Belajar Dari Rumah Dengan Pandai
Assalamualaikum!
Hello readers. Apa khabar semua? Masih duduk dekat rumah ke tu? Ke ada yang dah berjalan ke sana ke sini? Iza masih dekat rumah. Tak pergi mana-mana pun. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pulak dah dilanjutkan sampai 9 Jun 2020 ni. Maka bertabah la kita semua. Tapi katanya masih boleh beraya dengan famili dalam satu negeri. Walau apa pun kita jaga la diri kita ok? Mana yang ada anak-anak tu mesti risau kan bila PKP ni sekolah tak buka. Sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) sedia ada terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu. Tapi jangan risau, Iza nak perkenalkan dengan korang Pandai Tutor dan Pandai Video yang boleh bantu anak-anak korang belajar dari rumah. Yang bestnya PERCUMA tau!
APA ITU PANDAI TUTOR?
Pandai Tutor sebenarnya ialah Tuisyen Online yang pelajar boleh sertai sesi pembelajaran live dari rumah dengan hanya gunakan gadjet seperti komputer, laptop, tablet, internet TV, atau pun telefon pintar.
Walaupun kita ni tengah PKP tapi anak-anak still boleh belajar tau! Tutor-tutor berpengalaman akan mengajar pelajar-pelajar sekolah rendah & sekolah menengah secara live melalui:
- Webinar Online
- Tuisyen Online
Webinar Online (PERCUMA)
Webinar Online ni lebih kepada sesi seminar dan pengajaran secara live untuk pelajar-pelajar mempelajari pelbagai topik dan terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah & menengah. Guru-guru yang mengajar pun hebat-hebat tau. Masing-masing ada background seperti SBP, MRSM, lepasan universiti dan ramai lagi la. Selain tu jugak, kita boleh belajar Mandarin tau melalui Webinar Online ni. Yang bestnya Webinar Online ni PERCUMA je. So jangan lepaskan peluang ni tau. Mak-mak or bapak-bapak pun boleh join sekali belajar Mandarin tu.
Tuisyen Online
Untuk Tuisyen Online ni dia lain sikit. Pelajar-pelajar boleh seratai kelas tuisyen secara live dan belajar dalam kumpulan kecil. Kelas tuisyen ada dikenakan bayaran tapi murah je dan cuma bayar ikut sesi-sesi yang pelajar pilih je. Manarik kan?
- Caj Pendaftaran: PERCUMA (tiada caj pendaftaran)
- Caj Bahan: PERCUMA (bahan soft copy akan diberikan)
- Caj Kelas: Sangat murah.
- Setiap kelas akan mempunyai maksima 25 pelajar sahaja.
- Pelajar-pelajar dapat berinteraksi dan membincangkan soalan dan segala kemusykilan pelajar.
JOM KITA TENGOK JADUAL KELAS PADA MINGGU INI!
(JADUAL KELAS INI DIUPDATE TIAP MINGGU TAU~)
PANDAI VIDEO TU APA PULAK?
Pandai Video ni pulak ialah kompilasi video pembelajaran secara PERCUMA yang dilakukan oleh guru-guru di Malaysia melalui kerjasama Pandai Educational Sdn. Bhd. serta beberapa sumber lain di YouTube. Lebih unik lagi bila semua video tu akan sentiasa dikemaskini, ditapis dan disusun secara sistematik mengikut tahap, subjek, bab hinggalah kepada topik tu sendiri.
Haa. Kat sini Iza sertakan link untuk Pandai Video mengikut kategori masing-masing:
Sekolah Rendah:
Tahun 1: video.pandai.org/year1
Tahun 2: video.pandai.org/year2
Tahun 3: video.pandai.org/year3
Tahun 4: video.pandai.org/year4
Tahun 5: video.pandai.org/year5
Tahun 6: video.pandai.org/year6
Sekolah Menengah:
Tingkatan 1: video.pandai.org/form1
Tingkatan 2: video.pandai.org/form2
Tingkatan 3: video.pandai.org/form3
Tingkatan 4: video.pandai.org/form4
Tingkatan 5: video.pandai.org/form5
PANDAI VIDEO DAN PANDAI TUTOR INISIATIF KHAS OLEH PANDAI.ORG
Apa pulak pandai.org ni? Actually, pandai.org ni adalah platform pembelajaran secara interaktif di mana pelajar-pelajar ni boleh ulangkaji pelajaran dan buat latih tubi secara berterusan. Selain tu jugak, pelajar-pelajar boleh pantau prestasi dorang dan mencapai gred yang lebih baik. Untuk pelajar yang nak uji kefahaman dorang, dekat panda.org ni ada sediakan soalan kuiz harian, ujian topikal, kertas peperiksaan dan kertas sampel jugak mengikut sukatan pelajaran sekolah tau. Senang kan bila semuanya hanya dihujung jari?
Menarik kan teknik pembelajaran macam ni? Zaman Iza dulu tak canggih macam ni, zaman sekarang kat mana-mana pun boleh belajar. Janji ada gajet dan internet. So kalau korang nak donwload apps untuk anak-anak or nak tau maklumat lebih lanjut korang boleh click link dekat bawah ni ok?
Aplikasi untuk tablet dan telefon pintar:
Website:
Facebook:
Instagram:
Thanks for reading. Till we meet again.
Assalamualaikum.
mmg senang belajar online kalau internet kt umh laju...kdg2 line slow tu psl musim PKP bila cikgu bg homework secara online kdg2 slow juga ank2 nk siapkan
BalasPadamWow bagusnya boleh belajar online mcmni untuk revision sekolah. Semua senang sekarang online
BalasPadamAlhamdulillah walaupun PKP pelajar masih boleh belajar melalui online kan. Bagusnya. Qiss nak share dengan sepupu Qiss yang masih sekolah tu. Senang dorang nak buat rujukan nanti.
BalasPadamBagus ada inisiatif seperti ni, sangat mudah untuk proses pembelajaran pada masa sekarang ni. Cuma terfikir apa nasib orang2 kampung dan miskin yang mana family diorang tak mampu untuk set up semua ni.
BalasPadamOk. Bleh la share ngan my sisters agar mereka dapat share ngan anak-anak mereka. Almaklum time pkp nie, pengajaran dan pembelajaran tetap perlu dilaksanakan
BalasPadamMudah sekarang boleh belajar dari rumah, cuma banyak yang Sis baca, kerungutan family yang takde wifi di rumah, tu yang jadi masaalah..nak guna data, tak sampai sehari, dah slow..susah gak kan kalau masaalah macamtu...
BalasPadammudahnya ada apps ni. anak2 saya pun ada belajar dari rumah. so far mmg membantu la apps2 semua ni
BalasPadamMudah lagi memudahkan gitu... memang sesuai betul untuk kita menggunakan apps ni untuk memastikan anak-anak masih belajar walaupun kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini kan... insyaAllah, ia akan memudahkan kita sebagai ibu-ayah juga guru-guru kita yang penuh dedikasi yang tetap berusaha untuk terus mendidik anak-anak murid mereka...
BalasPadamTerbaik la aplikasi ni. Sekurang-kurangnya ada juga aktiviti untuk anak-anak sepanjang PKP ni. Takde la duk melangut je depan TV. hehe
BalasPadambagus info ni, Mat drat baru tahu. Tq, boleh Mat Drat share dgn anak2
BalasPadampergunakan teknologi untuk belajar sekarang ni. belajar secara online je. platform yang baik untuk para murid sekolah
BalasPadamfollowed here #96
Satu app yg perlu ketika tempoh PKP ni dupaya anak2 terus belajar.
BalasPadamWow.. pandainya. Tak sangka web online tutorial macam ni cepat betul wujud. Tapi baguslah sebab kena sentiasa belajar walaupun time PKP
BalasPadamBagus apps macam ni, nowadays memang banyak self learn and belajar online jer so kena cari apps macam ni.
BalasPadamBagus applikasi ni cuma kena rajin follow dan ambil tahu gittew... 😎😎
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian.