Day 151: Cuti-cuti Pahang Part 2

Assalamualaikum.

Ok, tak nak intro panjang-panjang. Iza continue entry semalam.
 So the next day after dah berseronok mandi n berBBQ, kitorang bercadang nak pergi Terengganu, Yela, alang-alang dah sampai Pahang kan. Pergi je la terus plus abah nak cari kain songket plak. Tapi kitorang tak pergi pon pasar yang glamour kat Terengganu tu. Singgah shopping complex yang hidup segan mati tak mahu je.


Memasing tunggu kereta sampai. Hahah. Malas nak pergi kat tempat parking yang jauh punye pasal. Tunggu la reramai.
 

My sis yang paling bergaya and pemakai make up tegar. Hahahah.
 

Sorry, kitorang memang macam ni. Kalau nieces Iza yang berdua ni ada. Memang secara automatiknye menjadi seorang yang giler bergambar.

Lepas Abah dah dapat ape yang dia nak, abang long bawak kitorang kat tempat makan sata yang agak glamour la kot kat Terengganu tu. Tapi malangnye terlalu ramai sangat orang makan kat situ. Tempatnye panas lagi. Air pulak tak sampai-sampai. Memang menguji keimanan. Huuuuu. Memang sangat tak sesusai nak angkut family yang ramai makan kat situ.


Kak Long and Abang Long.
 

Ni la makan tengahari kitorang. Yang Iza makan tu pes ikan (klu tak silapla nama dia). Iza beli otak-otak, rupa-rupanya otak-otak Terengganu tak macam otak-otak yang bersepah-sepah jual time bulan puasa tu. Otak-otak dia ikan!!! Huwaaa. Frust tol rasa sebab Iza suka yang bersepah-sepah jual kat KL tu. Actually Kak Long Iza cakap yang tu otak-otak Johor, Terengganu punya otak-otak memang ikan. Huuuu.
 

Nampak tak botol mineral water tu? Tu air yang kitorang bawak sendiri sebab dah terdesak sangat air tak sampai. Haish!
 

Mak la palaing frust, air yang dia nak tak ada. Order baru tak dapat plak. Huuu.
 

Sata yang kat belakang tu la yang kitorang nak makan. Tapi dah nak balik baru siap bakar. Last-last bugkus je.

Lepas lunch kitorang balik ke Pahang, pergi cari kopok lekor glamor, Keropok Lekor Delima. Memang beratur kot orang nak beli. Mak Iza beli kopok kering tu je. Kakak-kakak Iza je la nak beli yang basah punye. Pastu beli sata kat situ jugak.


Mak yang malas nak beratur.
 

 Budak gemok yang nakal.


Bergambar lagi sementara menunggu orang-orang yang beli kopok.

Lepas puas menunggu baru la bergerak ke Pantai Cherating, ambil angin sebelum bergerak pergi makan ikan bakar.






Lepas solat Asar, kitorang bergerak ke Ana Ikan Bakar Petai yang memang awesome makanan dia. Kalau datang Pahang, Iza memang galakkan untuk pergi rasa makanan kat Ana Ikan Bakar Petai ni. Makanan dia memang sedap. Family Iza ni memang agak pemakan tegar seafood. So kitorang dah makan banyak tempat and Ana Ikan Bakar Petai ni one of the best la jugak. Sila la cuba ye!








Muka lapar tunggu makanan.
 

 Muka-muka kenyang lepas makan.

So sampai situ je la trip family Iza. Esoknye kitorang gerak balik KL. Bagi Iza, trip 3 hari 2 malam ni memang best walaupun Iza sakit kepala malam BBQ tu. Tapi esoknya terus ok and makan plak seafood yang sedap. So, siapa-siapa yang rasa nak pergi melancong ke Pahang tu selamat merancang dan bergembira!

Assalamualaikum

Ulasan

Catatan Popular