Day 227: Tiket Konsert The EXO'luXion dan Jalan-jalan Putrajaya
Assalamualaikum!
Hello readers. Tengah makan sambil baca blog ke tu?? Iza baru je lepas makan char kuew teow kakak Iza belanja tadi.
Hari khamis lepas tetiba dapat call. Dia kata dia dara ERA FM. Iza dah pelik dah. Ni scam ke apa ni kan? Pastu dia kata Iza ni shortlisted untuk menang tiket konsert EXO. Iza dalam hati, biar betul kan. Pastu dia tanya Iza ada masuk apa-apa contest tak? Eh eh. Dia plak tanya Iza balik. Seingat Iza, Iza selalu jawab untuk Juri Hit ERA tu je. Kalau korang nak tau boleh Google eh. Then dia kata dia call balik lag 3 minit. Iza pun ok je la. Tak lama lepas tu dia call balik. Dia cakap Iza memang shortlisted and dia mintak No IC and alamat. Iza pun tak tau la kenapa dengan confidentnye pergi bagi plak. Hahaha. Lost mind jap time tu. Dah letak phone baru teringat kang sat lagi klu scam tak pasal je. Iza redha je la. Doa mintak jauh sume tu.
Then petang sikit ada orang call lagi. Dengan gembiranya dia cakap, "Tahniah, awak dah menang tiket konsert EXO and skarang saya nak confirmkan alamat awak ya". Iza tak tau nak cakap apa. Hahaha. Iza cakap dengan dia betul ke ni. Pastu orang tu cakap betul, saya bagi tracking number skali ni. Rupanya memang betul pun. Esoknya GDex datang rumah hantar tiket Iza tu.
Iza budget dia bagi yang paling murah la tiketnye. Skali dapat yang numbered seat pulak tu. Cepat-cepat google tengok harga berapa. Hahahha. Mak aih. Mahalnye la tiket EXO ni. Termasuk GST 500++. Dahsyat-dahsyat. Tapi sayangnye Iza tak leh pergi pun. Nak ajak En Husband memang tak la. Pastu pulak Iza skang ni tengah perut besar. Memang lagi la dia tak bagi pergi. Nasib la ada anak sedara yang memang fanatik group ni. So dia je la yang berseronok-seronok pergi dengan kawan dia. Iza pun tak tanya lagi best ke dia pergi tu. Bestla kot agaknya. Hahaha. Untunglaaaaaaaaaaaaaa.
So nak dijadikan cerita, Iza and En Husband decide nak pergi Putrajaya je la sabtu tu. Dia memang balik every week. Dia risau Iza balik sorang naik bas. So dia rela balik tiap minggu nak jumpa wife and future baby kesayangan dia ni ha. Hehehhe. Memula macam tak tau nak plan berjalan ke mana. Pastu Iza teringat ada Hot Air Ballon Fiesta kat Putrajaya. Kitorang pun gagahi jua la ke sana. Sekali dapat tengok seketul je belonnye. Kitorang sampai tu dalam tengahari. Memang panas terik time tu. Sadis tol. Tak dapat tengok belon banyak-banyak. Rupanya dah petang baru banyak belon naik. Hampeh. Kitorang dah balik la time tu.
Sempat la singgah tempat-tempat orang jual makanan kat sana. Pusing-pusing ingat nak beli coconut shake. Skali brader tu tak buat pulak sebab letrik putus. Sabo je la. Cancel nak beli. Then jalan-jalan lagi ada kakak ni ajak singgah booth dia. Dia jual air dalam bekas besar.
Boleh la air dia. Sedap jugak. En Husband beli 1 je sebab takut tak habis. Kitorang beli perisa Strawberry Chocolate. Lupa plak nama booth tu.
Then jalan-jalan lagi nak cari makan. Lapar lak time tu. Sebab dah masuk lunch time kan. Pastu nampak ada orang jual makanan ala-ala Mexico. En Husband teringin nak makan. So singgah la beli.
Sempat lagi berselfie sementara tunggu makanan siap.
Muka penat campur panas En Husband.
Siap je makanan terus kitorang cabut. Pastu dah masuk Zohor plak. Cabut je la. Tak larat nak jalan panas-panas tu.
Ntah apa ntah nama makanan ni. Rasa dia biasa-biasa je. Boleh la. Tapi En Husband cakap sedap je.
Then end up kitorang berjalan ke Alamanda je la. Tu pun tak berapa nak ramai orang. Agaknya banyak yang nak tengok belon kot. Dah balik rumah baru tau petang banyak belon naik and baru tau jugak rupanya ada Foodgasm Fest jugak kat sana. Ruginya tak pusing habis. Kalau tak mesti jumpa makanan yang rare-rare ni lagi banyak.
Tapi takpela. Takde rezeki. Boleh cuba lain masa. Haha. Sekian sahaja ulasan untuk malam ni.
Thanks for stopping by and have fun.
Assalamualaikum!
aku pun pegi hotballons tu tp pegi kul 6 ptg.. tu pon panaihhhh bahang..tgok 5 minit je.pastu tapau makanan kat food fest tu pastu balik.. hahaha
BalasPadamDah petang pun panas? Huhuh. Dahsyat tol cuaca. Tapi petang la banyak belon kan? Xdapat tengok. Jadi la tgk belon yang belum naik lagi. Hahaha. Imran esoknye terus rasa nak demam. Isnin terus mc.
Padam