Rancangan Menyimpan Untuk Tahun 2023
Assalamualaikum.
Hello readers! How are you guys? Kita dah pun masuk tahun 2023, Iza harap tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakan-rakan tang sudi baca blog Iza ni. Bila masuk tahun baru ni mesti semua orang dah set azam baru kan? Samalah kita, Iza pun dah set azam untuk tahun baru ni which tahun ni Iza merancang nak saving untuk banyak benda.
SAVING UNTUK ANAK SEKOLAH
Memandangkan anak Iza akan masuk tahun satu tahun ni, Iza akan expect banyak duit nak kena guna since dah masuk sekolah rendah. Walaupun mostly husband Iza yang akan keluar duit tapi still Iza tetap kena standby untuk backup mana-mana benda kecil yang tiba-tiba kena guna duit.
So cara Iza saving untuk yang ni berbeza sikit sebab Iza tak ada target berapa banyak Iza nak kena simpan. Iza just akan allocate beberapa percent daripada income Iza untuk simpan dan continously simpan sampai habis sekolah.
Memandangkan saving ni tak ada target, so Iza just boleh kira berapa banyak Iza dapat kumpul dalam masa satu tahun anak Iza sekolah kalau Iza tak spend apa-apa dekat sini. So kalau duit tu Iza tak spend Iza akan keep simpan lagi dan lagi.
SAVING UNTUK DIRI SENDIRI
Iza plan juga saving untuk diri sendiri. Just in case sesak-sesak perlukan duit or tiba-tiba rasa macam nak beli apa-apa yang Iza idamkan ke kan. Saving yang akan lebih kurang sama macam Iza simpan untuk anak sekolah. Iza just allocate beberapa percent dan mungkin tak banyak untuk simpanan ni.
Yang ni pun Iza akan kira dalam masa satu tahun berapa Iza boleh simpan sama macam Iza kira saving untuk anak sekolah.
SAVING UNTUK TRAVEL
Iza tak plan untuk pergi travel jauh tahun ni, tapi Iza plan untuk saving pergi travel next year untuk oversea. Cara Iza plan mudah je, Iza akan list semua tempat yang Iza nak pergi. Contohnya Iza nak pergi Seoul, jadi Iza akan cari dulu tempat makan halal, tempat yang boleh buat aktiviti dan macam-macam lagi.
Lepas tu Iza senaraikan pula harga atau bajet yang Iza nak spend dekat situ. So nanti senang Iza tau berapa banyak Iza perlu simpan untuk Iza bawa pergi sana termasuklah dengan tiket kapal terbang dan sebagainya.
Biasanya Iza akan senaraikan semua list ni dalam excel file supaya senang nak tengok. Tapi calculation untuk Iza dapatkan jumlah Iza kena simpan setiap bulan, Iza akan kira dekat sini. Iza just masukkan total yang Iza perlu ada untuk travel and berapa lama tempoh Iza target untuk dapatkan jumlah tu.
So ni antara plan Iza tahun ni untuk saving. Korang macam mana pula? Kalau korang tak terfikir nak saving sekali pun, Iza sangat recommend atleast korang simpan saki baki duit setiap bulan supaya bila waktu sesak nanti atleat masih ada sikit simpanan untuk kita guna. Lagipun kita tak tau ekonomi kita akan ok sampai bila. Well apa-apa pun, all the best to all readers dalam menjalani kehidupan tahun 2023.
Thanks for reading. Till we meet again.
Assalamualaikum.
Ulasan
Catat Ulasan