Day 150: Cuti-cuti Pahang Part 1
Assalamualaikum.
Hi buddies! Macam lama je tak update. Ye tak? Ok la, actually tak ada input nak update. So this time dah ada. Iza nak cerita pasal family trip Iza ke Pahang last weekend. This is our second family trip. Yang first boleh baca kat sini: Day 97: Port Dickson and family day
So this time kitorang berjalan makan angin ke Pahang atau lebih specific kitorang pergi mandi-manda kat Bukit Gambang Waterpark (BGW).
Ni la rupa pass masuk ke BGW tu. Boleh tahan awesome jugak la waterpark ni. Sebab dia ade gelongsor yg panjang tu, macam yang skarang ni ada dekat Sunway Lagoon. Dekat BGW ni ade beberapa jenis gelongsor yang kita boleh main. Tapi yang paling bestnye sebab gelongsong dia memang agak panjang la jugak and scary gak la. Hahaha. Memang best!
Muka gembira lepas masuk BGW. Hahaha. Me and my best nieces. Macam sebaya je kan? Hahahah.
Sempena cuti sekolah ni, BGW ade promotion untuk family yang datang sana. Tapi Iza tak sempat nak snap pic promotion tu. So boleh save cost kat situ la. Kalau pergi dengan family ni mesti nak sewa tempat nak lepak or dikenali sebagai Cabana kat BGW ni.
Model-model Cabana of the day. Haha. Ini la rupanye Cabana kat BGW ni. Not bad la, besar and boleh muat sampai 5 orang. Memang awesome!
Nak mandi kat BGW ni kalau tak ada pelampung memang tak sah. So mesti sewa pelampung jugak tau. Tu la senjata utama kat BGW ni. Kalau tak ada pelampung susahla nak maik gelongsor yang awesome tu. Hahaha.
Cari ape ye dik? Haa. Nampak tak bentuk lapan yang besar kaler biru kat belakang niece Iza tu? Tu la pelampungnye. Besar la jugak. Khas untuk 2 orang. Kalau tak nak yang 2 orang, sorang-sorang pon ada jugak. Tapi tak syokla sorang-sorang kan. Kalau berdua tu boleh jerit sama-sama masa main gelongsong. Hahaha.
Sorry la, Iza tak amik pon pic kat tempat mandi-manda tu. Maklumla, super excited kan main kat sana. Lupa terus pasal nak bergambar.
Muka dah selesai bermandi-manda and bersedia untuk balik ke homestay.
For more infor pasal BGW ni boleh pergi ke link ni ye:
Kat website tu ada citer sume pasal BGW tu and also resor yang dorang sediakan bagi sape-sape yang nak dok resort la. Macam Iza and family menyewa kat homestay yang sangat dekat dengan BGW tu. Homestay ni bukan rumah teres cikai-cikai tau, baek punye rumah semi-D. Pattern ala-ala omputis gitu. Yang bestnye homestay ni, bukan setkat besar je, homestay ni siap sediakan tempat nak buat BBQ lagi. Senang kan? Tak payah susah-susah bawak dari rumah. Kat homestay ni dah cukup. Cuma beli barang nak buat BBQ je la. Tools dia dah ada.
Memandang kitorang ni ramai, jadi kenala sewa dua homestay. Pic Iza ni dekat homestay yang Iza duduk. Ni bersiap sedia nak pergi homestay lagi 1 untuk buat BBQ. Bukan jauh pon. Jalan kaki pon boleh, tapi memasing nak naik kereta jugak sebab nak bawak barang yang banyak.
Pics below ni moment-moment time buat BBQ tu:
Suasana kawasan homestay yang second tu.
Tengah prepare "daging korea" bak kata kak Iza.
Ni tengah sibuk nak hidupkan api lak.
"Daging korea" resepi kakak Iza.
Tokey satay and ayam bakar. Hahaha.
Sambil buat BBQ tu sambil makan ape yang dah siap. Hahaha. Memang best. Untuk family trip macam Iza ni kalau nak pergi BGW, memang Iza suggest untuk stay kat homestay kawasan sini. Kat sini ada banyak homestay. Tapi untuk maklumat homestay yang family Iza sewa boleh tengok link bawah:
So, for tonight tu je la nak share. Nanti Iza share the next day punya activities pulak. Nite everyone!
Assalamualaikum.
nak resepi daging koreaa.. :-)
BalasPadamAlamak, sorry ek. Resepi tu sy tak ada. Kalau ada sy update. :)
BalasPadam