Perjalanan RichWorks Sepanjang 2021

Assalamualaikum.

Hello readers! Pasti korang semua pernah dengar tentang RichWorks kan? Kali ni Iza nak kongsikan dengan korang tentang pencapaian dan perjalanan RichWorks sepanjang tahun 2021 yang korang mungkin tak tau.


KEKUATAN DATUK WIRA DR AZIZAN OSMAN

Sepanjang tahun 2021 kita tahu negara kita masih lagi menghadapi cabaran pandemik dan pada akhir Disember 2021 pula kita dilanda banjir besar yang melibatkan ramai orang terkesan. Malah Datuk Wira Dr Azizan Osman, pengasas RichWorks International Sdn Bhd juga ditimpa musibah dimana beliau serta 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19.

Bukan itu saja, ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas disahkan oleh doktor bahawa beliau sudah tak ada harapan sekiranya tak ada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.


Dengan izin Allah, beliau kembali pulih dan bagi Dr Azizan, ini adalah peluang kedua yang diberikan Allah SWT kepada beliau dan beliau akan memastikan untuk menggunakan peluang ini untuk membantu lebih ramai orang terutamanya usahan dibawah bimbingan beliau.

Selepas keluar dari hospital, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang walaupun pada masa tu beliau masih dalam proses pemulihan.

PROGRAM BANTU USAHAWAN

RichWorks prihatin dan sangat faham keadaan yang dihadapi orang ramai yang susah disebabkan musibah pandemik dan juga banjir, jadi mereka cuba untuk fokus membantu rakyat yang terkesan dengan kepakaran yang mereka ada.


Untuk tahun 2021 sahaja RichWorks telah membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan percuma. Program kolaborasi bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga telah mendapat pengiktirafan apabila disebut dalam Dewan Rakyat.

KEMPEN #RICHWELL BANTU

Bukan hanya bantu usahawan, malah RichWorks bantu rakyat dengan turut sama menyumbang melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell) dengan kempen #RichWellBantu telah mengumpul sebanyak RM501,497 untuk membantu lebih 2,000 keluarga. 

Selain itu juga, RichWorks bersama usahawan mereka telah mengumpul sebanyak RM500,000 untuk disumbangkan kepada mangsa banjir di Selangor.


RichWorks bersama ahli Titanium dan Spire juga telah menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta untuk ibadah korban pada tahun 2021 yang bernilai RM824,160. Mereka juga turut menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan hasil sumbangan sebanyak RM180,000 bersempena Maulidur Rasul.

KEJAYAAN USAHAWAN DIDIKAN RICHWORKS

Pada tahun 2021, peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX seramai 1,855 orang telah berjaya mencapai jualan terkumpul sebanyak RM3.7 bilion di mana Titanium saja yang seramai 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, manakala Spire dengan ahli seramai 519 menghasilkan RM495 juta dan EliteX seramai 1,024 ahli berjaya hasilkan RM46.9 juta.



Melalui program bimbingan Spire yang diadakan RichWorks, 72 usahawan telah berjaya mencapai jualan RM1 juta pertama dalam masa setahun.

Selain itu, 77 bisnes dibawah bimbingan RichWorks telah berjaya capai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes mencapai jualan RM50 juta ke atas dan liam bisnes mencapai RM100 juta ke atas.

TENTANG RICHWORKS

Seperti yang kita tahu, RichWorks merupakan syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan yang terbesar dna paling berjaya di Malaysia dari segi penjenamaan dan pemasaran serta kepimpinan.

Sejak 2008 lagi Richwork telah melatih lebih 10,000 syarikat dan menarik lebih 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian. 

Berdasarkan rekod prestasi telah membuktikan bahawa  stretegi perniagaan dan program mentoring yang disediakan RichWorks berjaya membantu  beribu-ribu usahawan dan jutawan dalam tempoh 6-24 bulan.

Bersesuaian dengan visi RichWorks iaitu menjadi ‘Netflix’ Pendidikan Usahawan, RichWorks memperoleh 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan  results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti seluruh dunia.

Ulasan

  1. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    BalasPadam
  2. Sy nampak billboardnya masa otw ke Melaka... Memang terbaik nih! Sangat membantu usahawan yang memerlukan

    BalasPadam
  3. As an online entrepreneur, fifah mmg kenal sgt dgn Richworks ni! Terbaik2! Ilmu pun terbaik ❤️

    BalasPadam
  4. terbaik RW ni membantu usahawan dalam menghadapi pandemik dan banjir

    BalasPadam
  5. tak rugi kita berkongsi...Sally rasa itu apa yg selalu RichWorks amalkan, kannn?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular