Bihun Segera Vit's Dengan Dua Perisa Sayuran Dan Ketam

Assalamualaikum.

Hari ni Iza nak share dengan korang produk yang Iza terima baru-baru ni. Ok siapa pernah dengar jenama Vit's? Tipu la kalau korang tak pernah dengar kan. Famous kot brand ni. Kalau pergi pasaraya confirm korang akan jumpa jenama ni dekat sudut mi atau bihun punya. So kali ni Iza nak review rasa bihun segera dorang yang ada dua perisa which is sayuran dan ketam. Anyway, Iza nak highlight bihun tau bukan mi ok?


Sebelum Iza mula, Iza nak share sikit info berkenaan Vit's atau nama syarikatnya Vit Makanan. Vit Makanan ni adalah syarikat pembuat mi segera dan mi kering which dorang memang ada kilang dekat Malaysia tau. Vit Makan jugak adalah pakar dalam hasilkan mi yang mempunyai sijil HALAL, HACCP & GMP selama 45 tahun. So kalau nak beli memang korang boleh beli dengan yakin ok?


BIHUN SEGERA

Bihun segera ni memang ada je dekat pasaran and tak adalah rare cumanya tak banyak syarikat yang buat berbanding mi segera. Kalau mi segera tu memang bersepah kita boleh jumpa kat pasaraya. Macam-macam jenama ada. Untuk Vit's pulak dorang sediakan bihun segera ni dalam dua bentuk. Which kita boleh beli yang paket atau boleh beli dalam bentuk cup.




Bihun Segera Perisa Sayuran

Untuk perisa sayuran, bihun segera ni dipadankan dengan sup lada. Bau dia bila dah campur dengan air panas memang sedap. Bila rasa, Iza dapat rasa lobak merah yang sangat kuat tapi dari sudut yang lebih sedap. Dalam perencah dia pun ada ketulan lobak merah kecil. Rasa sup dia agak pedas tapi still acceptable bagi Iza. Dia bukan la pedas yang sampai tak boleh makan tu.


Bihun Segera Perisa Ketam

Untuk perisa ketam, bihun segera ni dipadankan pula dengan sup jernih pedas. Bau perisa ketam lagi sedap dan kuat berbanding perisa sayuran. Rasa ketam dia sedikit mild mungkin sebab dah mix dengan perasa lain yang Iza rasa macam ayam sikit. Sup untuk perisa ketam ni pun pedas jugak tapi seasoning untuk ketam ni lebih kuat berbanding sayuran and memang sedap.


CARA PENYEDIAAN

Cara penyediaan pun sangat mudah and sama je macam makan mi segera. Untuk yang paket korang boleh masak atau rendam dalam air mendidih atau nak guna microwave pun boleh. Tuang perencah dan gaulkan. Senang. Kalau yang guna cup korang just tambah perencah and tuang air panas. Tunggu tiga minit, settle. Korang dah boleh nikmati bihun segera.

OVERALL REVIEW

Bagi Iza kedua-dua bihun segera memang mempunyai seasoning yang sedap. After taste dia tu buat sedap bak kata husband Iza. Walaupun perisa ketam tu rasa ketam dia sedikit mild tapi yang tu jadi favorite Iza. Memang kalau nak repeat beli Iza akan cari yang ketam. Sayuran tu sedap jugak, so kalau tak ada ketam pun Iza still boleh cari yang perisa sayuran. Both kuah memang pedas tapi macam Iza mention pedas dia acceptable. Iza sangat recommend korang cuba sebab memang tak rugi. Both sedap! Iza tengah pregnant ni makan mi segera buat rasa tak sedap perut, so boleh la ganti dengan bihun segera pulak kalau teringin nak makan.




BELI DARI RUMAH

Sempena PKP ni Vit's dah buat initiative which korang boleh beli semua jenis produk Vit's hanya melalui online dan akan dihantar ke rumah dengan potongan harga dan kos penghantaran percuma. So tak perlu la korang keluar semata-mata nak cari Vit's kan? Untuk maklumat lanjut korang boleh rujuk siniKalau korang nak dapatkan promo dari Vit's korang boleh rujuk sini.



BANTUAN MAKAN UNTUK WARGA EMAS


Selain tu jugak Vit's telah menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menghulurkan sokongan kepada petugas barisan hadapan dan masyarakat terpinggir dalam mengharungi situasi Covid19. Vit's buat masa ni telah menyumbang sejumlah 3000 lebih karton kepada petugas Hospital Kuala Lumpur, para petugas polis yang sedang menjalankan sekatan jalan, bomba, rumah pertubuhan, rumah kebajikan dan rumah orang tua yang kurang bernasib baik di beberapa lokasi.



Bagus kan? Sumbangan macam ni yang sangat membantu orang kat luar sana tu. Good job Vit's!


So untuk maklumat lebih lanjut lagi korang boleh refer link dekat bawah ni ya:

Website

Instagram

Facebook

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *


(Disclaimer: Product was given to me by Vit Makanan to try out. All review are honest and from my perspective.)

Ulasan

  1. brand vits ye. tak pernah try lagi ni..macam kena try sekali ni

    BalasPadam
  2. Yeay. Rawlins nak beli and letak kat opis - senang nak lunch sebab Rawlins still tak berani nak keluar lunch. Ada ini, senang la kan.

    BalasPadam
  3. Ramai juga yg rekomen Vits ni tapi belum bisa cuba sbb blm nak buat meehoon.

    BalasPadam
  4. Yum! The flavours looks delicious. Me need to try it. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  5. Selalu beli Maggi buat stok kat rumah. Lepas ni boleh tambah stok bihun segera Vit's pula. Buat stok kat pejabat pun okay juga ni kan.

    BalasPadam
  6. nampak sedap. selalu beli brand lain, pasni boleh cuba vits pula

    BalasPadam
  7. tak pernah cuba lagi Bihun Segera Vit's ni. nampak macam menarik. nanti boleh la beli.

    BalasPadam
  8. Sis paling suka kalau mee segera beehoon yang sup... cuma tak pernah cuba lagi yang Vits ni...nanti boleh cuba..tahniah juga Vits atas sumbangan yang diberikan..

    BalasPadam
  9. VIT'S punya makanan segera tak pernah mengecewakan. Rasa sedap dan tak heavy macam makanan segera lain. Memang selalu sangat kena ada stock VIT'S dekat rumah sekarang ni senang nak sediakan :)

    BalasPadam
  10. Wah.. Vit's pun ada bihun segera. blm pernah cuba lg tentu sedap nti nk belilah.

    BalasPadam
  11. comelnya Vits ni! Sekarang dah ada perisa sayur dengan ketam ea. Lepas ni boleh try sebab suka makan bihun sup macam ni.

    BalasPadam
  12. Brand ni biasa je tengok. Selalu beli mee noodles dia tu. Yang ala ala meggi ni tak pernah lagi cuba.
    Maybe next time boleh la try pulak yang macam ni.

    BalasPadam
  13. Sedapnya noodle. Akak suka standby noodle macam ni kat rumah. Kadang teringin. ngap ngap terus. hahaha

    BalasPadam
  14. I pernah makan their instant noodles, sedap juga tapi bihun belum cuba lagi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular