Produk GKB Selesaikan Masalah Sembelit Dengan Perbaiki Usus
Assalamualaikum.
Hello readers! Iza daripada dulu lagi memang selalu ada masalah sembelit. Macam-macam dah Iza cuba, makan buah, minum air banyak dan macam-macam lagi. Tapi still juga masalah sembelit ni tak hilang-hilang. Jadi baru-baru ni Iza jumpa produk jenama GKB yang ada penyelesaian untuk masalah Iza ni. To be honest bukan sekadar masalah sembelit, tapi juga ada beberapa masalah lain yang GKB boleh selesaikan.
PENGENALAN GKB
GKB atau GK BIO International Sdn. Bhd. Telah ditubuhkan pada tahun 2018 yang merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan hasil usaha sama antara All Cosmo Bio-Tech Holding Coporation dan Grape King Bio Taiwan. Objektif utama mereka adalah untuk mempromosikan kepentingan kesihatan dengan menyediakan produk kesihatan yang berkualiti tinggi tetapi dengan harga yang berpatutan.
Lebih meyakinkan Iza untuk cuba produk GKB bila GKB telah memastikan setiap produk kesihatannya diperakui dengan sijil PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF, GMP, TQF, HALAL, sijil kawalan kualiti tahap 2 TFDA, pensijilan standard pembuatan cemerlang GMP Malaysia, FSSC 22000 dan ISO/IEC TAF 17025 untuk memastikan jaminan keselamatan, kualiti dan standard piawaian pada tahap tertinggi.
Untuk pengetehuan korang, kultur probiotik dan cendawan yang digunakan oleh GKB telah dikembangkan oleh 145 penyelidik dan teknikal. Ini adalah untuk menumbuhkan bakteria yang tahan asid, aktif, sihat dan bermanfaat dengan inovasi bioteknologi. GKB telah menggunakan lebih 40 jenis cendawan dan probiotik demi memastikan produk mereka 100% semulajadi, bebas sisa, bebas bahan kimia, tiada kesan sampingan dan semestinya sesuai untuk semua ahli keluarga.
Kelebihan utama probiotik GKB adalah dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. GKB ialah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya, untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi. Selain itu, probiotik yang bentuk granul probiotik ini juga dapat membantu mengurangkan risiko tercekik, sesuai untuk dimakan terus atau dicampurkan dengan minuman.
MASALAH SEMBELIT
Macam yang Iza ada nyatakan sebelum ni yang Iza memang ada masalah sembelit. Kadang tu sampai berhari-hari Iza tak membuang. Macam yang kita biasa tahu, membuang air besar hari-hari adalah yang terbaik. Bila smpai masa nak membuang dia jadi susah.
Iza cuba dua produk daripada GKB yang boleh selesaikan masalah sembelit Iza. Kedua-duanya berjaya mengurangkan sembelit yang Iza hadapi. Iza ambil GKB Pro-Gold terlebih dahulu dan masalah sembelit Iza memang terus tak ada. Duduk dalam bilik air pun dah tak lama dah macam sebelum ni. Sekarang ni Iza cuma teruskan consume GKB Probio+ je untuk maintain supaya Iza tak teruk sembelit macam dulu.
GKB Probio+
Dalam GKB Probio+ mengandungi 5 jenis probiotik dan 4 jenis prebiotik yang sangat membantu untuk pencernaan dan mengurangkan sembelit serta cirit-birit. Gabungan kesemua bakteria baik ini memberikan perlindungan kepada usus serta membantu meyerapan nutrien daripada makanan dengan lebih baik.
Selain itu, GKB Probio+ juga mengekalkan keseimbangan mikroflora usus dan meningkatkan imuniti. Sangat recommended untuk korang yang ada masalah sembelit ringan dan yang selalu senak perut untuk cuba GKB Probio+ ni.
GKB G-Pro Gold
Untuk GKB G-Pro Gold pula mengandungi 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik yang mana setiap kapsul mengandungi 80 bilion bakteria probiotik hidup yang boleh meningkatkan flora usus. GKB G-Pro Gold ni memang direka khas untuk yang mengalami masalah iritasi usus, cirit-birit dan sembelit yang teruk.
Probiotik yang masuk dalam usus akan membiak dan dimetabolismekan dalam usus, seterusnya meningkatan pH dan rembesan usus untuk membantu mengurangkan kemandirian bakteria patogen dan dengan itu meningkatkan fungsi penghalang usus dan mengurangkan keradangan usus.
MASALAH GASTRIK
Selain sembelit, Iza juga kadang-kadang ada masalah gastrik terutamanya bila Iza lambat makan. Mulalah nanti perut masuk angin dan rasa kembung sampai sakit perut. Iza memang kena makan ikut masa. Bila masa makan berubah je Iza akan ada masalah ni.
Bila cuba Probizymes ni, hilang rasa kembung perut yang Iza selalu kena. Iza amalkan setiap hari. Sekarang ni kalau Iza makan lambat pun Iza dah tak rasa sakit perut macam nak gastrik dah. Especially waktu bulan puasa ni. Buka puasa pun still ok dan tak sakit perut walaupun perut dah kosong sebab puasa.
GKB Probizymes
Dalam GKB Probizymes digabungkan probiotik, prebiotik, enzim karbohidrat, enzim protein dan enzim lemak. Di mana, formulasi gabungan ni sangat sesuai untuk menangani masalah kembung perut berpanjangan, sakit perut yang disebabkan gastrik dan boleh juga mengurangkan refluks asid gastrik dengan berkesan.
Korang yang ada masalah sama macam Iza, Iza sangat recommend korang untuk cuba GKB Probizymes ni. Iza sendiri pun terasa kurang masalah kembung perut dan gastrik.
MASALAH KULIT SENSITIF
Sebagai content creator ni, memang Iza tak nafikan Iza cuba banyak produk skincare untuk review. Bila terlalu banyak sangat produk Iza cuba, kulit muka Iza jadi lebih sensitif daripada sebelum ni. Mujur juga GKB ada penyelesaian untuk masalah kulit sensitif.
Iza amalkan GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus ni dua kali sehari. Iza nampak berbeza bila Iza guna mana-mana skincare kulit Iza tak mudah naik jerawat. Kulit pun dah tak kering macam sebelum ni.
GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus
Untuk orang perempuan memang sangat sesuai untuk cuba GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus ni. Probiotik Lactobacillus Rhamnosus ni kebiasaaanya diagunakan secara meluas untuk mencegah penyakit gastrousus seperti usus bocor atau dysbiosis.
Tetapi Lactobacillus Rhamnosus juga boleh mengurangkan masalah kulit kering, mengurangkan kulit sensitif dan menjadikan kulit lebih sihat. Selain tu juga, ia boleh membantu untuk mencegah jangkitan alat kelamin wanita, meningkatkan imuniti dan melegakan penyakit yang berkait dengan ketidakseimbangan mikrob.
MASALAH BERAT BADAN
To be honest, lately ni berat badan Iza naik mendadak. Iza memang risau sebab berat badan dah tak macam dulu dah. Cuba juga untuk diet tapi bila lemak yang ada dalam badan susah nak hilang. Tambahan lagi Iza pula banyak urusan kerja yang melibatkan review makanan dan masak, bertambah susah nak turun berat.
Tapi Iza dah tak perlu nak risau makan bila ada Lactobaciillus Plantarum GKM3. Berat badan Iza mula menurun lepas Iza consume Lactobacillus Plantarum GKM3 ni. Walaupun turun tak banyak tapi still ada beza daripada sebelum ni. Iza juga perasan bulan puasa ni Iza lebih bertenaga bila Iza amalkan Latobacillus Plantarum GKM3 setiap hari.
GKB Lactobacillus Plantarum GKM3
Produk ni adalah probiotik yang pertama dekat pasaran yang boleh menyerap lemak dalam badan. Di mana Lactobacillus Plantarum merupakan probiotik yang kuat untuk menyerap lemak dalam badan, asid urik dan lipid darah (kolestrerol, trigliserida).
Selain tu juga, Lactobacillus Plantarum boleh membantu mengurangkan penyerapan kalori sekaligus mengurangkan berat badan dan meningkatkan tenaga serta membantu sistem penghadaman menjadi lebih baik. Kelembapan kulit juga akan meningkat dan boleh menghalang kulit daripada rosak akibat terkena cahaya ultraviolet.
Bukan hanya tu je, produk ni juga boleh bantu masalah sembelit ringan, masalah kulit kering, mengurangkan kedutan kulit serta meningkatkan kesihatan dan keanjalan kulit.
BELI DI MANA?
Bagi Iza, produk GKB yang Iza telah cuba ni memang sesuai dengan badan Iza. Jadi korang pun boleh juga cuba. Tak salah pun untuk kita cuba supplement sebagai makananan tambahan demi kesihatan usus yang lebih baik. Tapi kalau belum yakin, boleh cuba dapatkan nasihat doktor atau pharmasist terlebih dahulu.
Bagi yang nak cuba produk GKB macam yang Iza dah cuba ni boleh beli di mana-mana farmai besar di Malaysia termasuk Alpro Pharmacy atau boleh dapatkan maklumat lanjut dekat link di bawah:
Website
Facebook
Instagram
TikTok
Youtube
RED ID
1318211221
GKB Official Selling Platform:
All major pharmacies in Malaysia, including
Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy
Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak
Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy
Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy
East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan
Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy
Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy
Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy
For latest list of pharmacies, please see https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188
Ulasan
Catat Ulasan