Hilangkan Jerawat Dengan Fanbo Acne Rescue
Assalamualaikum.
Hello readers! Lately ni, Iza dah mula ada masalah jerawat balik. Memang jerawat Iza ni tak menentu datangnya. Kurang minum air masak boleh jadi, penat pun boleh jadi dan salah pakai skincare pun boleh jadi juga. Jadi Iza pun cuba produk Fanbo Acne Rescue untuk masalah jerawat Iza ni and so far Iza sangat suka dengan result yang Iza rasa.
FANBO COSMETICS
Fanbo Cosmetics ni sebenarnya berasal dari Indonesia dan kini dah tembus ke pasaran Malaysia pula. Ramai juga orang dah cuba produk daripada Fanbo Cosmetics dekat Malaysia rupanya. Sejak berlakunya pendamik, Fanbo Cosmetics telah menganbil inisiatif unuk menghasilkan produk yang menggunakan bahan semula jadi dan memastikan tiada bahan toksik.
SKIN GOALS ACNE RESCUE CLUB
Memandangkan dekat Malaysia ni mempunyai iklim panas menyebabkan kulit wanita Malaysia rosak termasuklah jerawat, penuaan pramatang dan masalah kulit lain. Dengan tagline “Effortless Beauty”, Fanbo Cosmetics telah melancarkan tiga produk khas untuk mengatasi masalah ni dan menjadikan kulit lebih sihat dan berseri.
Acne Rescue Clay Mask
Diformulasikan untuk menangani masalah jerawat dengan menggunakan Kaolin clay yang boleh exfoliate kulit muka secara lembut dan membuang membuang kotoran pada kulit. Di dalam clay mask ni juga terdapat tea tree extract yang boleh menyerap ke dalam pori untuk mengelakkan pori tersumbat dean menghalang terjadinya breakout. Selain tu, terdapat Aloe vera dan Witch Hazel extracts untuk melegakan kulit beriritasi dan mengurangkan kemerahan.
Iza sangat suka dengan Acne Rescue Clay Mask ni sebab bungkusannya yang sangat mudah untuk Iza guna dan bawa ke mana-mana. Instead of dalam jar, Acne Rescue Clay Mask datang dalam tube kecil. Tekstur clay mask ni tak pekat dan kasar macam clay mask lain. Teksturnya agak cair tapi masih mudah untuk apply pada kulit muka. Iza suka juga kesan selepas cuci sebab Iza tak rasa kulit muka Iza tegang dan kering tapi Iza rasa kulit muka lebih smooth lepas cuci. This clay mask, recommended juga untuk yang berkulit sensitif sebab boleh melegakan iritasi.
Acne Rescue Serum
Serum ni mengandungi 5% Niacinamide, 1% Salicylic Acid, 100% pure tea tree oil dan Witch Hazel extracts yang memberikan kesan maximum dalam mengatasi masalah jerawat dan breakouts. Di mana Niacinamide berfungsi untuk mencerahkan kulit dan mengurangkan kemerahan. Manakala Salicylic Acid pula berfungsi untuk memastikan pori tidak tersumbat dan membuang sel kulit mati. Gabungan pure tea tree oil dan Witch Hazel extract dapat membantu mengurangkan minyak pada kulit muka.
Tektur serum ni memang sangat cair dan sangat mudah untuk absorb ke dalam kulit. Tak perlukan banyak pun, cukup dengan 2 - 3 titik sahaja untuk disapu pada muka dan massage. Serum ni juga tidak meninggalkan rasa melekit pada kulit muka which buatkan Iza terus jatuh cinta dengan serum ni. Apa yang Iza nampak, parut jerawat lama Iza semakin pudar dan tona kulit lebih sekata.
Acne Rescue Water Gel Sunscreen
Sunscreen dengan SPF 35 PA ++++ adalah hybrid sunscreen yang digabungkan dengan acne-fighting solution. Mengandungi Witch Hazel extracts dan tea tree oil yang mengawal penghasilan sebum. Juga terdapat Centella Asiatica extracts yang memberikan rasa lega serta Pure Bio Hyaluronic Acid dan Niacinamide yang menjadikan kulit terhidrat dan lembap sepanjang hari serta menguatkan lagi barrier kulit.
Suprisingly, tekstur Acne Rescue Gel Sunscreen ni memang sangat cair tak macam yang Iza sangkakan. Sunscreen ni lebih mudah untuk Iza apply pada kulit dan lebih cepat absrob tanpa ada white sebab ianya chemical sunscreen. Iza dapat rasa kulit muka lebih moist dan hydrated. Untuk reapply memang mudah tapi Iza tak recommend untuk sapu dengan tangan kalau reapply atas makeup. Iza recommend untuk guna sponge dan hanya dap macam pakai foundation.
OVERALL REVIEW
Bagi Iza, tiga produk ni adalah perfect combo untuk yang baru nak mula jaga muka daripada jerawat. Packaging yang kecil dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja bila travel. Ketiga-tiga produk ni boleh dikatakan gentle pada kulit even kulit sensitif pun boleh cuba. Iza memang suka produk yang ada tea tree oil dan Niacinamide sebab Iza sentiasa ada masalah kulit berminyak dan parut jerawat yang susah hilang. Jadi kedua-dua bahan ni memang sangat menbantu masalah Iza.
MAKLUMAT LANJUT
Kalau korang nak tau lebih lanjut berkenaan Acne Rescue Club atau Fanbo Cosmetics, korang boleh pergi ke link di bawah. Korang juga boleh dapatkan produk Acne Rescue Club ni dekat link yang Iza sediakan dekat bawah ni juga.
Lazada
Shopee
Website
TikTok
Instagram
Facebook
Youtube
Thanks for reading. Till we meet again.
Assalamualaikum.
Ulasan
Catat Ulasan