Beli Baju Raya Ibu Dan Anak Di Shara Othman Kuantan
Assalamualaikum.
Hello readers! Kita dah berpuasa hampir separuh bulan Ramadan dah ni. Korang dah prepare ke persiapan untuk Raya terutamanya baju Raya? Haa! Iza dah settle dah part baju Raya tu, tinggal nak buat biskut Raya and nak beli juga sikit-sikit. Tapi hari ni Iza nak share dengan korang butik yang korang boleh cari baju Raya cantik-cantik dan boleh sedondon dengan anak perempuan korang iaitu di Shara Othman.
SHARA OTHMAN
Shara Othman telah ditubuhkan sejak 2013 hasil gabungan dua beradik, Sharatul Aishah Othman dan Saratul Atiqah Othman bersama ibu mereka Hajah Zalina. Di Shara Othman ada disediakan pakaian muslimah dari pakaian tradisional, pakaian kasual dan pakaian untuk kanak-kanak.
Baru-baru ni Shara Othman telah beroperasi di Level 1 East Coast Mall, Kuantan, jadi warga Kuantan boleh la mencuba dan tengok sendiri pakaian mulimah serta Koleksi Raya Shara Othman tahun ni. Boleh juga singgah di booth Shara Othman yang terletak di Level G East Coast Mall sepanjang bulan Ramadan ni.
KOLEKSI RAYA SHARA OTHMAN 2023
Hari tu Iza pergi butik Shara Othman yang terletak di East Coast Mall, memang rambang mata ya masuk butik sebab design baju semua lawa-lawa. Kalau Iza ada anak perempuan memang Iza dah grab untuk sendondon dah. Ini antara Koleksi Raya Shara Othman 2023 yang korang boleh beli sedondon bersama anak perempuan korang.
Saoma
Kalau korang sukakan kebaya labuh klasik ala-ala zaman dulu-dulu tapi macam pakai jubah korang boleh pilih koleksi Saoma ni. Kenapa macam jubah? Sebab Saoma ni hanya one piece je. Jubah tapi lebih moden dan nampak klasik macam tu. Kain jenis cotton dan bercorak belang nampak sangat minimalis. Simple dan kemas. Sangat sesuai untuk digayakan baik yang tua ataupun muda.
Koleksi Sedondon Ibu & Anak
Kartini
Untuk yang sukakan baju kurung dengan potongan Riau boleh cuba koleksi Kartini ni. Dengan menggunakan fabrik jenis tafetta silk dan cotton, baju kurung Kartini ni terus nampak eksklusif tapi masih mengekalkan minimalis dengan warna-warna up-to-date seperti hot pink, emerald green, hitam, mulberry, ash grey, navy blue dan snow.
Tijah
Nampak macam baju kebaya tapi bukan, inilah dia koleksi Tijah. Menggunakan fabrik cotton eyelet dengan potongn moden dan belahan di bahagian hadapan baju yang menampakkan seperti kebaya. Koleksi ni cuma ada dua pilihan warna iaitu putih dan hitam.
Camelia
Tampil ala-ala princess bersama anak dengan Koleksi Camelia. Penggunaan fabik lace dan satin pleated crush buatkan dress dengan potongn bertingkat ni lagi cantik dan eksklusif. Barulah Raya lebih bergaya dengan koleksi Camelia.
PROMOSI SHARA OTHMAN
Kalau korang beli mana-mana koleksi Raya Shara Othman, korang akan dapat sampul Raya PERCUMA dengan setiap pembelian RM150 ke atas.
Korang juga boleh dapatkan diskaun sebanyak RM20 bermula dari 27 Mac hingga 10 April dengan pembelian minimum RM200. Caranya mudah je, korang cuma perlu gunakan kod diskaun di bawah:
SORAYA20
BELI DI MANA?
Baju cantik-cantik daripada Shara Othman ni korang boleh dapatkan di butik atau secara online seperti di bawah:
Alamat Butik
Shah Alam
L2-10, Central i-City, i-City,
Persiaran Multimedia, Seksyen 7,
40000 Shah Alam.
Kuantan
L1-28, East Coast Mall,
25200 Kuantan.
(Juga di Level G sepanjang bulan Ramadan)
Bentong
Butik Zalina,
Taman Bentong Prima,
28700 Bentong, Pahang.
Shopee Shara Othman
Ulasan
Catat Ulasan