Skincare Apa Tu? | Serum Dengan Emas 24K Dari Mireina Cosmetics

Assalamualaikum.

Hello readers. Hari ni Iza nak share dengan korang produk yang Iza tengah cuba dari Mireina Cosmetics iaitu M1 Luminence Serum. For those yang memang sukakan emas, korang mesti akan suka serum yang super duper exclusive ni.


Pernah dengar tak jenama ni? Mesti ada yang pernah dengar and ada yang tak kan? Actually Mireina Cosmetics ni adalah local brand tau yang diasaskan oleh Aesthetic Medical Doctor yang juga pemegang Diploma American Academy of Aesthetic Medicine dan ahli Korean College of Cosmetic Surgery. So korang tak perlu risau sebab produk yang dihasilkan selamat dan mengikuti medical grade standard. Ok jom baca review Iza untuk produk M1 Luminence Serum ni.

BUNGKUSAN

Untuk pertama kalinya Iza jumpa serum yang packaging dia agak unik. Mireina gunakan botol kaca dan saiz serum ni agak besar jugak and tricky part dekat penutup serum ni. Kalau korang tengok Mireina asingkan penutup botol serum ni dengan botol serum.


Tak macam botol serum biasa yang gunakan tiub kaca tu. Mireina gunakan penutup botol serum yang diperbuat daripada separa plastik dan separa getah, so bila nak keluarkan serum kita perlu picit tiub getah tu. Bagi Iza cara ni lagi bagus sebab kita boleh keluarkan semua serum hingga ke titisan terakhir. Kalau pakai tiub kaca tu kebiasaannya mesti tak sampai hujung botol.


Nampak complicated kan explanation Iza. Korang jangan risau, setiap serum akan didatangkan dengan instructions untuk pasang penutup botol serum tu. Senarai bahan-bahan utama and cara nak gunakan serum ni pun ada.


BAHAN-BAHAN & TEKSTUR

Antara bahan-bahan untuk yang digunakan ialah terdiri daripada:
9 natural herbal extract; Galactoarabinan (bertindak sebagai exfoliator dan boleh bantu hilangkan garis halus), Paper Mulberry Root Extract (menghentikan pigmentasi dan menjadi antioksidan), Morus Alba Bark (memberikan kesan pencerahan), Green Tea Extract (membantu mencerah, melindungi sel kulit terutama dari sinran UV dan anti penuaan), Centella Asiatica Extract (sebagai anti penuaan, merawat luka, menghasilkan sel kulit baru dan kolagen), Tricholoma Matsutake (bertindak sebagai antioksidan bioaktif dan anti kedutan), Camellia Japonica Leaf Extract (bertindak sebagai antioksidan dan anti penuaan), Alpha Arbutin Bearberry) (mencerahkan kulit dan menghalang penghasilan melanin) and Pyrus Malus (Apple) (membantu mengecilkan pori dan menghilangkan jerawat).


Mungkin sebab bahan-bahan yang natural ni buat bau serum ni macam bau buah. Tak lupa jugak emas 24K yang korang boleh nampak terapung-apung dalam serum ni dan Hyaluronic Acid. Kesemua bahan-bahan yang digunakan dalam serum ni boleh memutih, melembap dan menjadikan kulit lebih muda.


Tekstur serum ni tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Walaupun macam tu tapi tak mengambil masa lama sangat untuk serum ni betul-betul serap masuk ke kulit muka. 

OVERALL REVIEW

Iza dah pakai serum lebih kurang 3 minggu lebih, apa yang Iza perasan dark spot Iza hilang lebih cepat dari biasa. Bagi Iza dengan skincare lain yang Iza guna dan topup pulak dengan serum ni, dia mempercepatkan lagi proses nak hilangkan dark spot tu. Sebelum ni walaupun pakai macam-macam tapi ambil masa yang agak lama juga nak hilang. Iza perasan jugak bila Iza picit serum ni and bila dapat sekali dengan gold flakes tu, bila sapu dekat muka akan nampak glowing sikit. Maybe effect dari gold tu. Overall serum ni memang serasi dengan Iza sebab so far memang tak ada breakout. Bagi Iza serum ni sesuai untuk semua jenis kulit. The best part Iza suka packaging dia yang unik tu. Nampak macam botol ubat kat hospital pun ya and tiub yang dia gunakan the best. Harga untuk M1 Luminence Serum (50 ml) ni hanya RM 149.00. Kalau korang rasa mahal, maybe korang kena tengok balik ingredient dia. Heheh.


So kalau korang nak tau lebih lanjut korang boleh check out link dekat bawah ni ok?

Website

Instagram

Facebook

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: The products was given to me by Mireina Cosmetics Sdn Bhd and all above are my honest review. Product I’m using might goes well with my skin but not with yours.)

Ulasan

  1. First time dengar product Mireina ni. So far Nad tak pernah try lagi serum yang gold-gold ni. Tapi banyak dengar good feedback. So i bet the gold must did something to our skin kan. Tengok texture serum ni dekat tangan Iza pun nampak elok je.

    BalasPadam
  2. First time dengar. Wahh bulan sembarangan orang ye cipta serum ni. Bagi ena masih affordable sebab serum ena nk dekat rm300 hrga. Haha. Saiz sama je. Maybe boleh cuba ni pulak.

    BalasPadam
  3. 1st time dengar brand ni jugak. Kandungan siap dengan 24K mas tu dgn 9 jenis herbal extract. Teringin nak cuba jugak!

    BalasPadam
  4. dengan 24k mas..harga pun reasonable...bole lah cuba..klu elok dan bersesuai dgn kulit2 masing2 lagi elokkan..jimat

    BalasPadam
  5. suka betul dengan serum yang boleh buat muka cantik dan flawless. kalau iza pakai 3 minggu dah nampak kesan yang positif, maksudnya memang sesuai dengan iza. lagi flawless muka uols

    BalasPadam
  6. betul2 ada emaslah....dah banyak dengar pasal serum yang ada emas 24k ni katanya bagus untuk kulit ..kebetulan serum pun dah habis , yang baru beli pulak hilang...huhuhu

    BalasPadam
  7. First time dengar produk ni.. .Nanti nak cubalah produk ni.

    BalasPadam
  8. Wow cosmetic products will 24k gold. Guess everyone would want to have golden complexion right? I am sure this product will benefit a lot of people :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular