Day 148: Repairing myself.

Assalamualaikum!!

How are guys? I'm just fine here. Apekah tajuk yang merepek kat atas tu? Repair diri sendiri? What?? Robot ke? Ye, saya adalah robot. Hahah. Just kidding. Allah dah cipta iza cukup sempurna bagi iza. Alhamdulillah. Cumanya maksud kat atas tu iza nak perbaiki diri iza sendiri. Tak kisahla perbaiki dalaman atau luaran. But today iza just nak share sikit update pasal collagen yang iza makan tu. Ingat x? Kalau xingat boleh tengok post kat bawah ni:


Dah tengok? So actually dah sebulan lebih sikit dah iza makan collagen ni. Tapi bukan makan je, iza tempek kat muka jugak. Hahaha. Iza makan collagen tu pon takdela konsisten sangat. Ada certain time iza makan memang ikut macam kak long suruh. Kadang-kadang malam tak makan sebab dah tertido. Tapi pagi memang tak pernah missed la. Then yang tempek kat muka tu pun tak konsisten. Kadang-kadang rajin tempekla, kadang-kadang tak rajin tak tempekla. Hahaha. Teruk betul nak disiplin kan diri. At first bila iza tengok kat cermin, ish! Tak ada perubahan pon. Sama je muka. Tipu agaknya dorang ni. Tapi pagi tadi iza cam tergerak hati plak nak snap pic lepas mandi tadi. Then rasa cam nak compare dengan pic yang iza amik sebelum makan collagen ritu. And kat bawah ni la hasilnya:

(sila abaikan muka yang tembam tu)

Lepas iza compare, iza macam, what?? Seriously? Tak perasan pun. Ada beza rupanye. Belah kiri tu pic dari post yang sebelum ni. Yang belah kanan tu pic pagi tadi without any makeup ok. Macam tak sangka lak. Apsal cam putih lak kan? Hahaha. Tapi yang the best part, baru iza perasan yang parut jerawat kat muka iza hilang sikit2. Alhamdulillah. Maknanye memang berkesan la jugak makan collagen ni. Tapi jangan lupa ye, iza makan sekali dengan vit C. So, macam puas hati jugak la. Patut la kak long and mak ada cakap, muka iza macam smooth sikit dari sebelum ni. Sebabnye iza dok complain la yang makan collagen ni dah lama, tapi macam tak ada effect je. Tapi lepas dah compare camni baru tau. Peace! Jadi kawan-kawan, bolehla cuba collagen ni ye. Heeeee.

So pasal collagen dah succeed, skarang iza tengah cuba Herbalife. Minuman kesihatan yang sangat hot dipasaran. Iza tak taula akan berkesan ke x. Tujuan iza minum Herbalife ni sebab nak turunkan berat badan yang berat ni. Huuuu. Iza tengok testimoni orang lain macam bagus je. Ada sorang kawan minum herbalife ni pon dah turun berat badan. Why not iza try kan? Tapi memang agak mahal jugak la.Dalm 300++ jugak la. Huuu. Memang nak beli tiap bulan tak dapat la. Tapi kita try je dulu. Minum Herbalife ni pon kena minum banyak air macam makan collagen. Iza siap beli botol besar lagi. Huuu.


Botol ni 1litre air. So setiap hari iza kena minum sekurang-kurangnya 2 litre air. Jadi 2 kali botol ni la. So far berjaya la habiskan air ni. Hahaha. Nanti tengokla hasilnya macam mana. Makan memnag kena pantang habis la. Then tiap minggu kena timbang lak tu. Huuu. Nanti iza update hasilnye after a week.

Dua hari lepas birthday iza, so I don't expect much la. Dah 24 kot. Tak harap pon nak disambut macam orang muda. Hahah. Cukupla sekadar orang ingat. Iza pon tak apa2 hadiah dari sape2 pon. Cukupla kalau dah wish. Heee. Tapi my colleague ni sibuk nak cari kek kecik jugak. Kakak kat office iza la ni. Huuuu. Ni la kek RM3.90 yang dia belikan untuk celebrate birthday iza.

Hahah, Power Rangers. Thanks kak ira! Huu. Terharu la, ade orang yang sudi nak celebrate dengan kita. Heeeee. Then yang paling terharu sekali colleague iza yang nak berhenti tu bagi iza hadiah patung kecik yang dia beli kat korea tahun 2007. Dia cakap dia sayang patung tu sebab dia buat collection. Tapi sebab dia tak ada apa nak bagi iza, so dia bagi la patung kecik tu. Iza tak ada apa pon nak bagi dia masa last day dia kat office. Huuu. Dah la siap pesan soh jaga elok2 patung tu. Huuu. Terharu betul.


Yang dalam botol tu la patungnya. Pic ni sebenarnya nak compare sape lagi sesuai dengan patung korea tu. Hahaha.

Then semalam kak ngah beli kek nak celebrate birthday iza and anak dia, iqa.


Mekasih kak ngah for the cake. Cake fav iza lak tu. Huuu.
Ok la, tu aje kot nak share. Bye2.

Assalamualaikum.

Ulasan

Catatan Popular