Day 230: Shopping Barang Baby Dekat TCE Baby Expo
Assalamualaikum!
Hi readers! Malam ni Iza nak citer pasal pergi shopping dekat TCE Baby Expo Sabtu lepas. Actually pagi tu ada appointment check up dekat SALAM Hospital Shah Alam. Kononnye nak jadi orang pertama sampai. Tapi hampeh je. Memasing siap lambat. Sampai sana dah ada 3 4 orang dah sebelum Iza. Tapi takpela, janji kita sampai awal. Expectation siap awal la. Hospital swasta kan. Tak sangka plak menunggunya macam klinik kerajaan. Maybe sebab hospital ni tak semahal macam hospital swasta yang lain. Sebab memang ramai yang datang check up untuk ibu mengandung ni. Iza tak tau la berapa dia charge untuk sekali check up sebab Iza pakai insuran En Husband. Bagi GL je masa daftar. Lepas check boleh terus balik. Tapi so far ok la. Tak la crowded pun. Husband pun boleh masuk tengok sekali and orang-orangnye pun semua ok belaka. InsyaAllah sampai masa nanti semua ok.
Nak dijadikan cerita, kitorang habis check up pukul 11 lebih then terus shoot pergi Midvalley. Punya la jem jalan. Tapi memang dah tak peduli dah, En Husband cakap by hook or by crook kena settlekan semua barang baby hari tu jugak. Dia tak nak tangguh-tangguh lagi. Dia risau Iza ni terbersalin awal dari due date. Mana tak risaunye. Weekend je merayau. Berjalan dalam shopping complex tu ingat tak penat? Bukannye jenis jalan kejap dulu jalan kejap duduk. Dah penat sangat baru cari kerusi duduk. Klu tak memang ku redahi jua. Hahah.
Masa dah nak sampai tu tengok signboard parking semua kaler merah tanda full or hampir full. Dahsyat tol penangan baby expo ni. TCE Baby Expo ni antara yang terbesar jugak Iza rasa. Tambah pulak dia buat time orang baru dapat gaji. Memang dahsyat la jawabnye. Expo ni start dari Khamis minggu lepas lagi sebenarnye, Iza pun dah usha-usha FB and IG TCE Baby Expo ni. Pergh! Dia punya ramai orang. Dahsyat tak ingat.
Alhamdulillah, kitorang berjaya jugak la dapat parking lepas dah redah jem kat depan Midvalley tu. Memang tengok orang yang nak balik pun mostly jenis yang bawak beg penuh pampers tak pun bawak goodies bag TCE Baby Expo.
Kitorang sampai je kat tempat expo terus terjah masuk dalam. En Husband dah malas nk que untuk register. Panjang sangat. Tak sanggup. Dia pikir nak complete sume benda je. Hahah. Owh, by the way. Kitorang pergi expo kali bawak luggage ya. Hahahah. Last time pergi yang kat KLCC punya expo. Memang berlenggang la. Pastu beli pampers and barang-barang lain sampai sakit bahu En Husband mengangkut. So kali ni dia kata dia tekad nak bawak luggage. Main tarik je.
Sekitar dalam TCE Baby Expo yang En Husband sempat snap. |
Memang sangat berguna luggage tu. Shopping tak ingat kitorang sampai penuh lunggage tu. Hahah. Mana barang yang takde kat expo kitorang cari kat Aeon plak. Total spend untuk hari tu saje RM600++. Hahahah. En Husband plak jenis cakap amik je mana-mana. Memang sedap je la nak amik. Sorry sayang, I tak calculate. Huhuhu. Iza rasa ok la kot. Ada certain barang yang memang dapat murah. Ada certain yang biasa-biasa je.
Tapi lepas dah settle semua memang lega sangat-sangat. Kitorang balik rumah pun dah dekat pukul 10 malam. Memang seharian kat sana plus pergi hospital. Balik rumah terus flat. Tapi sempat kemas barang-barang baby semua.
Hasil perjuangan kitorang. Hahah. |
Ikutkan check list tinngal barang Iza je. Jamu pun dah buat payment tinggal nak dapat barang je, Cuma skarang ni tinggal nak beli breast pump and nak bayar duit berurut nanti. Semoga semuanya dipermudahkan nanti.
Untuk ibu-ibu mengangdung kat luar sana mana yang terlepas TCE Baby Expo kat Midvalley ni jangan risau sebab dorang akan buat lagi bulan April tapi kat tempat lain. Next will be 22-24 April 2016 dekat SACC Shah Alam. So korang boleh pergi yang ni plak. Iza tak dah kot. Hahah
Untuk maklumat lanjut korang boleh visit link kat bawah ni:
Selamat bershopping.
Thanks for stopping by and have fun!
Assalamualaikum!
Google pasal tips ke TCE Baby Expo, keluar entry blog iza pulak. Hehe. Tengah fikir nak pergi beli apa kat TCE expo esok.
BalasPadam