kalau cx ofcourse akn plh yg bertenusu. Sbb cx suka minum susu. Yeah! Ehhe thanks fir sharing!
BalasPadamBestnya iza ada restoran macam ni. Ruby cari tempat healthy utk mengubah. Craving teruk lately. Nak benda manis aje. Choco Jar terutamanya. Huwaaaaa. Bahaya kan.
BalasPadam