Kempen Kembali ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’

Assalamulaikum.

Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang tentang Kempen Kembali Ke Sekolah hasil kolaborasi TOP bersama Mydin dengan tema “Cerahi Kehidupan Bersama TOP”. Kempen ini adalah untuk menyokong kehidupan 200 kanak-kanak Komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR).


Sebagai seorang ibu, Iza percaya semua ibu bapa teruja bila masuk tahun baru dan untuk menyediakan persedian anak-anak masuk ke sekolah terutamanya untuk anak yang baru pertama kali masuk ke alam persekolahan kerana dengan persediaan ini, anak-anak akan rasa lebih bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan terutamanya peringkat pendidikan rendah. Namun, bagi keluarga miskin bandar, sesi baru persekolahan juga bermakna perbelanjaan yang amat tinggi.

CERAHI KEHIDUPAN BERSAMA TOP



Prihatin dengan isu yang membelenggu keluarga-keluarga miskin bandar dan menyedari akan kepentingan pendidikan untuk semua, kempen dana amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP, yang melibatkan kerjasama MYDIN, melengkapkan seramai 200 murid Tahun Satu daripada keluarga miskin dan daif yang menetap di flat-flat PPR di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang dengan barangan kembali ke sekolah bagi sesi persekolahan 2023/2024.

Dengan itu, sebahagian jualan daripada produk-produk detergen TOP terpilih di pasar raya MYDIN di seluruh negara dari 15 Disember 2022 sehingga 15 Januari 2023 akan disalurkan untuk menyediakan keperluan 200 murid Tahun Satu ini. 


Kelengkapan yang disediakan untuk setiap murid termasuk pakaian seragam, kasut dan stokin sekolah, set alat tulis, kotak pensil dan pensil warna. TOP akan menghantar pek-pek kembali ke sekolah khusus kepada keluarga terlibat sebelum bermulanya sesi baru persekolahan, memberikan ibu bapa dan kanak-kanak terlibat ketenangan minda bahawa mereka juga mempunyai kelengkapan baru yang sama dengan rakan-rakan kelas yang lain. 

Kempen yang telah diwujudkan sejak 2015 ini telah memberi manfaat kepada 3,206 pelajar daripada 97 komuniti di seluruh negara. Bukan sahaja kelengkapan persekolahan, malah TOP juga menyumbang produk-produk detergen kepada keluarga dan penjaga mereka.


Untuk menyokong kempen ini, orang ramai boleh membeli produk detergen TOP dari mana-mana pasar raya MYDIN yang mengambil bahagian dari 15 Disember 2022 sehingga 15 Januari 2023.

RANGKAIAN TERBARU TOP


Baru-baru ini juga, TOP telah memperkenalkan rangkaian TOP Colour Signature yang terdiri daripada serbuk detergen premium Super Colour dan cecair detergen premium Colour Protect dengan teknologi terkini 5D Colour ProTech yang membenarkan pengguna mencuci kesemua pakaian mereka sekali gus kerana warna pakaian tidak akan turun dan menjejaskan pakaian lain. Ia juga memastikan warna pakaian terus cerah berseri dan pakaian berwarna gelap kekal gelap. 


Rangkaian terbaharu ini turut mencegah fabrik daripada kelihatan lusuh lebih awal dan memastikan ia sentiasa kelihatan baru. Ini seterusnya membantu memanjangkan hayat pakaian dan menggalakkan kehidupan yang lestari.

Kesemua detergen TOP, termasuk rangkaian Colour Signature, dikuasai oleh Advanced Micro-Clean Tech dengan Anti-Mikrobial Tech oleh Lion Japan yang menggunakan teknologi detergen generasi baharu dengan kemampuan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya termasuk (COVID-19, Influenza A dan Coxsackie) serta bakteria secara berkesan.

MAKLUMAT LANJUT


Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan dengan kempen dan juga produk daripada TOP, korang boleh tekan link di bawah:

Facebook


Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

Ulasan

Catatan Popular