Review DewanEja11 | Penyemak Ejaan dan Kesalahan Tatabahasa

Assalamualaikum.

Hello readers, hari ni Iza nak kongsi satu aplikasi yang sangat berguna terutamanya apabila kerja yang dilakukan memerlukan kita menggunakan ejaan dan tatabahasa yang betul iaitu DewanEJa11. Sesungguhnya dalam penulisan blog Iza, Iza memang tak gunakan penggunaan tatabahasa yang betul sebab style Iza menulis blog lebih kepada santai. 


Tapi tak apa, Iza akan kongsi apa features yang menarik ada pada DewanEja11 ni dan sama ada berbaloi atau tak untuk beli selepas Iza dah cuba DewanEja11 ni untuk beberapa hari. Bolehlah dijadikan rujukan untuk mereka yang memang tengah mencari penyemak ejaan dan kesalahan tatabahasa.

Image source: Facebook Dewan Eja Pro

SEMAK KESALAHAN EJAAN & TATABAHASA SECARA ONLINE


Walaupun Iza tak mengikut tatabahasa yang betul dalam penulisan Iza, tapi Iza masih perlukan semakkan ejaan setiap kali Iza siap menulis blog. Maklumlah, kadangkala kita tak perasan yang kita dah tersalah eja. DewanEja11 mempunyai extension yang kita boleh tambah which dengan adanya extension DewanEja11 ni, Iza boleh semak ejaan dalam penulisan blog yang Iza dah siap tulis. Tapi semakan ejaan ni hanya untuk Bahasa Melayu sahaja.


PENGGUNAAN DEWAN EJA DI MS WORD


Saya suka penggunaan dekat MS Word juga sebab kita boleh set sama ada kita ini sedang menaip dalam Bahasa Melayu atau English. Lebih memudahkan bila ada function AutoComplete dan AutoPrediction, di mana DewanEJa11 akan predict perkataan yang kita sedang taip untuk lengkapkan dan predict perkataan seterusnya sebelum kita taip.


Kalau kita tersalah ejaan, kita boleh betulkan dengan menekan button right click. Pilihan perkataan akan keluar dan kita boleh pilih mana satu yang betul. Bukan sahaja kesalahan ejaan, kesalahan tatabahasa juga disemak. Tapi kalau menaip dengan bahasa campur macam Iza, kita masih boleh semak dengan memilih Set Pilihan – BI untuk betulkan ejaan dalam English. 



Satu lagi yang menarik di sini, bila kita nak bina ayat yang cantik tapi tak pasti perkataan lain yang seusai untuk bina ayat tu. Kita boleh gunakan Tesaurus BM untuk cari perkataan yang kita boleh gantikan dengan perkataan yang kita nak.


Iza pula, kadangkala buat review produk yang maklumatnya dalam English jadi Iza perlu translate sesetengah ayat untuk masukkan dalam blog. Dekat MS Word ni juga boleh check terjemahan yang menggunakan Google Translate. So tak perlu dah nak buka browser lain untuk guna Google Translate.


KAMUS DAN FUNGSI-FUNGSI LAIN


DewanEja11 ni juga datang dengan aplikasi kamus dewan, kamus BM – BI, kamus BI – BM, kamus BM – BC, istilah agama Islam, peribahasa, simpulan bahasa dan pautan-pautan ke kamus online. Banyak juga yang Iza boleh guna di sini, terutamanya kamus. 


REVIEW KESELURUHANNYA


Bagi Iza, DewanEja11 ni memang berbaloi untuk dibeli sebab sangat memudahkan kerja-kerja menaip. Iza yang selalu menaip pun kadangkala boleh salah eja, maklumlah bila nak cepat memang akan ada saja kesalahan ejaan. Bagi Iza, Iza paling suka bahagian DewanEja11 di MS Word di mana Iza dah tak perlu nak buka browser untuk cari terjemahan perkataan. Ini yang paling membantu Iza dalam kerja untuk buat review produk. Daripada Iza perlu buka browser untuk cari terjemahan, Iza hanya perlu highlight je perkataan yang Iza nak tu dan dah boleh dapatkan terjemahan dekat MS Word.


Untuk maklumat lanjut berkenaan DewanEja11, boleh tekan link dekat bawah:

Untuk Pembelian

Website

Facebook

Selamat mencuba!

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum

Ulasan

Catatan Popular