Day 252: Review - COSRX AHA/BHA Clarifying Treatment Toner

Assalamualaikum!

Hello readers. Kali ni Iza nak review current toner yang Iza pakai skang iaitu COSRX AHA/BHA Clarifying Treatment Toner.


Sebelum ni Iza pakai toner dari The Body Shop, Vitamin E Hydrating Toner. Toner yang Iza pakai sebelum ni dia more to hydrate and moist kan muka je and lebih kepada macam nak buang sisa-sisa makeup lepas cuci muka. Memang moist sangat muka tapi Iza rasa I don’t really need it kot sebab Iza combination skin normal to oily so bila pakai tu macam tak ada effect sangat la. Tapi Iza pun tak tau la kenapa Iza tak tukar pun toner lain. Hahahah.

So skang dah tukar toner baru yang maybe lebih sesuai untuk Iza. Iza ni jenis yang pore besar la jugak kot dan menyebabkan banyak blackheads especially kat area hidung. Iza google sana sini jugak la untuk masalah pore ni. Then ramai suggest untuk pakai product yang ada BHA.
BHA ialah Beta-Hydroxy Acid. Kalau nak explain details panjang kot jadinya nanti. In short BHA ni sangat sesuai untuk masalah pore bagi yang ada oily skin. Memula ingat nak beli Cosrx BHA Blackhead Power Liquid tapi yang tu bukan toner. Dia memang chemical exfoliator yang khas ada BHA and Iza pun takdela teruk sangat pun masalah blackheaf macam kalau tengok kat youtube tu. So Iza decide amik Cosrx AHA/BHA Clarifying Treatment Toner sebab nak toner punya pasal and lagipun dia ada both AHA and BHA in light way.


Ok jap AHA tu apa??? AHA tu Alpha-Hydroxy Acid. Ok AHA ni pulak sesuai untuk kulit yang dry. Tapi oily skin boleh je pakai jugak sebab dia actually boleh tolong untuk masalah whiteheads. Macam BHA pulak lebih kepada blackheads. Memandangkan ada both boleh la sekali jalan. Haa paham ke? Kalau tak paham jugak boleh baca kat tempat lain pulak. Hahah. 

Bila pakai toner ni apa yang Iza perasan blackhead Iza nampak faded la. Dia tak hilang terus tau tapi kabur. Anddd satu lagi muka Iza a bit burn. Sikit jeee. Padan muka aku sebab tak pakai sunscreen. Hahah. Owh FYI Iza tak pernah ada skincare routine yang betul. So macam azam baru la nak build skincare routine ni. Andddd I never ever pakai sunscreen. Bila google pasal skincare ni baru tau betapa pentingnya sunscreen tu. Lepas tu bijak pergi tempek AHA and BHA kat muka sebab both ni photosensitive ke apa ntah nama dia so memang boleh buat muka burn kalau tak pakai sunscreen. Baru la Iza tercari-cari sunscreen nak pakai. 


By the way toner ni pun boleh jadi exfoliator jugak dengan guna cotton pad untuk lebih effective since dia dah ada both AHA and BHA yang act sebagai chemical exfoliator. Tapi macam Iza cakap kandungan AHA and BHA dalam toner ni tak tinggi so effect dia mild je la. Kalau nak lebih effective boleh cuba yang memang fokus for exfoliate punya.
Overall Iza rasa toner ni best and works for me. Macam yang dia mention, to soothe, refresh and soften skin tu memang dia buat la semua tu and Iza perasan jugak muka Iza less oily bila tak pakai makeup. 

Harga pun ok la dalam range RM47 - RM55 camtu. Banyak online shop boleh beli. Iza beli kat Hermo je.

To repurchase? Yup! Totally will repurchase. Iza memang suka toner ni plus design dia yang just spray tu sangat memudahkan bagi Iza plus texture dia yang watery tu. Kalau iza rasa nak refreshkan lagi muka lepas cuci muka iza just spray je then dap dap. 


Apa-apa pun kalau korang nak try better patch test dulu. Tapi iza memang tak buat since muka Iza tak sensitive sangat. Hahah. Anddd make sure pakai sunscreen uolls. Kalau korang tak pakai AHA or BHA pun still kena pakai toner tau. Sangat penting sebenarnye. ;)

Thanks for reading. Till we meet again!

Assalamualaikum.

***

(Disclaimer: This is my honest review and I am not paid for this review. The product might goes well with my skin but might not with yours.)


Ulasan

  1. boleh pakai umtuk daily ?

    BalasPadam
  2. Halo kak, salam kenal saya Rivanka. Kalo mau propose kerjasama bisa kemana ya kak? Terima kasih

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular