Review Skincare Mentholatum Acnes Yang Best
Assalamualaikum.
Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang skincare yang korang boleh beli dari drugstore je and definitely best especially untuk korang ada masalah jerawat tu. Yes! Kali ni Iza berpeluang untuk review skincare Mentholatum Acnes. Korang mesti pernah dengar Mentholatum ni kan? Bila sebut Mentholatum mesti ingat lip balm dia. Sekarang Mentholatum dah ada skincare khas untuk kulit berjerawat pulak.
MENTHOLATUM ACNES
Kalau korang nak tau, Mentholatum Acnes ni berasal dari Jepun yang dibangunkan oleh Rohto-Pharmaceutical. Target Mentholatum Acnes memang untuk merawat jerawat dan kulit berminyak serta mencerahkan jugak kulit. So range skincare Mentholatum Acnes ni ada Mentholatum Acnes Creamy Wash, Acnes Powder Lotion, Acnes Oil-Control Moisturiser, serta Acnes Anti-Acne Spot Gel.
Daripada kajian yang dibuat, 72% responden mengalami kesan positif pada kulit selepas 30 hari menggunakan Mentholatum Acnes. Lepas tu tiga daripada empat pulak bagi feedback kulit bertambah baik hanya selepas tujuh hari. So jom Iza review pulak.
Mentholatum Acnes Creamy Wash
Pencuci muka ni berunsurkan Asid Amino yang bebas sabun and tahap pH hampir sama dengan pH semula jadi kulit. Selain tu pencuci muka ni juga Asid Salisilik (BHA) untuk membersihkan liang pori dan membantu melawan jerawat. Terdapat juga Ekstrak Avocado sebanagi agen penenang untuk menenangkan kulit, serta berfungsi mengawal masalah kulit berminyak. Vitamin C + E pun ada juga untuk melegakan kulit, mencerah kulit kusam, memudarkan bekas jerawat, dan menguatkan lapisan kulit.
Bagi Iza Mentholatum Acnes Creamy Wash ni gentle cleanser. Walaupun texture dia creamy dan agak berbuih tapi still tak buat kulit kering pun lepas cuci. Muka memang rasa sangat fresh. Muka memang kurang berminyak walaupun gap lepas cuci muka dengan sebelum pakai toner agak lama. Best jugak la feeling dia.
Mentholatum Acnes Powder Lotion
Yang ni act as toner. Formula yang digunakan boleh mengimbang dan mengawal minyak serta membantu singkirkan sel kulit mati dan buang kotoran dalam liang pori. Dalam Powder Lotion ni ada serbuk mineral untuk membantu menyerap minyak berlebihan dan kecilkan liang pori. Untuk elakkan kulit muka dari kering, Ekstrak Aloe Vera ditambahkan untuk jadikan kulit lebih lembap dan segar. Sama dengan Creamy Wash, Powder Lotion pun ada Vitamin C untuk membantu mencerahkan kulit kusam, memudarkan kesan jerawat, dan menguatkan lapisan kulit.
Macam yang korang nampak, Powder Lotion ni ada dua layer so untuk pakai Powder Lotion ni, korang kena make sure goncang sampai tak ada lapisan lagi baru apply dekat muka. Tekstur pun memang watery and senang nak absorb pada muka. Muka memang akan rasa lebih fresh bila apply Powder Lotion ni and korang akan rasa a bit berangin or minty. Feeling dia best. Iza guna cotton pad untuk apply and at the same time akan rasa kulit lebih bersih walaupun dah cuci muka.
Mentholatum Acnes Oil Control Moisturiser
Dalam pelembap ni ada ekstrak epal, aloe vera, rumpai laut, dan chamomile untuk buat kulit lebih lembut dan lembap. Ekstrak epal dan Asid Salisilik (BHA) pula membantu exfoliate kulit dengan lembut dan sementara Ekstrak Ceri Liar (Bitter Cherry) pula untuk meningkatkan keanjalan kulit sekali gus menjadikan kulit nampak lebih awet muda.
Pelembap ni pun best jugak. Korang akan rasa berangin or minty juga bila pakai pemlembap ni. Tapi yang paling best, kulit tak rasa melekit dan paling penting pakai pelembap ni buat kulit muka tak nampak or rasa berminyak. Memang best la. To be honest Iza paling suka moisturiser dalam packaging macam ni sebab lebih hygienic and senang.
Mentholatum Acnes Anti-Acne Spot Gel
Yang ni pula khas untuk yang ada jerawat dan mengandungi 2% sulfur yang berkesan merawat jerawat yang degil. Ditambah pula dengan Asid Salisilik, so akan mengurangkan minyak berlebihan, menyingkirkan sel kulit mati, membersihkan liang pori, dan mencegah jerawat. Selain tu ada Vitamin E dan Ekstrak Licorice untuk mereda dan menenangkan bintik-bintik jerawat.
Spot Gel ni Iza pakai bila perlu je which bila ada jerawat je Iza pakai. Apa yang Iza nampak jerawat yang nak masak tu jadi cepat masak and senang nak pecahkan. Untuk jerawat yang baru cuba-cuba nak naik tu dia cepat kecut. Even lepas jerawat dah pecah pun Iza still akan sapu juga.
OVERALL REVIEW
Lepas Iza dah try lebih kurang seminggu range Mentholatum Acnes ni Iza perasan yang kulit Iza memang kurang berminyak and jerawat Iza pun cepat hilang juga. Healing process pun cepat which mana jerawat yang dah pecah tu cepat je baik. Korang boleh tengok beza before and after.
Iza memang recommend korang untuk try produk ni. Plus harga dia pun sangat affordable. For me, Mentholatum Acnes ni kalau tak ada jerawat pun boleh je pakai sebab dia macam basic skincare je. Cuma kalau ada jerawat tu boleh add on Spot Gel. Tapi ni memang sesuai untuk yang ada masalah kulit berminyak la. Walaupun pencuci muka dia tak buat muka kering tapi Iza risau yang ada masalah kulit kering tak sesuai pakai. So combination skin normal to oily or oily skin memang recommended untuk try.
DEKAT MANA NAK BELI?
Korang boleh dapatkan Mentholatum Acnes ni dekat mana-mana outlet Watsons or boleh juga beli online. Untuk maklumat lanjut korang boleh check link dekat bawah ni ok?
Website
Instagram
Facebook
Thanks for reading. Till we meet again.
Assalamualaikum.
* * *
(Disclaimer: Product was given to me by to try out. All review are honest and product I’m using might goes well with my skin but not with yours.)
Waa skincare range baru dari Mentholatum yea, nampak macam menarik jugak set nii, hasil Iza pakai pun nampak berkesan 👍🏻😁
BalasPadamThis product looks awesome. Good to try. Thank you for sharing your review with me.
BalasPadammmg best produk ni.. sbb anak guna mmg nampak perubahan dan keberkesanannya
BalasPadamNampak cerah ke kulit selepas pakai acnes facial wash tu ?
PadamI m using this to treat my maskne also, love the efficacies and price pun sangat affordable.
BalasPadamOk 2st time tau brand ni ada skincare mcm ni.. Selalu ingat ada lipbalm semua tu ja
BalasPadamthere are just too many brands out there but i am so glad i read about your post! need to try this brand out :)
BalasPadam