Sheet Mask Best Dan Unik Dari Akimia
Assalamualaikum.
Hello reader! Hari ni Iza nak share dengan korang sheet mask best yang Iza try beberapa minggu yang lepas. Maaf la baru nak update dekat blog. Kebetulan pulak minggu yang Iza patut review tu anak Iza tak sihat. So tangguh lepas tu ada pulak job lain yang ada dateline. Makanya tertangguh lagi. Tapi Iza ada share dengan Instagram video Iza cuba mask tu untuk dua hari and ada tunjukkan result jugak.
AKIMIA MICROCURRENT SHEET MASK
Anyway Akimia sheet mask ni unik sebab sheet mask dia berkonsepkan microcurrent. Idea dorang ni asalnya gabungan "Printed Battery Technology" dan "Facial Toning Device". Makanya terhasil lah microcurrent sheet mask ni and jangan tak percaya tau sebab dekat sheet mask ni sendiri menmang ada printed electrode tau.
Kenapa Microcurrent?
Dalam banyak-banyak sheet mask kenapa lagi better guna microcurrent? Hasil kajian yang Akimia buat, microcurrent sheet mask ni boleh menyerap empat kali ganda berbanding sheet mask biasa. Selain tu microcurrent sheet mask jugak meningkatkan kadar pengekalan air dengan 20%. Melanin pun dapat dikurangkan sebanyak 10% berbanding sheet mask biasa. Kebolehtelapan menggunakan microcurrent sheet mask ni pulak boleh melebihi 30%. So korang rasa bila compare dengan sheet mask biasa, yang mana akan beri kesan yang cepat? Definitely microcurrent sheet mask.
Bahan-bahan & Tektur
Water, Butylene Glycol, Niacinamide, Ammonium Acryloyldimethyltaurate/VP Copolymer, Tranexamic Acid, Inositol, Divinyldimethicone/Dimethicone Copolymer, C12-13 Pareth-23, C12-13 Pareth-3, Phenoxyethanol, Trideceth-12, Glycerin, Tasmannia Lanceolata Leaf Extract, Chlorphenesin, Sodium Hyaluronate, Sodium Ascorbyl Phosphate, Sucrose Dilaurate, Polysorbate 20, Pisum Sativum Extract, Phenoxyethanol, Caprylyl Glycol, p-Anisic Acis, Sorbic Acid, Sodium Polyacrylate, PEG-60 Hydrogenated Castor Oil, Iodopropynyl Butylcarbamate, Disodium EDTA, Octyldodecanol, Ribes Nigrum (Black Currant) Seed Oil, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil Unsaponifiables, Cardiospemum Halicacabum Flower/Leaf/Vine Extract, Tocopherol, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Leontopodium Alpinum Extract, Citric Acid, Sodium Benzoate, Potassium Sorbate, Fragrance, Squalance derived from plant origin.
Dalam bahan-bahan dia yang paling menarik perhatian Iza sebab ada Niacinamide and Traexamic Acid yang sangat bagus untuk mencerahkan kulit dan buatkan kulit lebih glowing. Selain tu jugak ada Alpine Organic Edelweiss yang bertindak sebagai pelindung kulit disamping melembabkan kulit. Anyway sheet mask ni ada fragrance so pada yang kulit sensitive maybe kena hati-hati sikit. Tektur essence dia pulak memang cair macam essence biasa dan quality essence dia sangat dijaga tau sebab dorang gunakan water filtering system yang memang dorang sentiasa monitor.
Packaging
Satu lagi yang Iza suka dengan sheet mask ni ialah packaging dia. Akimia asingkan essence dengan sheet mask tu untuk pastikan sheet mask tu still ada electricity and kekal lembab walaupun dah simpan lama. Selain tu jugak Akimia nak elakkan pembiakan bakteria. Tapi nak campurkan essence dengan sheet mask tu pun tak susah sebab korang just tarik dekat bahagian tengah yang dah disediakan untuk tarik tu je. Then essence tu akan turun ke bawah. Tak complicated pun.
Macam yang Iza mention sebelum ni sheet mask ni ada printed elctrode yang menjadikan dia microcurrent sheet mask. Memang boleh nampak dengan jelas printed electrode tu.
Cara-cara Penggunaan
- Tarik sticker yang mengasingkan essence dengan sheet mask untuk pastikan essence masuk ke bahagian sheet mask
- Bila essence dah bercampur dengan sheet mask tekan perlahan-lahan untuk pastikan essence tu betul-betul kena pada semua permukaan sheet mask
- Buka packaging dari bahagian atas dan dah boleh apply sheet mask.
- Pakai mask ni hanya 15 min je tak boleh lebih dari tu and best to wear hanya dua kali seminggu je.
Review
Apa yang dicadangkan, Iza perlu pakai Akimia sheet mask ni dua hari straight untuk dapatkan result yang lebih ketara. Kalau ikutkan person in charge yang contact Iza tu cadangkan untuk basuh muka lepas dah apply sheet mask yang first sebab kalau kulit sensitive mungkin akan rasa tak selesa. Tapi Iza tak basuh pun and still rasa ok. Just masa pakai tu ada rasa tingling effect sikit mungkin sebab tindakbalas essence dengan printed electrode tu.
Hari first pakai Akimia sheet mask ni yang paling ketara Iza perasan yang kulit muka Iza lebih cerah bila compare sebelum and selepas pakai. Lepas tu Iza perasan jugak pores Iza lebih kecil dari sebelum pakai.
Hari kedua Iza cuba, cerah tu tak instant macam hari pertama tapi paling ketara bila blackhead Iza yang kasar dekat hidung rasa lebih lembut macam baru lepas exfoliate. Memang best giler rasa hidung. Lepas pakai mask ni memang rasa kulit lebih lembab and tak rasa melekit sangat. Lebihan essence biasa Iza akan sapu dengan leher and tangan, jangn membazir tau.
Kalau korang rasa nak cuba mask ni or nak tau lebih lanjut boleh check out link dekat bawah ok?
Instagram
Facebook
* * *
(Disclaimer: Product was given to me by Akimia Malaysia. All review are honest and product I’m using might goes well with my skin but not with yours.)
Hai iza, wow pertama kali dengar tentang mask ni. Macam best je tengok dan nampak sangat perubahan yang ketara on your skin. Memang kene cuba ni thanks for sharing đź’•
BalasPadamkita sheet mask lover.ni jenama dari jepun ke
BalasPadamnampak best je skin lepas pakai tu.moist dan sihat je.
Uniknya teknologi yang digunakan untuk face mask ni yer. Nak tanya, tak sakit ke masa apply kat muka since ada micro current?
BalasPadamLooks good! I selalu pakai Innisfree paper mask. Nanti leh la try yg Ini pula.
BalasPadamYang pasti para wanita akan menyukai artikel ini kerana kecantikan tidak dapat di pisahkan denagn diri wanita di luar sana. hehe
BalasPadamOrang perempuan suka lah bila pakai mask ni terutama time sebelum tidur hehehe. Kita nak cuba juga lah yer lah dalam usia yang meningkat ni perlu penjagaan lebih hehehe tengok mask ni pun ok....
BalasPadamSaya suka pakai Mask, Nanti bolehlah cuba mask jenama ini... Nampak best pulak menarik dan unik
BalasPadamwahh ada electric dalam mask?! hebatnya. pernah dulu sekali pakai mask, kakak yg suruh pakai haha. tapi mask biasa je. bukan jenis mcm ni. teringin pulak nak cuba haha
BalasPadamFirst time dgr pasal jenama ni dn first time juga tahu mask ada microcurrent. Macam menarik je, nak lah cuba nanti
BalasPadamdah lama muka ni tak ber mask ...lepas nampak posting ni baru teringat nak pakai masak...teknologi baru juga yer produk nih ..wajb cuba ..memang nampak perbezaan kat kulit iza...bestnyaaa
BalasPadamMemang ramai suka pakai mask ni, lepas pakai biasanya muka rasa fresh je...
BalasPadamMat Drat pun lepas balik Seoul hari to dah kena belajar pakai mask.. terbeli byk, jadi kena tlg wife habiskan..
ramai suka pakai masker kan, yang jeniss sheet macam ni memang mudahlah. kalau guna mesti rasa fresh dan kulit rasa toing toing je kan
BalasPadamFirst time dengar brand ni. Tapi not bad juga. Suka tgk perubahan sebelum dan selepas. Terima kasih sbb berkongsi tentang produk ini
BalasPadamThank you for sharing this product! Even though I never heard of this brand, but I believe each brand they have their own specialty of mask benefit too! I will try if I have chance.
BalasPadamunik juga mask macam ni ye. saya belum pernah pakai. sebagai pencinta mask, wajib beli sebab ia boleh melembabkan kulit. yg ni 4 kali ganda kan? fuhh
BalasPadamFirst time ni tengok mask yang kena turunkan essence masuk mask. Hehehe. Unik betul lah. Bagus nampak effect dia ye. Berbaloi untuk try.
BalasPadamSo coincidence I'm looking for mask. Cool... I wanna try this too. Wanna be flawless look like you
BalasPadamNever heard of that brand before. Would surely try if i stumble upon one. Great share!
BalasPadamJenama baru eh, fuh tengok stail dia lain macammm. Cantik le kita lepas ni. Nak beli. Hahahaha
BalasPadam