Makan Seafood Sepuasnya Di Sunway Putra Hotel Hingga 31 Disember 2019

Assalamualaikum.

Hari ni Iza nak share dengan korang promosi yang tengah berlangsung dekat Sunway Putra Hotel. Bermula dari 17 Ogos lepas, Sunway Putra Hotel menawarkan makanan buffet yang best! Hari Jumaat untuk BBQ Buffet Dinner dan Sabtu pulak Seafood Buffet Dinner. Iza berpeluang cuba Seafood Buffet Dinner dorang. Jom baca apa yang best.


Kalau sebut pasal seafood mesti kita akan terbayang udang, sotong, ikan and macam-macam lagi la makanan seafood yang lain. Bayangkan dekat situ semuanya seafood and sedap-sedap semuanya pulak tu. Bagi peminat seafood macam Iza memang rasa macam heaven la.

Chef Dan Makanan Yang Disediakan


Semua menu yang disediakan adalah hasil tangan Executive Chef Rossham Rosli (29 tahun) dan pakar kulinarinya. No wonder la semua menunya nampak menyelerakan dan memang sedap. Antara menu yang menjadi pilihan Chef pula ialah Tiger Prawns, Grilled Mangolians’ Seafood, Butter Fish with Cheese Au Gratin, Asian Creamy Seafood Pasta, Oven Baked Curry Flower Crabs, Steamed Fish Dumplings with Thermidor Sauce dan banyak lagi.




Kalau risau nak makan yang berat-berat, korang jangan risau sebab ada jugak disediakan makanan yang lebih sihat and Iza rasa sangat sesuai untuk mereka yang tengah berdiet tu. Antaranya ialah Mixed Mushrooms Salad, Hummus, Tabouleh dan Babaganosh dan tak dilupakan Tom Yam Gong or Mushroom Soup (sebagai alternatif).


Selain dari tu ada jugak makanan lain seperti seafood pasta, pizza dan sushi yang patut korang cuba jugak bila makan dekat sini.



Tak lengkap rasanya bila makan kat hotel ni tak ada pemanis mulut dan semestinya menjadi kegemaran anak-anak. Antara pemanis mulut yang disediakan ialah buah-buhan tropikal yang segar, aiskrim sehinggalah ke pelbagai pilihan kek dan pastri seperti French Chocolate Tarts, Boston Cheese Cakes, Rainbow Cakes, Mango Mousse Cake, Bread and Butter Pudding and Mini French Pastries.




Makan Dan Menang


Untuk pengetahuan korang, dari sekarang hingga 30 Oktober 2019 ni dengan hanya makan dekat sini korang berpeluang untuk menang:
  1. Penginapan 2 hari 1 malam di Junior Suite termasuk sarapan pagi di Coffee House untuk 2 orang yang bernilai RM 1010.00.
  2. Bufet Makan Malam di Japanese Restaurant yang bernilai RM 128.00.
  3. Bufet Minum Petang (Hi-tea) Hujung Minggu di Coffee House yang bernilai RM 79.00.

Makan Bersama Keluarga


Kalau kita yang dah bekeluarga ni semestinya akan bawak anak-anak jugak and kadang-kadang risau takut mengganggu orang yang tengah makan. Tapi dekat Sunway Putra Hotel ni korang tak perlu risau sebab dekat sini ada disediakan mini playground untuk budak-budak main which is very thoughtful. Plus budak yang berumur bawah 7 tahun makan kat sini free je. 


Dengan tempat yang selesa dan luas, memang sangat sesuai untuk korang bawak family datang makan dekat sini. Selain tu jugak korang boleh la update status FB or IG story korang dekat sini dengan senang hati sebab ada Wi-Fi free.


Makan Di Sunway Putra Hotel


Selain daripada weekend dinner buffet ni ada jugak weekend Hi-tea Buffet di Coffee House ni bermula pukul 12.00 tengahari hingga 4.00 petang pada harga RM 79.00. Bagi yang prefer non-buffet, Fish Head Curry Set atau ala carte istimewa lain ada jugak disediakan termasuk hujung minggu. Setiap ala carte dihidangkan bersama kopi atau teh dan pemanis mulut (buah-buahan atau sepotong kek) pada harga RM 25.00 per set.


Untuk tempahan ataupun untuk dapatkan maklumat serta promosi korang boleh check out details dekat bawah ni:

Harga
Dewasa - RM 98.00
Kanak-kanak (8 -12 tahun) - RM 49.00
Warga Emas - RM 49.00

Alamat
Coffe House Restaurant, Level 9, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur.

No. Telefon
03-4040 9988

E-mail

Website

Facebook

Instagram

(Disclaimer: Foods were sponsored by Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur.)

Ulasan

  1. Mknn laut Nampak menyelerakan tapi xleh nk mkn sbb bila mkn, gatal 1 bdn. Sobs

    BalasPadam
  2. Bestnya dapat merasai menu seafood buffet di Hotel Sunway Putra.. Ada promo Best.. Boleh la AM ajak boss ke sana nnti

    BalasPadam
  3. Aaaaaa heaven nya dapat makan seafood puas2! Harga pun not bad juga RM98 utk dewasa. Tapi itulah, jauh dari tempat Nur huhu

    BalasPadam
  4. memang suka makan buffet macam ni. puashati sebab banyak menu yang sedap-sedap. kalau jenis suka makan memang sesuai ke sini. selesa juga sebab ada tempat untuk anak bermain ya

    BalasPadam
  5. Ya Allah.. sedap2 nampak menu tu iza.. terliur rasa.. heaven la dapat makan seafood banyak2..

    BalasPadam
  6. Wah. Nampak bba jadi semangat pula nak cuba. Sunway putra ni memang selalu banyak promo. Kali ni dapat pakej penghinapan bernilai Rm1ribu. Puas hati dapat hadiah tu. Nak cuba la mane taw menang

    BalasPadam
  7. Semua pun sedap sedap la, ni kalau diet mmg boleh lupalah tengah diet .. Haha, takpa , diet letak tepi , makan dulu then lepas dah melantak, baru diet balik, ekeke

    BalasPadam
  8. Sedapnya semua kt sini. Saya mmg suka seafood. Satu family suka sbnrnya. Nk bwklah diorg ke sini nnti. Thanks share ya.

    BalasPadam
  9. Ya ampun.. Sedapnya semua.. Kita memamg suka seafood.. Bgusnya ade tempatvruangan nak2..senang parents nak makan.. Hehehe.. Kalau ade dyit boleh cuba ni

    BalasPadam
  10. Mata Rawlins terus mencari desserts sebab memang seorang dessert-freak.
    Hari tu Iza makan tak dimsum dia? Lazat dan padu!

    BalasPadam
  11. lama tak keluar gi makan2 haaa...nanti nak jugaklah datang sini..lagipun tak jauh mana ...dia punya makanan memang nampak sedap dan menarik selera....

    BalasPadam
  12. 31 disember. sempat lagi ni sebab ada trip ke kl disember. mark terus kalendar and letak dalam tentatif.

    BalasPadam
  13. sedapnya menu seafood kat hotel sunway putra ni, terliur BBL tengok menu tu. dah la seafood lover. harga pun boleh tahan berpatutan.. tunggu gaji boleh la datang makan sini

    BalasPadam
  14. ya ampun !! makanan dia semua mengiurkan !! hee~ harga pun tak mahal mana.. mampu jek kalau nak singgah makan sesekali kan..

    BalasPadam
  15. wahhh tengah2 malam camni tengok post ni dah craving seafood pulak hahah

    BalasPadam
  16. wowww makanannya menggodaaaaa. rasa nak ambik semua je kahkahh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular