Kenapa Shaklee Menjadi Pilihan?

Assalamualaikum.

Hello readers! Macam lama dah tak menulis. Tak ada idea sebenarnya. Tapi hari ni macam terpanggil nak share apa yang Iza dengar dua hari lepas. Untuk makluman Iza baru je melibatkan diri dalam bisnes. Sebelum ni ada je jadi agent untuk produk kosmetik tapi dah lama tak jual dah. Masuk musim PKP ni rasa nak buat bisnes pulak. Apa je yang Iza jual kali ni? Kali ni Iza join Shaklee.

Image from Google

KENAPA SHAKLEE?

Asalnya Iza beli produk Shaklee ni untuk kegunaan Iza. Iza kan tengah mengandung sekarang lepas tu HB low and Iza ikhtiar untuk guna Shaklee. Tapi Iza belum dapat lagi keputusan sebab baru cuba Vita-Lea yang famous tu. Katanya boleh naikkan HB jadi kita cuba la. Cumanya Iza tak ambil B-Complex and Vit-C sebab Iza consume Iberet dalam tu dah ada both. Tapi ni belum cukup meyakinkan Iza untuk join sebab result kena pergi klinik baru boleh tau.

Image from shaklee.com.my

Selain dari tu Iza beli jugak Ostematrix. Tujuan Iza beli sebab Iza nak gantikan dengan susu sebenarnya. Iza minum susu kambing Lazz sepanjang pregnant tapi selalu lupa dan kadang-kadang rasa tak lalu nak minum. Beza betul mengandung kali ni dengan mengadung Rayyan dulu. Dulu susu kambing tu memang life saver Iza and rasa susu tu la paling sedap. Tapi kali ni berbeza. Dengan Iza tetiba sensitif dengan baunya. Ntah kenapa ntah. So Iza ambil keputusan untuk ikhtiar consume Ostematrix.

Image from shaklee.com.my

SHAKLEE EFFECT

Untuk Vita-Lea memang Iza belum boleh bagi feedback lagi. Kena tunggu next check up baru Iza boleh update feedback. Jangan risau Iza akan update nanti. 

Tapi untuk Ostematrix memang buat Iza terus rasa nak jadi ahli. Sepanjang mengandung Iza memang ada masalah sakit belakang. Bukan dari mengandung je, sejak sebelum mengandung lagi. Then Iza selalu sakit dekat tulang siku which Iza pun tak tau punca kenapa. Nak kata ada angkat berat sangat tak ada pun. Bila pregnant ni memang tak payah cakap la. Sakit belakang tu dah pasti. Tapi lepas Iza consume Ostematrix dekat almost two weeks, Iza perasan sakit belakang Iza sangat-sangat berkurang. Sebelum ni Iza tak boleh duduk lama dekat lantai, effect saakit belakang dia sampai boleh buat Iza berjaga malam sebab sakit. Tiap malam la suruh husband letak minyak angin. Tapi lepas consume Ostemartrix, Iza dah tak pernah suruh husband letak minyak lagi. Tidur Iza pun lebih lena dari biasa.

Image from freepik.com

Satu lagi yang Iza perasan, Iza ni memang akan sembelit bila mengandung. Ya Allah, Tuhan je tau betapa seksanya sembelit. Bukan Iza sorang la. Hampir semua orang yang mengandung akan alami masalah yang sama. Tapi tak tau la sembelit dorang macam mana. Tapi Iza memamg sangat teruk. Sampai kadang-kadang menangis dalam bilik air. Ada pernah sekali tu sampai husband Iza bergegas balik sebab Iza call nangis-nangis. Sejak Iza consume Ostematrix Iza perasan Iza kurang dah sembelit. Membuang pun lebih lancar. Lega sangat bila macam tu. Tu yang buat Iza terus nak daftar jadi ahli supaya boleh beli lebih murah lepas ni.

Image from freepik.com

BERNIAGA DENGAN SHAKLEE

Iza sebenarnya tak plan nak berniaga dengan Shaklee. Macam Iza cakap Iza beli untuk guna sendiri. Tapi sebab Iza tengok seorang pengedar Shaklee ni share kejayaan dia and team dia buat Iza teringin nak join. Bila Iza join team dia, banyak sangat dorang share pengalaman, tips and apa yang menariknya bila join Shaklee. Tiap malam ada coaching pasal bisnes and dorang share kejayaan dorang. Ada pulak tu bujang lagi tapi sales dia memang power. Ntah la eh bila dengar macam tu rasa semangat pulak nak berniaga. Jiwa berniaga tu memang tak boleh buang agaknya sejak zaman belajar lagi.
Image from freepik.com

Jadi apa menariknya berniaga dengan Shaklee ni? First yuran dia sangat murah kalau nak compare dulu punya. Sekarang yuran cuma RM 35 je seumur hidup. Dulu kalau nak register je kena bayar RM 65 which Iza rasa mahal jugak la. Kali ni memang berbaloi kalau join. 

Image from shaklee.com.my

Second, Iza tak perlu langsung nak simpan stok. Kalau sebelum ni Iza jadi agent jual kosmetik, Iza kena bayar yuran yang jugak seumur hidup tapi Iza kena beli dengan stok sekali which bukan sikit-sikit punya modal which yang akirnya banyak stok yang banyak tak terjual macam yang berlaku kat Iza sekarang. Iza nak pakai sendiri pun banyak sangat. Sudahnya Iza sedakah je dekat orang tu pun still ada lagi. Rugi banyak dah kat situ. Dengan Shaklee, Iza cuma order dan Shaklee akan post untuk Iza. Senang. Nak COD pun boleh jugak. Iza order, stok sampai kat Iza, Iza COD.

Image from freepik.com

Third, BONUS! Iza memula tak tau macam mana la distributor lain ni dapat bonus. Sebab dorang selalu  sebut dalam coaching, rupanya bila Iza beli banyak akan dapat bonus. Kebetulan sekarang ni Shaklee ada offer untuk Prenatal set yang harga dia sangat lah berbaloi. Jadi Iza grab la tu satu and beli ESP lagi satu sebagai tambahan ESP yang ada dalam set tu. Sekali tetiba bahagian bonus Iza ada amount. Terkejut Iza. Terus rasa excited.

Bonus Iza setakat 11 April 2020

So far tiga ni yang paling buat Iza suka Shaklee selain dari kebagusan produk dia. Ada lagi yang menarik sebenarnya macma incentive pergi melancong and car bonus. Tapi tu memang nak kena power baru boleh unlock. So bila Iza dah sampai tahap tu nanti baru Iza cerita details. Apa-apa pun untuk join Shaklee memang Iza sangat recommend korang cuba dulu. Ni Iza kongsikan promo untuk bulan ni yang korang boleh grab. Sama ada korang nak beli dengan Iza or korang boleh je nak beli terus sendiri dengan harga ahli.

Image from Google

Untuk beli dengan Iza dan dapatkan konsultasi untuk cara makan korang boleh contact Iza dekat sini:

Whatsapp: 017-2415205

Atau kalau korang nak daftar terus sebagai ahli dan nak dapatkan harga ahli:


Semoga apa yang Iza share ni bagi manfaat untuk korang. Korang jugak boleh je Whatsapp Iza kalau nak tanya apa-apa soalan berkenaan produk and kalau nak Iza guide korang untuk register.

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

Ulasan

Catatan Popular