Beli Baju Sekolah Di Pusat Pakaian Hari-Hari Yang Sangat Berbaloi
Assalamualaikum.
Hello readers! Iza tak sangka pejam celik pejam celik sekali anak dah nak masuk Tahun 1 dah tahun ni. Ini pertama kali nak menghadapi persiapan anak masuk Tahun 1 jadi macam sedikit risau juga la takut beli barang keperluan tak cukup atau sebagainya.
ONE STOP CENTER KELENGKAPAN SEKOLAH
Kalau masa zaman Iza sendiri nak cari baju sekolah ni memang tak ada sebab mak Iza jahit sendiri memandangkan mak Iza memang tukang jahit masa tu. Bila anak sendiri ni memang Iza tak mampu nak jahit sendiri la, lagipun anak Iza lelaki jadi kita cari saja baju sekolah dekat kedai. Tapi mujur juga ada Pusat Pakaian Hari-Hari yang sediakan semua kelangkapan pakaian sekolah daripada atas kepala hingga hujung kaki. Memang mudah sangatlah untuk parents beli dekat sini.
Pilihan saiz memang banyak sangat jadi memang tak risau langsung nak cari baju sekolah anak. Ada beberapa jenama juga dan jenis material kain pun kita boleh pilih ikut preference kita. Memangdangkan anak Iza sekolah kebangsaan je, jadi Iza memang cari baju kemeja putih dan seluar warna blue black saja.
Bukan nak cakap apalah, tapi bagi Iza kualiti kain yang digunakan memang sangat memuaskan hati. Jahitan juga kemas. Harga tak perlu nak cakap lagi sebab memang sangat berbaloi kalau korang cari baju sekolah anak dekat sini. Bukan hanya untuk sekolah kebangsaan, baju untuk sekolah agam juga ada dan kalau anak korang pengawas pun ada baju bewarna juga dekat sini. Mudah kan?
Selain pakaian seragam sekolah, terdapat pelbagai jenis beg sekolah juga dekat sini. Banyak sangat pilihan sampai rambang mata nak pilih beg sekolah dekat sini. Iza pun beli juga beg sekolah untuk anak Iza. Lepas tu anak Iza yang kecil pun nak juga bag macam dia sekolah juga. Mujur ada juga beg kecil yang sesuai kalau korang nak beli untuk anak sekolah tadika.
Dekat sini juga ada pilihan kasut sekolah yang banyak. Design pun cantik dan kemas. Semestinya harga sangat berbaloi dan berkualiti. Alat tulis pun ada juga kalau korang nak lengkapkan alat tulis anak korang mana yang tak ada lagi tu. Cumanya pilihan alat tulis tu tak sebanyak macam korang pergi kedai buku la.
PROMOSI KEMBALI KE SEKOLAH
Sepanjang cuti sekolah ni, Pusat Pakaian Hari-Hari tengah ada promo untuk pembelian pakaian sekolah tau. Jadi harga waktu promosi memang paling berbaloi kalau korang nak beli. Promosi ni berjalan sehingga sebelum buka sekolah nanti. Ha! Alang-alang tengah cuti sekolah ni, boleh la korang cepat-cepat beli kelengkapan sekolah dekat Pusat Pakaian Hari-Hari.
PENGALAMAN BELI DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI
To be honest pengalaman beli pakaian sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari ni memang sangat memudahkan staff dekat sini pun sangat mesra dan sangat membantu especially bila kita nak cari saiz dan staff juga recommend jenis pakaian yang sesuai untuk saiz badan anak.
Untuk Iza yang pertama kali ni memang rasa sangat membantu la recommendation staff dekat sini. Yelah, kalau Iza memang ambil je mana-mana saiz yang sesuai. Memang Iza tak tau lah kalau saiz badan macam anak Iza sesuai pakai material licin or cotton.
MAKLUMAT LANJUT PUSAT PAKAIAN HARI-HARI
Lega rasanya bila dah lengkap beli pakaian sekolah, siap sekali kasut dan beg juga dapat. Lepas ni memang tak risau nak cari pakaian sekolah dekat mana dah. Iza memang akan terus cari dekat Pusat Pakaian Hari-Hari ni je. Korang pula beli pakaian sekolah anak dekat mana?
Maklumat lanjut korang boleh refer link dekat bawah ni ok?
Cawangan Pilihan Iza
A-3 & A-5, Jalan Dato’ Lim Hoe Lek, 25000 Kuantan, Pahang
90 Cawangan Lain
Website
Thanks for reading. Till we meet again.
Assalamualaikum.
Ulasan
Catat Ulasan