Day 226: Review Makan Di CaliBurger

Assalamualaikum!

Hello readers. Iza rajin plak hari ni. Hari ni nak review kedai makan fav En. Husband. Kalau tengok wayang malam kat Sunway, En Husband suka makan kat sini. Korang pernah dengar CaliBurger tak? Iza pun tak sure CaliBurger ni glamor ke tak. Tapi En Husband memang suka makan kat sini. Iza pun suka jugak sebenarnye makan kat sini.

Actually CaliBurger ni asal daripada US. Dekat Malaysia ni ada 2 je restoran dia. 1 dekat Sunway Pyramid and 1 lagi dekat Avenue K. Memang susah sikit la nak cari. Tak banyak branch lagi. Klu tak salah 1st dekat Malaysia ni dekat Avenue K dulu then baru bukak dekat Sunway Pyramid. Dari maklumat yang Iza baca dekat facebook dorang, CaliBurger kat Malaysia ni wujud since 2014 lagi.

Apa yang best sangat kat CaliBurger ni? Makanan dia la semestinya. Dekat sini memang mostly dia serve burger and burger dia memang fresh. Macam kita beli burger dekat tepi jalan tu. Kita order baru dia masak. Tapi bukan fresh tu je. Daging dia pun memang fresh. Bukan daging dia je tau fresh sayur dia pun fresh jugak. Memang kena tunggu sikit la tapi worth it la tunggu dengan burger yang fresh macam tu.

 

Tapi kalau korang makan dekat sini, make sure korang order Wild Fries dia tau. Memang terbaik. Sedap sampai rasa nak order lagi 1. Hahah. Over gitu.


So pic kat atas ni total harga untuk menu macam yang Iza tunjuk tu. Air pulak soft drink yang korang boleh refill seberapa banyak kali yang korang suka. Owh, harga ni actually harga promotion tau. Kebetulan masa tu ada promotion Cali Beef Burger and unlimited soft drink dengan harga RM9.99. Masa tu dia buat promotion untuk luunch hour (12.00 pm  - 2.00 pm) dengan dinner (8.00 pm - 10.00 pm (kalau tak silap la)). Tapi tengok nasibla, the next time kitorang pergi tak dapat plak harga tu. Dia tukar untuk lunch time je. Dinner tak dapat. Harga asal dia lebih kurang je macam korang beli fastfood yang lain. Cuma CaliBurger ni bukan fastfood la. Heheheh.

So kalau korang nak tau lebih lanjut lagi pasal CaliBurger ni korang boleh usha link dekat bawah ni:


Ni pulak alamat restoran dekat Malaysia:

Avenue K
L1-18, Level 1 Avenue K,
56 Jalan Ampang, 50450.

Sunway Pyramid
F1.55 First Floor
Sunway Pyramid Shopping Mall
No. 3, Jalan PJS 11/15 Bandar Sunway
46150 Petaling Jaya, Selangor.

Ni En Husband yang pic dia bila Iza amik mesti handsome je.
And this is me yang bila En Husband amik pic tak pernah yang Iza sempat nak ready. Huh!
Untuk makan dekat sini, Iza bagi:


So, lepas ni korang boleh try makan kat sana ok? Selamat menjamu selera!

Thanks for stopping by and have fun!

Assalamualaikum!

Ulasan

Catatan Popular