Tak Lengkap Barangan Rumah Tanpa Carina

Assalamualaikum.

Hello readers! Korang pernah tak dengar jenama Carina? Haa! Hari ni Iza nak kongsikan dengan korang Carina yang menyediakan kelengkapan rumah seperti tisu yang korang mesti nak ada juga lepas ni.


TENTANG LATAR BELAKANG CARINA


Kalau korang nak tau, Carina dah ada sejak tahun 2009 lagi dan menjadi pengeluar tisu pertama Malaysia. Tisu Carina diperbuat menggunakan hanya 100% pulpa dara dan 100% kapas tulen untuk memberikan keselesaan kepada orang ramai disamping mengekalkan  standard kualiti produk.


Carina dicipta untuk penduduk Asia Tenggara yang terkenal dengan pulau-pulau yang indah, restoran ternama, masakan yang lazat dan pedas serta pelbagai budaya. Dengan iklim subtropika yang lembap di rantau ini, Carina percaya tisu berkualiti tinggi adalah penting dan sangat berguna kerana ia lebih bersih, mudah dan mesra keluarga, serta untuk kegunaan sendiri. Selain itu, tisu Carina juga mesra alam kerana ia larut dalam air, melindungi bukan sahaja anda tetapi juga alam sekitar.

Tisu Carina didatangkan dalam pelbagai saiz, daripada pembungkusan yang kecil sehingga yang lebih besar, menjadikannya sesuai untuk digunakan oleh individu mahupun seisi keluarga.

“WE CARE, WE LOVE”

Untuk tahun 2023, Carina telah mennghasilkan konsep baru dengan tema “We Care, We Love” di mana Carina menggalakkan kesedaran kebersihan, mewujudkan persekitaran yang sihat dan mengurangkan pencemaran. Carina juga akan menjaga kulit kita dengan menyediakan 100% kapas tulen semulajadi yang mesra kulit. 

Selain tu, Carina akan membuat pengeluaran tempatan untuk meningkatkan pemulihan ekonomi. Carian akan lebih khusus untuk memenuhi keperluan dan kehendak orang Aisa Tenggara. Dalam konsep ini, Carina mengetengahkan empat siri untuk memenuhi permintaan pasaraan.

Carina percaya dengan penghasilan produk yang berkualiti tinggi akan mempengaruhi dan menghasilkan penjagaan dan kasih sayang yang lebih baik untuk keluarga.

4 SIRI UTAMA CARINA


Penjagaan Kecantikan (Beauty Care)

Dalam Penjagaan Kecantikan terdapat dua siri iaitu yang pertama ialah Siri Tisu Kering Carina di mana ianya diperbuat dariapa 100% PURE VIRGIN PULP (pulpa dara asli).



Ini adalah untuk memastikan ianya mampu memberikan kebersihan yang berkualiti, menjadikan ianya lembut dan selamat digunakan pada kulit termasuklah kulit sensitif.


Yang kedua pula ialah Siri Kapas yang diperbuat daripada 100% PURE COTTON (kapas asli).



Siri ini sangat sesuai untuk kegunaan kecantikan kerana ianya bersifat hhypoallergenic dan tak akan menyebabkan iritasi dan kerosakan pada kulit kerana kapasnya diperbuat daripada bahan semulajadi.


Penjagaan Kesihatan (Health Care)

Untuk Penjagaan Kesihatan pula ialah Siri Tisu Basah. Tisu basah Carina mengandungi 99% AIR dan bebas daripada paraben yang boleh menyebabkan kulit sensitif atau alahan. 



Sangat sesuai digunakan untuk kegunaan seisi keluarga.


Peralatan Dapur (Kitchenware)

Bahagian dapur juga perlu dijaga, jadi Carina sediakan Siri Tisu Dapur di mana tisu dapur Carina lembut dan tahan lasak. 


Tisu dapur Carina mampu membersihkan permukaan dapur dan peralatan dapur dengan berkilat tanpa kesan calar.


Penjagaan Bilik Mandi (Toiletries Care)

Last but not least, Penjagaan Bilik Mandi iaitu Tisu Bilik Mandi. Tisu bilik mandi Carina mempunyai 3 lapisan yang menjadikannya lebih kuat tetapi masih lembut untuk digunakan.

LIMITED EDITION WE CARE WE LOVE BAG


Untuk pengetahuan korang, bersempena dengan tema baru Carina, Carina telah mengeluarkan beg WE CARE WE LOVE yang sangat terhad. Korang boleh dapatkan bag ni dengan setiap pembelian RM40 ke atas.


CARINA GIFT BOX


Korang juga telah keluarkan Carina Gift Box di mana di dalamnya terdapat pelbagai produk Carina antaranya Carina Facial Cotton, Carina Box Tissue, Carina Handkerchiefs Tissue, Carina Cotton Buds, Carina Wallet Tissue, Carina Antibacterial Wipes dan Carina Wet Wipes.


Dalam box ni juga, korang akan dapat voucher untuk beli secara online di Shopee sebanyak RM 5 dan voucher Carina Surprise Ang-pao sehingga RM88 melalui TNG.

Oh ya! Dalam gift box ni tak termasuk Carina Kitchen Roll dan juga Carina Limited Edition We Care We Love Bag.

CARINA REVIEW & WIN CONTEST


Satu lagi berita baik untuk korang di mana Carina sekarang sedang mengadakan peraduan dan mencari 300 orang untuk memenangi 3 Carina Cash Voucher yang bernilai RM150 seorang.


Ini cara-cara untuk korang sertai peraduan ni:

  1. Muat naik Foto/VIDEO Ulasan pengalaman korang dengan MANA-MANA produk siri CARINA di Facebook/Instagram/ Tiktok
  2. Beritahu sebab korang akan mengesyorkannya & tag @CARINA rasmi Facebook / Instagram / Tiktok
  3. Hashtags #MYCarina #WeCareWeLove (pastikan post korang adalah umum).
Tempoh kempen ni bermula dari sekarang hingga 30 April 2023. So korang jangan tunggu lagi ok? Cepat-cepat join peraduan senang ni.


BELI PRODUK CARINA


Dekat mana je boleh dapatkan produk Carina ni? Don’t worry. Ada banyak tempat korang boleh dapatkan antaranya di Aeon Big, Aeon Wellness, Econsave, Mydin, NSK, Ascen+ Pharmacy, MiX Store, PotBoy Groceries, C-Mart (Penang, Kedah, Perlis), Ceria 99 (Penang, Kedah, Perak), Family Stores Seremban, Family Stores Melaka, Oppa Mart Melaka & Seremban, Nirwana Maju (Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan),  Target Supermarket Johor, Song Mart Malaysia Johor atau Pasaraya Hwa Thai Johor

Korang juga boleh dapatkan secaara online di link di bawah:


Untuk maklumat lanjut korang boleh pergi ke link di bawah:

Instagram

Facebook

Tiktok

#MildAndGentle #comfortable #pure #SoftAndTender #CarinaMalaysia #CarinaCares #HealthyTissue #VITAMEDIA #CARINA #WeCareWeLove #beautytissue #BetterLife #CarinaMY #MYCarina #Tissue #CarinaTissue #handkerchieftissue #handkerchief #VirginPulp #PurePulp #Wallettissue #CarinaLavender #CarinaGreentea #CarinaRose #CarinaEveryday #CarinaPure #CarinaCaringLife #CarinaForAll #BetterwithCarina #CarinaFamily #Carina100natural #CarinaNature

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

Ulasan

  1. Sally kalau nampak tisu jenama Carina, Sally beli sbb tertarik dengan pembungkusan yang menarik berwarna ungu dengan pokok bunga Lavender. I is tak boleh tgk purple kalerrr~ hahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular