Day 198: Silkygirl Double Intense Duo Eye Shadow
Assalamualaikum!
Walaweh. Panjang benor tajuknye. Padahal nak citer pasal eye shadow je. Erk. Sebenarnya Iza tak berapa nak rasa sihat. Selsema je ni. Tapi demi mu blogwalkers, ku gagahi jua. Ceh! Ok. Abaikan.
So entry kali ni Iza nak share sikit pasal eye shadow yang super affordable. Korang boleh beli dekat Watsons dengan harga RM16.90 je weh. Dapat dua warna lagi. Cukup la untuk make up user yang beginner macam Iza ni. Kita dok tengok orang lain mata cantik-cantik. Wow gedebas gedebus. Teringin nak ada mata cantik jugak walaupun hakikatnya mata kita tak cantik. Dengan Duo Eye Shadow dari Silkygirl ni, cukupla untuk Iza berjinak-jinak guna eye shadow gituh. Warna dia tak terlalu terang. Even sapu kat mata pun masih tak terang. Depends pada jumlah eye shadow yang korang sapu la.
Tak tau la kenapa ada tahi lalat ntah datang dari mana plak kat mata Iza tu. Sila abaikan. |
Color ni tak terlalu striking, so untuk orang yang tak pandai guna eye shadow macam Iza ni sesuai la, Nampak natural je. Serupa macam tak pakai eye shadow je ke? No no no. You can see the different ok? Hehehe.
Dalam entry kali ni Iza nak share macam mana Iza pakai Duo Eye Shadow ni 2-2 warna sekali. Harapnya tak muak la ye tengok muka Iza. Weeee. Owh! Btw, Iza pakai ni guna eye shadow brush yang bulu-bulu tu tau. Iza tak pakai yang Silkygirl dah sediakan dalam pakage dia.
Memula Iza akan buat based dulu dengan kaler pink yang cerah tu. Just sapu kasi rata kat kelopak mata cenggini ok?
Lepas tu Iza guna kaler yang gelap tu dekat bahagian hujung belakang mata sampai tengah then ratakan dia supaya nampak macam ada dua lapisan. Satu atas (kaler gelap) and bawah (kaler terang). Dependsla nak sapu banyak mana pun. Iza lagi suka tinggalkan pink terang tu sikit je kat bawah. Then Iza sapu dekat bawah mata juga. Kononnya nak buat ala-ala smokey eye yang tak bape nak jadi.
Nak biarkan macam kat ni pun ok dah. Tapi nak nampak mata lagi cantik, Iza add lagi pink terang tu dekat bahgian atas mata.
Iza tambah sikit kaler pink terang dekat penjuru mata bahagian depan supaya nampak kemas.
Tadaaaaa. Dah siap. Nampak tak beza dengan pic yang first. Beza kan? Walaupun tak banyak tapi still can spot the difference kan?
Just nice and simple. Eh? Puji diri sendiri ke? Pleaseeeeee.
Korang pun boleh try jugak. Sama2 kita belajar ek? Apa salahnya.
Sekian sahaja perkongsian saya pada hari ini. Heeeee.
Thanks for stopping by and have fun!
Ulasan
Catat Ulasan