Muka Tak Kusam Dengan Gold Nano CC Cream Dari Hansaegee

Assalamualaikum!

Hello readers. Hari ni Iza nak share dengan korang produk yang Iza baru cuba and best untuk orang yang nak cepat and tak suka nak makeup sangat. Kalau korang ingat, Iza pernah review cleanser dari Hanseagee and kali ni Iza nak review Gold Nano CC Cream dari Hansaegee pulak.


GOLD NANO CC CREAM

Selalu dengar kan CC cream? Tapi korang tau tak CC cream tu apa? CC cream tu nama penuh dia ialah complexion corrector atau jugak orang tau sebagai color corrector atau color control. Which CC cream ni bertindak membetulkan tona warna kulit muka kita.


Tapi kenapa kena pilih Gold Nano CC Cream dari Hanseagee ni? Mestilah sebab banyak benefit dengan CC cream ni. Antaranya ialah Gold Nano CC Cream ni Anti-Wrinkle tau sebab ada Nano Gold dalam ingredients dia. Dengan Nano Gold ni boleh elakkan penuaan pada kulit muka dan menghalang dari far-infrared radiation juga.

Selain tu dalam Gold Nano CC Cream ni ada Mineral Water yang memastikan pH pada kulit sentiasa seimbang serta melancarkan penyerapan pada kulit dan meningkatkan keanjalan pada kulit muka. 


Terdapat juga Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract dalam ingredient CC cream ni which sangat bagus untuk melegakan rengsa pada pada kulit serta melegakan masalah pada kulit muka dan bertindak sebagai anti-bacterial.

Gold Nano CC Cream ni juga mempunyai SPF 50+ PA +++ which sangat bagus untuk mengelakkan kulit dari terkena sinaran UV and sama macam kita pakai sunscreen jugak bila pakai CC cream ni.


CARA PENGGUNAAN

Cara nak guna Gold Nano CC Cream ni pun sangat senang and tak perlu gunakan berus pun tau. Korang cuma sapukan je CC cream dekat muka and blend je dengan jari. 


Warna CC Cream ni warna putih and mula-mula memang akan nampak putih muka kita tau tapi jangan terkejut pulak just blend dengan jari sampai color dia tukar mengikut warna kulit muka korang and kulit muka pun akan nampak cerah semulajadi. CC Cream ni tak akan buat muka korang putih yang pelik.


OVERALL REVIEW

Macam Iza cakap mula-mula CC cream ni memang sesuai untuk yang nak cepat or malas nak pakai makeup sebab once korang pakai Gold Nano CC Cream ni kulit muka korang akan automatic nampak glowing and tak kusam. Iza kalau nak cepat memang pakai CC cream ni je. Pastu touch up lip tint sikit. 




Kalau nak full makeup pun boleh jugak gunakan Gold Nano CC Cream ni as base. Iza akan apply CC cream ni dulu then baru Iza apply foundation. Makeup pun akan jadi lebih long lasting and pigmented. So makeup kita akan lebih cantik bila jadikan CC Cream ni as base.


Yang bestnya pakai Gold Nano CC Cream ni, kulit muka tak rasa berminyak pun and kalau basah pun CC cream ni tak transferable but still nampak cantik. So tak risau la kalau smudge and nampak tak sekata. 


Lepas tu bila lama-lama kulit Iza akan berminyak especially bila dah nak petang, tapi Iza tak risau sebab CC Cream ni tak buat muka Iza bercapuk pun tapi nampak lebih glowing yang natural. Bukan setakat tu je, CC cream ni sangat lightweight and kulit tak rasa sticky pun bila pakai but instead rasa lebih smooth.


MANA NAK BELI?

Kalau korang nak tau lebih lanjut or nak cuba juga Gold Nano CC Cream ni, korang boleh check out link dekat bawah ok?


Brand
Hansaegee Nature

Website

Instagram

Facebook

Youtube

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: Product was given to me by Hansaegee Nature Malaysia to try out. All review are honest and product I’m using might goes well with my skin but not with yours.)

Ulasan

  1. Oh bagusnya review Iza. Jelas je boleh faham. Gambar pun membantu. Nampak terang mekap kalau guna Hansagee ni as base kan. Menarik!

    BalasPadam
  2. Wow..........muka you nampak flawless dgn CC ini. Packaging CC ini pun nampak cantik sgt. Thank you for sharing your review on this product with me.

    BalasPadam
  3. memang nampak beza bila apply cc cream ni. menarik pulak nak cuba

    BalasPadam
  4. Bahaya tau bila tengok makin banyak review best pasal produk hansaegee nie. Boleh pakai base plak tu

    BalasPadam
  5. Menarik la Hansagee. Dari warna putih terus tukar ikut skin color. Bella pun pakai CC cream je selalu sebelum pakai bedak. Konfem nak try produk ni.

    BalasPadam
  6. Suka pakai cream hansaegee ni. Keluar rumah pon confident je. Tak payah pakai 2,3 jenis krim dalam satu masa

    BalasPadam
  7. Kak nina pun pakai CC Cream Hansaegee ni.. Suka sangat! Dah bertuib tiub dah guna. Memang bagus

    BalasPadam
  8. Kann, Sis masih setia memakainya, sebab dia all-in-one, so tak payah nak tepek banyak produk, cukup satu CC cream ni je dah memadai..

    BalasPadam
  9. This looks like such a beneficial and good product. i love that they have such a strong SPF content and I can’t wait to buy one for myself!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular