Nutasty Pilihan Peanut Butter Lebih Sihat
Assalamualaikum!
Hello readers. Hari ni Iza nak share dengan korang peanut butter yang dah jadi fav Iza sekarang. Ada banyak brand peanut butter dekat luar sana tapi korang pernah try tak Nutasty? Iza percaya korang mesti pernah dengar sebab Nutasty ada banyak ejen yang jual. Tapi korang pernah rasa ke tak? Kali ni Iza nak review peanut butter dari Nutasty pulak.
Asasnya kacang kekacang ni memang fav Iza. Tak kisah la kacang tanah ke, almond ke, asal kacang je memang suka. So peanut butter ni tak payah cakap la. Automatic memang Iza akan suka. Apa yang menariknua Nutasty ni, korang bukan setakat makan peanut butter biasa-biasa tau tapi ada flavor lain jugak dan yang paling penting peanut butter Nutasty ni healthy sebab semua produk Nutasty TANPA GULA TAMBAHAN, TANPA PENGAWET, TANPA PENSTABIL MAKANAN, TANPA PERASA TAMBAHAN dan TANPA PEWARNA. So korang boleh makan tanpa ragu-ragu ok? Even korang diet pun boleh makan jugak.
NATURAL PEANUT BUTTER ORIGINAL CHUNKY (RM 19.00)
Bahan-bahan Dan Tekstur
Dalam peanut butter original ni cuma ada kacang panggang (99%) dan garam laut. Since this one original chunky, so dia ada kacang yang dikisar kasar dekat dalam. Tekstur peanut butter dia memang sangat smooth dan pekat jugak la.
Review
Rasa peanut butter dia memang sangat pure. Rasa kacang yang tak muak and masin-masin sikit. Iza suka bila ada kacang yang kasar tu sebab bila makan akan rasa macam crunchy sebab kunyah kacang tu. Kalau korang peminat peanut butter tapi nak cari yang healthy memang recommend go for this one. Iza biasa makan dengan roti but this one Iza boleh jugak ratah macam tu je sebab sedap.
NATURAL PEANUT BUTTER COCOA SMOOTH (RM 19.00)
Bahan-bahan Dan Tekstur
Peanut butter yang ni mix of kacang panggang, serbuk koko, garam laut dan xylitol. For those yang tak tau mesti terkejut tengok ada xylitol kan? Bukan ada dalam ubat gigi ke? Yup but this one pengganti gula dalam makanan. Common sebenarnya dalam peanut butter, so don’t worry ok? Tekstur dia memang smooth and pekat jugak.
Review
Untuk peanut butter yang ni rasa dia ada sikit pahit-pahit coklat tapi rasa peanut masih lagi kuat and sedap jugak sebenarnya. So macam alternatif la, kalau korang rasa makan peanut butter biasa tu dah bosan kan you can go for this one. Yang ni pun Iza boeh ratah which means memang tak muak kalau makan macam tu je. Tapi lagi best buat dip sebenarnya. Korang cuba makan dengan buah. Perfect!
NATURAL ALMOND BUTTER ORIGINAL SMOOTH (RM 28.00)
Bahan-bahan Dan Tekstur
This one bukan peanut tapi almond butter. So memang guna badam panggang, ekstrak vanilla asli dan garam laut. Tekstur dia pun sangat smooth and semestinya pekat. Bau almond dia memang sumpah menusuk kalbu.
Review
Kalau nak ranking ketiga-tiga ni almond butter memang Iza punya top fav. Rasa almond dia memang sedap sangat. I can’t resist. Ratah tu tak payah cakap la. Memang tak muak lansung. Kalau korang tak suka peanut, memang sangat recommend untuk korang cuba almond. Lemak almond dengan kacang tanah ni tak sama. Almond rasa dia macam lemak manis sikit. Korang boleh cuba buat smoothies dengan almond butter, confirm repeat punya.
OVERALL
This is my first time cuba Nutasty and peanut butter dia memang sangat sedap even makan macam tu je. Ada certain peanut butter yang tak letak gula, korang akan muak tau makan macam tu je. Tapi Nutasty ni memang kena dengan tekak Iza. Actually ada empat flavor tapi Iza tak dapat cuba yang lagi satu tu which is Peanut Butter Cookies Crunch. I bet rasa dia pun mesti sedap jugak. So kalau Iza rank, first definitely will be NATURAL ALMOND BUTTER ORIGINAL SMOOTH, then NATURAL PEANUT BUTTER ORIGINAL CHUNKY and NATURAL PEANUT BUTTER COCOA SMOOTH.
For those yang baru nak cuba makan healthy tu you guys should start with this. Actually ada banyak cara nak makan, you guys can check out Nutasty untuk resepi best-best. Korang boleh dapatkan tips diet jugak tau dengan scan code dekat botol Nutasty ni. Jangan lupa try ok?
Instagram
Facebook
Thanks for reading. Till we meet again.
Assalamualaikum.
* * *
(Disclaimer: The product was sponsored by Nutasty. All my reviews are honest after testing the products.)
tercari2 jugak la peanut butter organik macam ni. memang susah kan nak jumpa. ni dah tahu boleh la jenguk beli nanti
BalasPadamNot a fan of peanut butter tapi ada perisa koko la..nanti boleh try ☺️
BalasPadamSal pun pecinta kacang gak . Macam best je bila baca review Iza so memang kena try gak ni. Macam dah terasa kesedapan peanut butter tu dengan roti !!
BalasPadamSedapnya peanut butter ni memang kegemaran kita makan untuk sarapan pagi hehehehehe sedapnya lah nak kena cuba ni cari kat mana ni hurmmmmm...
BalasPadamAkak scroll naik turun blog Iza, mana harga? ko dah buat akak terliur. harga tak share. sampai hati. hahaha. peanut butter di antara produk kena restock setiap kali habis. sekurang-kurangnya 2 botol pada setiap pembelian haaaaa.
BalasPadamjenis chunky2 tu mesti lagi nikmat kan kak iza. kalau coklat tu ada kacang and tekstur chuncky pun confirm sedappp
BalasPadamSuka peanut butter yg ada kacang dia skali. Baru la puas nak makan kan. Tp tgk yg butter cocoa tu mcm best jugak. Ayooo, nampaknya kena beli tiga2 jenis ni 😅
BalasPadamWaaa...bestnya almond butter. Biasa produk yang ada almond ni mahal. Rasanya kalau beli ni tak sempat sapu kat roti. Habis makan macam tu je. Hehe.
BalasPadamAnak Sis pernah beli dengan kawannya ni haaa masa duk Shah Alam, memang sedap katanya, baru je tanya dia ni hehehe.. sesuai untuk orang diet katanya.. nanti nak cuba gaklah..
BalasPadamBest nya bila ada barangan organik n natural macam ni. Nak bagi anak makan sekali ngan kita pon senang. No sugar n no salt hingga umo 2 tahun. So bole la kan anak i try?
BalasPadamthis looks like such a delicious peanut butter. the packaging also makes this a cute christmas gift idea for friends! thanks for sharing :)
BalasPadamantara peanut dengan almond, suka lagi peanut sebab almond ni bila makan banyak dia rasa macam berlemak dekat tekak haha
BalasPadamI am new to nutasty brand. Time to support local since my whole fam love peanut butter too.
BalasPadamYaya kurang makan kacang tapi ni nampak menarik pulak boleh belikan ibu hee family Yaya suka peanut butter
BalasPadamSkrgtfh eatclean so mmg boleh sangat la klau nak cuba peanut butter ni.. member ada syorkan jugak. So memang kena dapatkan juga
BalasPadamNampak lebih sihat dengan pilihan peanut butter ni... Sape yg tgh on diet boleh la cuba makan brand ini kan
BalasPadamAnak i yara mmg peminat peanut butter.. dua kalau dapat ni boleh conquer sorang heheh
BalasPadam