Skincare Apa Tu? | Argania Produk Kecantikan Berasaskan Minyak Argan

Assalamualaikum.

Hello readers. Hari ni Iza nak share dengan korang produk yang agak famous dikalangan local produk dekat Malaysia ni which is Argania. Haa. Korang mesti pernah dengar kan? So Argania HQ ada hantar beberapa produk penjagaan kulit dekat Iza untuk Iza cuba. Jom baca!



MULTI ACTION CREAM CLEANSER (RM 50.00 / 60ml)

Dari segi packaging cleanser ni sangat simple, cantik and senang nak bawa ke mana-man sebab size dia yang agak handy. Cleanser ni gunakan pump so kebersihan tu lebih terjamin and nak pump pun tak susah. Amount setiap kali pump tu just nice untuk 1 muka, tapi Iza suka dua kali pump.


Tekstur dia creamy as per the name of the cleanser. Warna putih and memang pekat la macam krim. Tapi bila sapu dekat muka yang lembab cleanser ni tak terlalu berbuih which is I really love. Iza memang tak berapa suka cleanser yang terlalu bersabun. For me kalau terlalu bersabun tu dia macam strip off banyak sangat minyak dekat muka and buat muka terlalu kering.

Bahan-bahan yang terdapat dalam cleanser ni ialah:
Aqua, Cocamidopropyl Betain, Coco Glucoside, Glycerin, Sodium Lauroamphoacetate, Glycol Distearate, Disodium Cocoy Glutamate, Coconut Diethanolamide, Polyquaternium 7, Phenoxyethanol, Chlorphenesin, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Argania Spinosa Kernel Oil, Lauryl Laurate, Tetrasodium EDTA, Allantoin Lavender (Lavendula Angustifolia) Oil.


Based on ingredients dia cleanser ni paraben-free, silicone-free, sulfate-free and alcohol-free. So should be good untuk all skin types.

Antara kebaikan yang korang boleh dapat dengan cleanser ni seperti membersihkan kotoran dengan lembut which is I totally agree. Each time Iza sapu dekat muka rasa gentle sangat cleanser ni. Cleanser ni juga boleh membersihkan pori dan membuang makeup pada muka. Untuk light makeup yes, tapi Iza memang biasanya akan double cleansing so to get cleaner face better buat double cleansing. Dengan adanya argan oil and lavender oil tu boleh membantu mengekalkan kelembapan pada kulit. Selain tu, cleanser ni jugak melembut dan melegakan kulit which is so true sebab lepas Iza cuci muka kulit muka Iza rasa lebih lembut and tak terlalu kering.

AQUACEUTICAL MIST (RM 50.00 / 60ml)

Packaging mist ni lebih kurang macam cleanser dia tapi ofcourse mist akan guna spray. Part spray tu a bit mengembang sikit so kena target betul-betul dekat muka kalau tak nanti macam ada part yang tak kena. But so far so good. 


Tekstur dia memang cair just like water. I'm not sure about other mist tapi kalau mist rasanya memang tekstur macam tu. Watery and easily absorb.

Bahan-bahan yang terdapat dalam mist ni ialah:
Aqua, Rosa Damascena Flower Water, Polysorbate 20, Caprylic / Capric Triglycerides, Trehalose, Phenoxyethanol, Chlorphenisin, Argania Spinosa Kernel Oil, Allantoin, Propylene Glycol, Lauryl Laurate, Imprerata Cylindrica Root Extract, Glycerin, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Acrylate / C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Tetrasodium EDTA, Tocopheryl Acetate, Sodium Hydroxide, Styerene / Acrylates Copolymer, Citric Acid, Bergamot (Citrus Bergamia) Fruit Oil.


Aquaceutical Mist ni pun sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Antara kebaikan yang korang boleh dapat dengan mist ni ialah melembab dan menyegarkan kulit muka. Iza suka guna mist ni lepas Iza cuci muka as a toner, so memang akan rasa muka lagi fresh. Boleh juga guna mist untuk fix makeup which Iza jugak akan guna mist ni before and after makeup just like setting spray. So makeup gonna looks always good. Mist ni jugak sangat senang nak bawa ke mana-mana and boleh guna bila-bila masa je. Super love for this one!

ARGANIA LIGHT (RM 63.00 / 30ml)

Packaging super classic and simple. Iza suka packaging square macam ni sebab senang nak organize dalam makeup bag. As usual, face oil kebanyakannya akan guna tiub kaca pada bahagian penutup botol. Tekstur ofcourse la berminyak but this one dia a bit light. Well nama pun Argania Light and face oil absorb pretty fast jugak.


Bahan-bahan yang terdapat dalam face oil ni ialah:
Argania Spinosa Kernel Oil, Lauryl Laurate Citrus Aurantium Bergamia (Bergamot) Fruit Oil, Lavandula Angustifolia (Lavender) Oil.


Argania Light ni juga sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit berminyak. Antara kebaikan yang ada pada Agrania Light ni ialah melembabkan kulit kering. Tu dah semestinya argan oil tu sendiri dah boleh lembabkan kulit kering. Membantu meratakan tona kulit, mengecilkan pori dan menghilangkan garis halus serta kedut pada muka. Apa yang Iza nampak garis halus berkurang but the rest Iza belum nampak lagi. Maybe sebab Iza pun baru jugak guna. But the best part is Argania Light ni boleh mix dengan foundation and makes our skin glow. Iza dah cuba 2 cara which tanpa foundation and dengan foundation. Face oil ni memang light which tak buat kulit muka Iza berminyak (walaupun Iza Argania Light ni minyak) but instead Iza rasa kulit muka Iza lebih moist and glow. Sama juga bila apply dengan foundation. Kalau korang nak makeup yang not too matte but not oily Iza recommend korang mix dengan Argania Light. 

WONDER OIL (For Face, Hair & Body) (RM 50.00 / 30ml)

Packaging sama macam Argania Light just yang membezakan both oil ni warna botol kaca dia and label pada botol. Tekstur pula memang lebih oily berbanding dengan Argania Light.  


Bahan yang digunakan dalam Wonder Oil ni memang hanya semata-mata Cold Pressed Argan Oil which is memang sesuai untuk semua jenis kulit.


Antara kebaikan yang ada pada Wonder Oil ni ialah boleh membantu masalah kulit berminyak, melembapkan kulit, mengurangkan jerawat, menghilangkan parut, menghilangkan ruam, menjadikan kulit muka lebih glowing, boleh membantu pertumbuhan bulu kening dan bulu mata, meratakan tona kulit yang tak sekata, merawat kulit kasar, menghilangkan kulit yang kusam dan membantu eczema. To be honest Iza sangat suka guna Wonder Oil ni waktu malam sebab bila bangun bagi rasa kulit muka lembut and moist. Iza belum cuba lagi sapu pada bahagian badan sebab sayang pulak nak sapu banyak-banyak but Iza realize memang dia boleh mengecutkan jerawat. Untuk bulu kening and bulu mata tu Iza rasa might takes time untuk dapat result as for now belum nampak perubahan. Cumanya Wonder Oil ni Iza tak suggest untuk mix dengan foundation sebab dia a bit oily. It does makes your skin glow tapi akan nampak too glow which I not prefer.

OVERALL REVIEW

Bagi Iza kesemua produk Argani ni memang best and sangat worth it to try especially Argania Light. Dulu Iza selalu fikir pakai minyak-minyak ni akan buat muka lagi berminyak walaupun Iza pernah dengar sebenarnya kulit kita berminyak tu sebab kulit kita tak cukup minyak. Now I know it is true. After try all the products from Argania ni memang betul sebenarnya kita perlukan minyak untuk atasi masalah kulit berminyak tu. So Argan Oil ni antara minyak yang bagus bukan setakat untuk kulit muka tapi untuk rambut and badan jugak. But the best part for Argania is bukan setakat semuanya ada Argania Oil but all of the product are natural. Paraben-freesilicone-freesulfate-free and alcohol-free.


Anyway Argania bukan setakat ada skincare je tapi dia ada cosmetics jugak. Soon Iza akan review their mascara so stay tuned ok? For those yang teringin nak cuba and nak tau lebih lanjut about their products, korang boleh check out link dekat bawah ni:

Website

Instagram

Facebook

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: The products was given to me by Argania HQ and all above are my honest review. Product I’m using might goes well with my skin but not with yours.)

Ulasan

  1. Rawlins dah jadi semacam ketagih dengan produk with argan oil.
    Dulu pun sama, anything with oil, mesti Rawlins nak lari sebab kulit dah sedia berminyak. Then dah try, baru la lihat kebaikannya.

    BalasPadam
  2. Macam menarik je produk ni sebab berasaskan minyak argan. Memang tau yg minyak argan banyak kebaikkannya. Boleh la nnt suggest pd kawan2

    BalasPadam
  3. Sukanya produk argan oil ni. Memang highly recommended.

    BalasPadam
  4. Rin memang ada masalah kulit berminyak dan nak juga cuba produk yg iza share. InsyAllah looking foward thanks for sharing!

    BalasPadam
  5. Para wanita akan menyukai entri ini. hehe. Seronoklah mereka mengetahui produk sebegini

    BalasPadam
  6. Ingredients produk ni semua bagus untuk kulit. Packaging produk sangat menarik Dan sweet boleh buat hantaran kahwin.😅. I kalau cuci muka mesti buat double cleansing.

    BalasPadam
  7. Bahan2 produk ni dibuat dari bahan yang berkualiti dan mempunyai kebaikkan yang tersendiri. Bagus kalau dapat cuba produk ni. Harga pun sangat berpatutan..

    BalasPadam
  8. Macam best je produk ni. Nak nak berasakan minyak argan whuch is kita tahu kebaikannya dalam kecantikan. Samalah suka cleanser yang tak banyak buih tapi kebanyakan cleanser banyak yang ada buih kan. Eemmm, rasanya nak try lah produk ni plak

    BalasPadam
  9. Cantik sangat packaging dia, lain dari yang lain! First time tahu produk argania ni. Kalau based argan memang bagus lah sebab khasiat argan tu sendiri.

    BalasPadam
  10. Comelnya packaging dia! Bunga-bunga gitu. Texture seru dia pun nice bukan jenis yang mengalir sangat. Nad lagi suka texture serum yang likat sikit macamni.

    BalasPadam
  11. Wah... Argan oil. Kita memang tengah addicted dengan bahan produk berasaskan argan oil. Sebab krbaikkan argan oil bagus untuk kecantikan. Nanti nak usha laaaa... Packaging dia pun comelnya!

    BalasPadam
  12. wah..makin berseri-seri la dia..hehhe..cantik packaging dia..namapk menarik..argan oil memang bagus untuk kulit kan

    BalasPadam
  13. WAHHHHH! SIAP ADA PRODUK KOSMETIK DORANG YE. ANYWAY, PACKAGING DIA TU NAMPAK MEWAH SANGAT. SUKA TENGOK DESIGN PACKAGING DIA. FIRST TIME JUGAK ONIE DENGAR PRODUK ARGANIA NI, SOON ONIE AKAN TENGOK DI INSTAGRAM DORANG :D

    BalasPadam
  14. mcm best jer produk ni. salam kenal kak iza. do visit my blog https://duniataipmenaip.blogspot.com/

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular