Memilih Sunscreen SPF50 PA+++ Terbaik - Salah Satu Tips Penjagaan Muka Yang Penting!

Assalamulaikum!

Hello readers! Kalau korang ada skincare routine yang tetap setiap hari, Iza percaya dalam skincare routine korang mesti ada sunblock/sunscreen untuk step terakhir kan? Ya! Sunscreen atau sunblock ni penting sebab kita perlu lindungi kulit kita daripada sinaran UV dan itulah kegunaan sunscreen.


KRIM MUKA ALOE VERA SUNSCREEN HANSAEGEE NATURE


Memang ada banyak sunscreen dekat luar sana yang boleh korang pilih tapi salah satu sunscreen best yang Iza pernah cuba ialah Aloe Vera Sunscreen daripada Hansaegee Nature. Kalau korang memang selalu baca blog Iza, mesti korang tau Iza pernah cuba juga produk laik daripada Hansaegee Nature ni. Sekarang Hansaegee Nature dah keluarkan krim siang sunscreen pula dan trust me, memang best.


Aloe Vera Sunscreen ni mempunyai SPF50+ PA+++ which sebenarnya sunscreen yang dah cukup baik untuk protect skin kita. Yang menjadikan krim muka sunscreen ni one of my fav sebab ingredients dia which is aloe vera. Iza memang suka aloe vera sebab ianya membantu untuk sooth dan moisturize skin kita.


Selain daripada tu terdapat juga ekstrak tumbuhan lain yang best seperti Centella Asiatica Extract, Morus Alba Bark Extract dan Orchid Extract. Juga terdapat beberapa bahan utama yang bagus untuk kulit seperti Glycerin, Sodium Hyaluronic dan Allantoin.

TEKSTUR ALOE VERA SUNSCREEN


Bila sunscreen tu sesuai untuk kulit berminyak kebiasaannya tekstur sunscreen akan lebih lightweight. Bila pakai rasa macam tak pakai sunscreen. Kalau korang memang cari tekstur yang spesifik macam tu, korang memang wajib cuba Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature yang bagus ni.

Tekstur Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ni memang sangat light weight tau. Walaupun nampak macam pekat tapi bila dah sapu dekat kulit akan rasa smooth dan lembab je. Sunscreen ni memang cepat meresap ke dalam kulit.


Bukan setakat tu je, sunscreen ni juga tak melekit dan tak meninggalkan kesan white cast pun. Sebaliknya sunscreen ni mudah sangat nak blend, menjadikan kulit lebih lembap dan mencerahkan kulit dengan secara natural.



CARA PAKAI SUNSCREEN YANG BETUL


Untuk pengetahuan korang, sunscreen sebenarnya perlu dipakai setiap dua jam dan jumlah sunscreen tu adalah sebanyak dua jari. Rasa macam banyak kan? Tapi sebenarnya cukup untuk satu muka hingga ke leher. So don’t worry sebab ni adalah cara pakai sunscreen yang betul sebenarnya. Waktu yang sesuai untuk pakai sunscreen ialah pada waktu siang je terutamanya bila berada dekat luar. Malam korang tak perlu pakai pun sunscreen.


SUNSCREEN UNTUK KULIT BERMINYAK DAN SENSITIF


Macam Iza yang ada masalah kulit kombinasi ni kadang-kadang susah juga nak cari sunscreen yang ok sebab bahagian muka Iza yang berminyak tu akan jadi lagi berminyak bila pakai sunscreen yang tak ok.

Tapi dengan Aloe Vera Sunscreen ni, masalah kulit jadi terlalu berminyak tu memang kurang. Ni kerana Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature memang tak meninggalkan kesan minyak selepas kita sapu pada kulit. Sunscreen yang sangat sesuai untuk kulit berminyak.


Kalau korang nak tau, Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ni sebenarnya adalah hybrid sunscreen iaitu gabungan chemical sunscreen dan physical sunscreen tapi way much better kesan perlindungannya. Even better sebab sunscreen ni tak meninggalkan white cast macam physical sunscreen biasa. Kalau ada pori terbuka atau besar pun tak risau sebab sunscreen ni tak sumbatkan pori.



Kulit Iza still boleh maintain tak terlalu berminyak dan tak menyebabkan pori Iza tersumbat. Even Iza pakai makeup pun still boleh maintain ok dan tak bercapuk makeup. Instead sunscreen ni buatkan muka lebih lembap dan kulit jadi lebih cerah.

Sunscreen ni juga Alcohol-Free, Paraben-Free, Silicon-Free, Sulfate-Free dan Allergen-Free which sesuai juga untuk orang kulit sensitif pakai. Ni pun salah satu sebab Iza suka sunscreen ni walaupun Iza bukanlah kulit sensitif.

SUNSCREEN YANG BOLEH DIBASUH DENGAN AIR


Another thing yang Iza suka dengan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ni ialah sunscreen ni boleh dibasuh dengan air. Kebiasaannya sunscreen dekat luar sana mesti waterproof atau kalis air. Kalau kena air sunscreen tu masih ada pada kulit. Tapi Aloe Vera Sunscreen ni tak kalis air dan mudah sangat nak cuci dengan air.


Iza lagi prefer yang tak kalis air sebab mudah bila travel sebab tak perlu nak pakai makeup remover atau pencuci muka semata-mata nak cuci sunscreen. Cukup dengan hanya basuh dengan air je. Plus lagi senang nak reapply sunscreen bila tak kalis air ni. Just cuci dan reapply semula. Memang krim siang terbaik lah! Paling penting tak ada white cast dan skin nampak glowing natural je.


SUNSCREEN TERBAIK SETAKAT INI


Lepas korang baca apa yang Iza explain dekat atas mesti korang pun rasa macam nak tukar sunscreen korang ke Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ni kan? Yes! So far ni adalah sunscreen terbaik yang Iza pernah cuba. 

Sunscreen ni memang Iza akan bawa je pergi mana-mana and even Iza akan letak dalam kereta or handbag juga. Packaging dia yang kecil senang nak sumbat mana-mana space kecil. Plus penutup dia yang jenis twist-lock macam ni memang tak perlu risau langsung sunscreen tumpah.


Bagi Iza, sunscreen ni sangat lengkap dan sangat sesuai dengan jenis kulit muka Iza. Sunscreen yang tak berminyak, tak melekit dan tak ada white cast. Bila Iza pakai memang skin lebih natural glowing dan dapat effect brightening sikit.

Macam yang Iza mention juga sebelum ni, Iza suka sunscreen yang tak kalis air sebab mudah dibasuh. Especially bila kita nak pergi solat dekat surau or even dekat rumah sekali pun. Iza tak risau dah kalau-kalau sunscreen tak bersih dari muka sebelum ambil wuduk and definitely tak risau kalau liang pori tersumbat.


Website

Instagram

Facebook

Youtube

Selamat mencuba!

Thanks for reading. Till we meet again.

Ulasan

Catatan Popular