Beg Sekolah Swan Eco 2 Space Lite Trolley Sangat Egronomik

Assalamualaikum!

Hello readers! Iza tahu sekolah dah lama dah buka dan anak-anak pun dah start belajar. Tapi Iza tetap nak share dengan korang satu beg sekolah yang tak asing lagi iaitu jenama Swan. Teringat masa sekolah dulu pakai beg Swan dan sekarang ni anak Iza pula yang pakai. Jom Iza share dengan korang Beg Sekolah Swan Eco 2 Space Lite Trolley yang korang patut beli untuk anak korang.


BEG TROLI DENGAN RODA BESAR


Beg Swan memang terkenal dengan beg trolinya untuk Swan Eco 2 Space Lite Trolley ni direka khas dengan roda troli yang lebih besar untuk memudahkan anak menarik beg dan tarikan yang lebih selesa. Biasanya yang kita jumpa roda untuk beg troli macam ni kecil je dan kalau kita tarik dekat kawasan yang kurang rata boleh sakit tangan sebab roda susah nak bergerak. Dengan roda yang lebih besar macam ni, tak ada lagi masalah roda tersangkut bila jalan dekat kawasan tak rata. Pusingan roda pun lebih smooth.


Dengan roda dan kaki yang lebih besar dengan tapak troli yang lebih luas buatkan beg sekolah Swan Eco 2 Space Lite Trolley ni lebih kukuh dan stabil. Jadi kita tak perlu risau beg terjatuh kalau letak buku terlalu banyak dalam beg.


Selain tu juga, beg sekolah Swan Eco 2 Space Lite Trolley juga mempunya handle yang lebih kukuh dan tegap. Jadi kita tak perlu risau kalau handle tak mampu untuk tarik beg yang berat. Handle beg ni juga lebih besar daripada yang lain.


BAG YANG EGRONOMIK


Beg sekolah Swan Eco 2 Space Lite Trolley ni sebenarnya bukan sahaja boleh ditarik tapi juga boleh dipakai tau. Kita boleh detach beg daripada troli dan pakai beg macam biasa. Beg juga rangat ringan.

Beg ni juga lebih egronomik dengan mempunyai span tebal yang lembut pada belakang dan tali beg. Walaupun beg berat, sekurang-kurangnya beg Swan Eco 2 Space Lite Trolley boleh berikan keselesaan ketika memakainya. Taklah sakit bahu dan belakang anak nanti.



RUANG KOMPARTMEN YANG LUAS


Iza suka Swan Eco 2 Space Lite Trolley ni sebab ada ruang kompartmen yang banya dan luas. Terdapat tiga kompartmen berzip dengan zip yang berkualiti tinggi dan 2 kompartmen terbuka untuk letak botol air di kiri dan kanan beg.



Bahagian dalam beg juga sangat luas dengan corak warna yang cerah dan material kain yang sangat berkualiti. Kompartmen yang pertama terbahagi kepada dua bahagian di mana terdapat ruang untuk letak komputer riba. Dan kompartmen paling kecil di hadapan mempunyai poket jadual waktu yang memang menjadi trademark beg Swan.




Kita mak-mak ni mudah risau kalau-kalau anak kita terlupa beg dia yang mana atau takut dia tak ingat beg dia letak mana, kita pun akan tulis nama anak dekat beg. Dengan Swan Eco 2 Space Lite Trolley ni, kita dah boleh terus tulis nama ada pada bahagian yang telah disediakan. Mudah kan?


BEG SEKOLAH SWAN ECO 2 SPACE LITE TROLLEY


Sebagai ibu bapa, kita sentiasa nak yang terbaik untuk anak kita. Jadi pemilihan beg pun penting untuk pastikan anak selesa dan mudah ke sekolah. Kadang-kadang kita tak tau berapa banyak buku yang anak kita perlu bawa satu hari dan ada harinya yang anak terpaksa bawa beg yang berat ke sekolah. Ini boleh buatkan postur badan anak kita pun bermasalah.


Dengan Swan Eco 2 Space Lite Trolley Iza dah tak risau lagi kalau anak perlu bawa buku banyak ke sekolah. Beg ni juga mempunyai waranti untuk baiki dan servis selama 6 bulan. Memang berbaloi sangat untuk kita beli.


Beg ni juga terdapat dalam 3 pilihan warna iaitu Black, Purple dan Navy. Boleh la pilih warna yang anak suka. Macam Iza, Iza ambil warna Black.




MAKLUMAT LANJUT


Untuk maklumat lanjut atau pembelian, korang boleh tekan link dekat bawah ni:

Swan Official Shopee Flagstore

Website

Instagram

Facebook

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

Ulasan

Catatan Popular