Main Game Free Dekat Solitaire.Org

Assalamualaikum.

Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang satu website yang korang boleh main game free iaitu Solitaire.org. Haaa. Bila sebut Solitaire je mesti orang akan ingat game daun terup tu kan? Ye betul tu la game time zaman Iza muda remaja main. Main game daun terup tak bermakna Iza berjudi ok? Tapi korang jangn risau, dalam website Solitaire.org ni bukan ada game Solitaire je. Ada banyak lagi game ringan yang lain yang korang boleh main time tengah bosan.


SOLITAIRE.ORG


Nama pun Solitaire.org kan, so semestinya dalam website ni menyediakan game Solitaire tapi ada beberapa jenis yang korang boleh cuba. Selain tu ada juga kategori game lain yang korang boleh cuba antaranya Card, Mahjong, Hidden Object, Match 3, Logic Puzzles dan Word. Banyak kan? Dalam setiap kategori ni pun ada senarai game lagi.

Solitaire Games


Solitaire Game ni memang berkait dengan game main daun terup dan game ni masa zaman sekolah lagi memang dah famous dah. Kalau ikutkan concept dia senang je which korang cuma perlu susun daun terup tu ikut susunan yang betul. Simple je kan? Haa, tapi bermain dengan masa la. Lagi cepat lagi power. Dalam kategori Solitaire Game ni paling banyak game yang solitaire.org offer yang bermacam-macam design dan cara permainan yang di ubah sikit tapi konsep tetap sama. Kalau main memang boleh leka la.

Card Games


Dalam Card Game ni mostly game dia perlukan dua pemain ke atas. Tapi tak perlulah nak risau sebab kita definitely akan bermain dengan komputer atau robot. Iza memang tak pandai main card ni and memang sampai sekarang still tak faham cara permainannya. Kalau korang hebat boleh la try.

Mahjong Games


Haa. Sesiapa yang suka main Mahjong korang mesti suka kategori ni. Tapi Iza tak tau la sebenarnya main Mahjong tu macam mana sebab dalam Solitaire.org ni mostly game Mahjong yang ada semuanya kena match gambar yang sama. Memang main Mahjong macam tu agaknya.

Hidden Object Games


Kategori ni mata korang kena tajam kalau nak main. Nak mencari barang tersembunyi dia tu boleh tahan juga la, tapi bukan kategori yang terlalu susah la. Kesemua game dalam Hidden Object ni memang sama je la cuma berbeza barang yang dicari and tempat.

Match 3 Games


Match 3 Games atau Connect 3 Games ni Iza rasa game yang paling senang sekali sebab korang cuma perlu match kan item dalam game tu. Ni kalau main dengan anak pun boleh ni sebab senang sangat nak faham cara main dia.

Logic Puzzles Games


Untuk sesiapa yang sukakan game mencarbar minda, korang mesti suka game yang ada dalam kategori Logic Puzzles Game ni. Memang banyak la games yang memerlukan korang untuk berfikir sambil main and kena fikir strategi juga.

Words Games


Ni lagi satu kategori game yang mencabar minda juga. Kalau dah namanya Words Game, vocabulary korang memang kena banyak la. Nama pun Words Game kan, mesti la kena tau banyak perkataan. Tapi pilihan game dia tak terlalu banyak but ok la untuk korang try satu-satu.

FAVOURITE GAME PILIHAN IZA


Cooking Mahjong Game (Mahjong Games)


Game ni simple je which korang kena match blocks Mahjong tu lebih kurang sama macam game Mahjong lain. Apa yang menariknya game ni sebab korang kena match block Mahjong tu refer kepada menu yang yang ada. So kena tengok menu tu ada apa and korang kena cari blocks Mahjong yang ada bahan-bahan dalam menu tu. Simple kan? Best pun best jugak.

Zuma Legend (Match 3 Games)


Game ni memang legend. Zaman Iza belajar dulu memang selalu main game ni dekat komputer and now boleh main dekat iPad or dekat phone dah. Kalau tak dulu kena download bagai, sekarang semua boleh main online and free pulak tu. Game ni pun simple jugak. Korang just kena tembak bola ikut warna yang sama. Tapi tricky sikit sebab bola yang tu bergerak. So wajib cuba kalau korang tak pernah main game ni.

Battleships Armada (Logic Puzzles Games)


Ok game ni best! Korang memang kena try. Game ni pun simple je tapi korang kena plan strategi dekat mana nak letak kapal korang supaya pihak lawan tak jumpa kapal korang. Lepas tu kita kena teka pulak dekat mana kapal pihak lawan kita untuk kita letupkan. Kalau main ni Iza macam addicted sikit and susah nak berhenti.

Daily Word Search (Words Games)


Yang ni biasa-biasa je la. Tapi Iza memang suka game yang macam ni. Biasa game yang cari-cari perkataan ni Iza akan main waktu nak habiskan masa menunggu ke or waktu tengah susukan anak ke. Dia macam main santai-santai la. Best jugak sebab tak susah sangat bergantung pada size yang korang pilih.

JOM MAIN GAME FREE!


Sekarang ni senang, nak main game semua boleh online and FREE pulak tu. Dekat solitaire.org ni pun dah ada banyak game yang kita boleh main. Bila-bila masa terluang boleh terus main dekat phone. So korang rasa game apa yang best? Jangan lupa try ok?


Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

Ulasan

  1. hans pun selalu main game dekat solitaireorg nih.
    serius fun gila
    hehehe

    BalasPadam
  2. Game-game zaman dulu-dulu banyak ni. Best!

    BalasPadam
  3. Wow... best nyer game2 yang Solitare app offer. Most used to be my favorite zaman remaja dulu. I believe I should have this app on my iPad. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  4. AM selalu main game kat sini.. Main game card, Words & Logic Games mmg favourite AM.. Zuma Legends dah kurang main sbb dulu masa memula main games online asyik main zuma sampai naik jemu.. Hehehe.. Main game card best sikit sbb dpt kenal org baru dr pelbagai negara..

    BalasPadam
  5. Love the game especially Zuma.. I had been playing that for years and thanks for the info. Can play without installing anything. Good source and tips...

    BalasPadam
  6. Wow... thanks for sharing this, 1st time got to know it & saved to my favorite to enjoy free games la :)
    Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  7. imbas balik.. permainan semasa kanak-kanak. rindu betul.. mmg best

    BalasPadam
  8. nice Solitaire Game, I played it a lot when I was a kid. Now can try out this app too

    BalasPadam
  9. Dulu time sekolah pernah main game solitaire ni juga, now they also have it on app

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular