Kempen "We Care For Society" Hada Labo 2023
Assalamualaikum.
Hello readers! Pernah dengar Hada Labo kan? Pada tahun ini, Hada Labo sekali lagi mengambil langkah untuk meningkatkan kehidupan wanita B40 melalui kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunannya, “We Care for the Society” yang menyasarkan untuk mendidik dan melengkapkan golongan wanita ini dengan pengetahuan dan kemahiran yang berguna seterusnya membantu mereka mencapai bebas daripada masalah kewangan. Program kalini adalah dengan kerjasama Women Of Will (WOW) dan Watsosns.
Dengan kempen ini, Hada Labo akan menderma RM1 daripada setiap produk Hada Labo Premium Whitening yang dijual di cawangan Watsons di seluruh negara untuk kempen dana "We Care for Society" sepanjang bulan Mac. Melalui perkongsian dengan Watsons, Hada Labo telah berjaya mengumpul RM50,000 untuk menyokong kempen ini.
Dana yang terkumpul daripada kempen ini digunakan untuk menyokong seramai 37 wanita B40 berpendapatan rendah seperti pembuat biskut dan tukang jahit wanita dalam menyediakan 22,000 biskut dan menjahit 500 uncang untuk 500 warga emas dari 12 rumah kebajikan warga emas yang berbeza di sekitar Lembah Klang.
Antara rumah kebajikan yang dikunjungi oleh Hada Labo untuk pengagihan biskut dan uncang, ialah Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, My Aged Care, Laman Khaira, Darul Insyirah, Zara Aisyah Care Centre, Pusat Jagaan Husna Arrashid, Pusat Jagaan Warga Emas Kaseh Bonda dan Pertubuhan Cahaya Hati Selangor.
Memang terbaik kempen yang telah dijalan Hada Labo berserta WOW dan Watsons ini. Walaupun kita sudah melepasi zaman PKP tapi masih ramai wanita di luar sana yang terkesan sehingga ke hari ini. Terima kasih Hada Labo!
Terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi!
Assalamualaikum.
Ulasan
Catat Ulasan