It's Been A While

 Assalamualaikum.

Lama dah rasanya Iza tak menaip dekat sini. Masa zaman tak social media macam Instagram dan Tik Tok memang orang suka membaca especially dekat blog yang macam ni. Review barang la, tempat la, makanan la. Macam-macam lagi.

Lepas dah ada social media yang lebih mudah diakses dah berkurang orang yang rajin membaca dekat blog-blog macam ni.

Sama la untuk Iza juga. Masa awal-awal dulu sebelum Iza mula berjinak-jinak nak review produk, this space is my baby. Dekat sini la Iza coretkan segalanya. Iza suka sebab boleh taip panjang-panjang. Yang dari awalnya cuma bebelan suka-suka untuk diri sendiri sampai la dapat jemputan ke majlis-majlis dan dan dapat banyak produk percuma untuk Iza cuba.

Rasa rindu sebenarnya nak menaip semula macam dulu-dulu. Tapi masih ada ke orang yang sudi baca dekat blog picisan macam Iza ni yang cuma sekadar meluahkan rasa. Kalau blog yang memaparkan kisah artis atau isu semasa mungkin ramai la kot orang nak baca. Mungkin Iza kena mula semula dengan buat suka-suka macam dulu.

Anyways, harini dah hari ke-6 berpuasa. Harap korang semua masih berpuasa penuh la untuk yang perempuan tu. Persiapan raya pun dah boleh dah mula cari sikit-sikit. Untuk Iza, baju raya dah settle dah satu family. Sekarang ni masih terfikir-fikir nak buat kuih raya ke tak. Anak 2-2 dah sekolah ni banyak juga masa yang Iza ada kalau Iza tak ada tempahan bouquet. Oh! By the way, Iza sekarang dah florist (konon-kononnya). Iza buat flower bouquet, tapi bunga tu Iza handmade guna kawat bulu. Alhamdulillah rezekinya ada la sikit-sikit walaupun tak menentu. Dapat la belanja sana sini sikit-sikit.

Itu jelah yang Iza nak share buat masa sekarang ni. Ada masa nanti Iza akan menaip lagi. Selamat berpuasa korang~

Thank you for stopping by and read my blog.

Assalamualaikum.

Ulasan

Catatan Popular