Cara Lebih Jimat Bila Travel

Assalamualaikum

Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang cara nak berjimat bila travel. Iza suka pergi travel tapi tak ada la selalu. Teringin jugak sebenarnya nak travel lagi ni especially bila tengok orang pergi ke negara yang ada banyak musim. Iza kalau travel Iza lebih suka tengok suasana dekat tempat orang and rasa makanan dorang. Siapa yang tak nak travel ke luar negara kan? Kalau ada duit memang nak pergi. Tapi tu la, kena sabar dulu. Tengah dalam planning lagi ni. Duit pun tengah mengumpul lagi. Next punya travel ni definitely Iza akan plan travel yang menjimatkan supaya tak ada la banyak sangat pakai duit sedangkan boleh cut cost macam-macam.

TEMPAT & BAJET

Image Source: Freepik
Untuk pergi travel ni, benda yang selalu kita kena ambil berat semestinya ialah kos. Bukan setakat kos perjalanan, kos nak makan lagi, kos nak masuk tempat-tempat yang kita nak tengok lagi. Semua tu memerlukan duit and kita kena ambil kira bila nak travel. Masa kita pilih tempat ataupun negara yang kita nak pergi tu pun, kita kena pastikan kita mampu kumpul duit yang secukupnya. Senang cerita kita sedar kemampuan diri kita sendiri. Tak adalah syok sendiri beli tiket semua at the end sampai sana kena ikat perut, nak enjoy lebih-lebih pun tak boleh sebab tak ada duit. Tak seronok lah kalau macam tu kan? So, apa yang kita perlu buat ialah pilih tempat yang bersesuaian dengan bajet kita. Kalau andainya dah target nak pergi mana kita buat yang sebaliknya which kita sediakan bajet yang secukupnya untuk ke tempat tu. Kalau Iza, Iza lagi prefer pilih tempat dan sediakan bajet sebab Iza boleh pilih tempat yang Iza nak pergi dulu.

AIRPORT TRANSFER


Sesiapa yang pergi travel mesti tau yang apa-apa melibatkan penerbangan akan perlukan kos yang tinggi. Especially bila kita nak pergi ke airport tu sendiri. Kadang-kadang bila part airport transfer ni je dah banyak guna kos yang sepatutnya kita boleh jimat lagi. So penting pemilihan airport transfer yang bersesuaian supaya boleh bantu kita untuk berjimat. Bagi korang yang travel solo atau berdua, boleh gunakan KLIA Transit which Iza rasa lebih convenient and lagi best boleh dapatkan cheap KLIA Transit deals dekat Traveloka. Yang berbaloinya guna KLIA Transit ni, selain kos yang rendah ia juga menjimatkan masa perjalanan kita. Perjalananan daripada KL Sentral ke KLIA dengan KLIA Transit ni tak sampai sejam pun kalau kita transit dekat Putrajaya dulu. Kenapa nak kena transit? Kenapa tak terus direct je? Semestinya sebab harga tiket kita akan jadi lebih murah. Kalau yang jenis travel berkumpulan pula boleh Iza recommend airport taxi online deals dekat Traveloka. Traveloka ni macam-macam deals ada tau sebab tu Iza suka. Memang Iza sangat recommend korang guna Traveloka bila nak travel.

MAKANAN SEGERA

Image Source: Freepik
Cara nak berjimat seterusnya bila kita travel ni ialah kita boleh juga bawa makanan ready to eat daripada Malaysia. Bukanlah bermakna bila kita bawa makanan daripada Malaysia ni kita tak perlu beli makanan dekat sana pula nanti. Kalau pergi travel mana-mana memang wajib untuk kita cuba makanan tempatan sebab tu memang salah satu matlamat Iza bila pergi tempat orang. Cumanya bila kita bawa makan ready to eat ni, kita boleh minimize kan kos kita. Contohnya kita set kan hari pertama hanya makan tengahari je kita cari makanan dekat sana, sarapan and makan malam kita makan apa yang kita bawa. Esoknya kita tukar waktu lain pulak. Dalam kita berjimat kita still boleh try makanan dekat sana jugak kan?

BERKUMPULAN

Image Source: Freepik
Selain itu, kalau nak maximize kan penjimatan kos travel kita tu, sebenya lagi better bila kita travel dalam group 4 ke 5 orang. Bila travel in group ni lagi banyak kos yang boleh kita jimat seperti penginapan, airport transfer, transportation dan juga makanan. Cumanya, perkara yang penting travel in group ni pastikan cari ahli group yang sekepala dengan kitta supaya kita senang nak ikut itinerary dekat sana. Kalau dapat member yang jenis lain pendapat nanti gaduh pulak lepas tu travel pun jadi tak best. So sebelum travel lagi kena plan sama-sama dengan group kita tu itinerary bila dah sampai supaya tak ada yang membantah. Lagipun bila dalam group ni boleh la kawan kita tu ambilkan gambar cantik-cantik jugak.

Image Source: Freepik
Walaupun kita nak meminimumkan kos travel kita, tapi pastikanlah kita still dapatkan yang terbaik. Sebagai contoh, janganlah sebab kita nak jimat punya pasal, kita cari penginapan yang asal ada katil je tapi lansung tak selesa. Apa-apa pun kita ke plan betul-betul sebelum kita mula travel tu especially ke negara orang. So dengan perkongsian ni Iza harap dapatkan bantu korang sikit-sikit which ni pun akan bantu Iza bila Iza nak travel ke negara lain nanti.

Ulasan

  1. Tq iza.. untuk tips travel ;) . Kalau nk travel kne rajin2 search pengalaman org yg bnyk pengalaman..so boleh jimatkn kewangan kan..

    BalasPadam
  2. Dulu zaman bujang, memang boleh berjimat cermat time travel.. Bila dah berkeluarga + ada anak nie..

    Agak susah sikit.. But, still boleh je nak berjimat.. cuma kenkadang kena, kenkadang xkena

    BalasPadam
  3. Bila nak jimat travel selain mencari pesawat yg murah seperti Air Asia kena la bijak juga mencari hotel mengikut bajet. Jgn sampai biar papa asalkan bergaya kata orang ya.

    BalasPadam
  4. Bagus tips ni. Buat la perancangan bajet dengan teliti. Naik AirAsia tak semestinya murah kalau bukan promosi. Tapi kalau dapat grab tiket murah at least the year before your travel date memang boleh dapat murah. Kenala peka dengan promosi then boleh save lebih.

    BalasPadam
  5. Betul tu setuju sangat! Thanks for sharing!

    BalasPadam
  6. Thank you. Tips yang simple je. Auni jenis nak travel mesti kena cari bilik yang selesa. Tambahan pula husband susah nak gerak2 sebab bergantung wheelchair.. perlu ruang yang tepat juga untuk keselesaan bersama.

    BalasPadam
  7. yes, kalau guna public transport agak menjimatkan in term tak yah spare duit untuk parking dan juga touch and go tol. KLIA Express tu mek penah naik juga. best.

    BalasPadam
  8. Rawlins setuju bila travel reramai nie memang boleh save sikit. Yang penting adalah kena sekepala dan jenis yang tidak cepat melatah.

    BalasPadam
  9. Thank you share tips ni. Bab makan tu biasa memang buat macam tu. Beli roti siap-siap. Anak-anak pon suka makan yang simple-simple je. Mak pak dia yang sakan cari makan

    BalasPadam
  10. tq for sharing.
    kebetulan, next month aida nak ke negara jiran, holiday dgn bff.
    meskipun lagi sebulan, now aida dah plan dah.
    kami share penginapan. luggage pun share.
    sememangnya, berjimat tapi jgn sampai tak enjoy, kan.
    pada aida, bila travel dgn anak2, aida utamakan diorang dulu.
    diorang nak beli apa. diorang nak makan apa. kami ni berjalan, makan-makan is wajib!
    merasa makanan di tempat org, kan.
    then, nak beli souvenirs pun, yg terasa perlu dan memang rare lah kan.
    setakat biasa-biasa tu, normally aida x beli la.
    kena arrange properly everything. mesti boleh bajet lah :)

    BalasPadam
  11. Bila nak travel memang banyak yang kena kita ambil tahu supaya bila kita travel dapat jimat banyak masa, tenaga dan duit.

    BalasPadam
  12. yes memang betul tapi kalu nak berjimat sampai cut sana sini tak best jugak. yang penting kena enjoy waktu travel tu

    BalasPadam
  13. Travel memang jimat bila pergi berkumpulan. Cari yang kamceng. shampoo, pencuci muka, mandian dan sabun segala mesti ada yang bawa botol besar. hahahaha

    BalasPadam
  14. Simple padat tips Iza ni... Setuju sangat. Nak berjimat memang kena berpada-pada, bersederhana dan yang penting kita enjoy!

    BalasPadam
  15. Info yg sgt bgs utk traveller mcm abam ni. Lagi3 bab bwk maggie cup tu. Selalu jgk bawak

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular