Eid Bersama NIPS Dengan Perisa Kurma Terbaru

Assalamualaikum!

Hello readers! Lama pulak Iza menyepi. Ok jap sebelum Iza nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga Ramadhan kali ni penuh berkat dan ibadah kita diterima. Fuh! Dalam tak sedar dah 12 hari kita berpuasa. Alhamdulillah. Well anyway hari ni Iza nak share dengan korang perisa terbaru NIPS yang Iza dapat cuba haritu. 


EID BERSAMA NIPS

Sempena bulan Ramadhan ni NIPS ada keluarkan perisa terbaru iaitu perisa kurma. MasyaAllah banyak betul NIPS bagi Iza cuba. Anak Iza la paling suka sebab coklat kan? Iza pun suka jugak. Iza and anak Iza, coklat ni memang tak dapat nak dipisahkan.


Iza pun dah cuba NIPS ni. Once buka je packaging dia korang dah boleh bau dah kurma. Dia bukan kurma semata tau tapi coklat yang dicampurkan dengan kurma. So dapat la rasa coklat and kurma tu sekali. Rasa dia agak unik sebab mix dengan coklat tapi bagi Iza sedap jugak. 


Anak Iza sorang je dah dekat dua bungkus dia makan. Punya la sedap. Padahal dia bukan makan kurma pun. So kalau nak trick anak makan kurma boleh la try NIPS kurma ni. Hehehe. Thank you so much NIPS for this opportunity!


Korang kalau nak cuba boleh la cari kat kedai berdekatan dengan korang. Tapi mungkin susah sikit la sebab baru kan. Kalau senang jumpa tu memang bertuah la tu. Apa-apa pun selamat mencuba!


Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: Product was given to me by NIPS Malaysia to try out. All review are honest and from my perspective.)

Ulasan

  1. Wahhh. Bestnya dapat coklat dari Nips. Myra tak pernah try lagi. Tapi macam menarik je gabungan kurma dengan coklat.

    BalasPadam
  2. Nice content and asome theme. Thank you

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular