Day 199: Review Johnny Rockets Sunway Pyramid
Assalamualaikum!
Hello readers. Iza dah lama tangguh entry ni, dari last week. Nak taip tapi malas, acane tu?
So last week punya citer, En. Tunang datang KL. Ada urusan kerja la macam biasa. Dia memang selalu je ada urusan kerja kat KL, so kahwin nanti takde la disaster sangat PJJ kami. Heheheh. Citer pasal kahwin, Iza belum pergi kursus lagi!!! Ok, this week pergi ya. Dah booked ok? Hahahha. Nanti Iza citer camne kat sana ye.
So nak dijadikan cerita, En. Tunang datang la rumah nak bawak Iza pergi dinner gitew. Hakhak. Tak! Alasan dia nak main bowling sebenarnya. Cis! Hahah. Takpela. Kasi can la kat dia yang tengah kemaruk nak belajar main bowling. Jadinya tempat yang paling dekat and ada bowling ialah Sunway Pyramid. My second house. Erk! Hahah. Takdela, Iza memang suka lepak Sunway sebab dekat and senang nak pergi. Takde duit pun Iza pergi jugak. Cuci mata. Since high school lagi memang suka lepak Sunway and kebiasannya sorang-sorang. Lone ranger. So what?
Sampai Sunway tak tau nak makan apa. Sampai sana pun dah pukul 8 lebih dah time tu. Sebab pergi lepas solat Maghrib. Then Iza teringat ada 2 3 orang kawan penah post kat IG pasal restorang Johnny Rocket ni and kat Sunway memang ada 1. Nak dijadikan cerita, kitorang yang 1st timer ni pun try la makan kat situ.
Johnny Rockets Sunway. Sumber dari FB Johnny Rocket. Restoran ni dekat dengan Blue Cube besar kat luar Sunway Pyramid tu. |
Punyala panjang mukadimah Cik Iza hari ni.
A little bit about Johnny Rocket. Asalnya dari LA since 1986. Wow! Belum lahir kot time tu. Main dish dia ialah burger. Sebab tu tagline dia "The Original Hamburger". Kalau korang masuk restoran dia, korang akan rasa macam korang pergi zaman ala-ala citer Back To The Future scene dalam restoran tu.
Sumber Google |
Dengan lantai petak hitam putih tu. Memang feel dia ala-ala zaman dulu punya restoran oversea. Wah! Dia punya description. Tak boleh blah sangat. Memang nice la. Interior dia menarik.
Pic tak ready. Muka makcik. |
Muka ready sangat. |
Muka suci En. Tunang. |
Tunggu makanan tak sampai lagi. |
Sila abaikan muka ikan buntal itu. |
Tapi malangnya malam tu kitorang tak try pulak burger dia. Sebab memasing dah kenyang minum petang sebelum tu. So, decide beli makanan ringan je la.
Chicken Tenders
Ayam dia sedap, rangup tapi pedas. Dia bagi sekali dengan sos dia. Ayam dia macam salut dengan serbuk roti campur serbuk cili then goreng. Ok la, not bad. Dari 5 Iza bagi 3 je sebab dia pedas and tak berapa nak kena sangat dengan tekak Iza.
Chili Cheese Fries
Actually memang nak makan sikit je. Tak sangka pulak makanan dia quantity banyak rupanya. Hahah. Tapi yang ni memang sedap. Tak sepedas namanya. Sesuai dengan tekak Iza. Fries tu dia goreng and dicurahkan sos spaghetti and letak cheese. Pergh! Terbaik! Iza suka yang ni. Memang makan tu tak nak stop. Padahal Iza diet Atkins. Hancur diet aku. Hahahhaha.
Strawberry Shakes and Root Beer Floats
Yang pun terbaik. Strawberry Shakes dia memang sedap. Terasa dia punya strawberry and ice-cream. Floats tu macam biasa la rasa dia. Macam A&W punya floats jugak la. Tapi yang bagusnya dorang ni. Lebihan dari air yang dorang serve tu dorang bagi jugak tau. Macam Iza, dia bagi balance shakes yang tak muat nak letak dalam cawan dia yang cantik tu. Sama macam floats jugak. Dia bagi skali dengan air tin tu. Ada sesetangah restoran kan dorang buang je mana yang lebih tu. Tak membazir. Bagus!
Masa tengah makan tu tetiba, dorang tukar lagu and pelayan dia berkumpul ramai-ramai. Rupanya dorang nak menari. Hahaha. Terkejut kitorang. Ingatkan kenapa la. Hahaha. Nak keje kat Johnny Rockets ni memang nak kena pandai menari la kot and tak segan dengan orang ramai. Kau bayangkanla, semua mata tertumpa kat ko. Macam buat performance jugak la.
Overall Iza rasa not bad. Walaupun harga dia a bit pricey tapi Iza rasa berbaloi kot sebab quantity dia yang memang korang boleh kenyang punya la. Total En. Tunang rabak malam tu about RM50++ jugak la. But still boleh datang untuk kali kedua untuk merabakkan En. Tunang sebab dia pun suka jugak makan kat situ. Hahahhahah. Nanti nak try burger dia pulak. Must try. Tu specialty dia kot.
Untuk korang nak tau lebih lagi pasal restorang ni, korang boleh pergi dekat link bawah:
So far Johnny Rockets cuma ada 5 je restoran kat Malaysia ni:
1. Avenue K, KL
2. The Curve, PJ
3. KLIA 2, Sepang
4. Sunway Pyramid, PJ
5. Pavilion, KL
and coming soon IOI City Mall, Putrajaya.
Sape-sape tak pernah try tu boleh la cuba.
Thank you for droping by and have fun!
Ulasan
Catat Ulasan