Skincare Apa Tu? | Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum

Assalamualaikum.

Hello readers. Lama betul Iza tak menaip dekat blog ni. Lately ni busy settlekan hal rumah. So hari ni Iza nak share dengan korang serum yang Iza dah pakai almost 3 weeks dah. Antioxidant Serum from Sanny & Joleen Lifestyle.


To be honest Iza memang tak pernah dengar jenama ni. Tapi Ms Chu approached Iza untuk cuba serum ni. A little bit tentang Sanny & Joleen Lifestyle, matlamat utama dorang adalah untuk menyediakan produk yang bagus untuk kulit tapi simple dan premium untuk pelanggan dapatkan dengan harga yang berpatutan. Bagus kan matlamat dorang? Jom check out apa yang best pasal serum tu pulak.

ANTIOXIDANT SERUM

Bahan-bahan

Bahan utama dalam serum ialah:

Tocotrienol (Vitamin E)
Boleh bertindak sebagai anti-penuaan, mengurangkan kedut dan garis halus

Panthenol (Pro-vitamin B5)
Boleh melembabkan dan menghidratkan kulit

Niacinamide (Vitamin B3)
Boleh merawat jerawat dan mengurangkan bintik hitam

Calendula Oil
Boleh merawat dan melegakan luka

Olive Oil
Boleh melembab dan mengelakkan tanda-tanda awal penuaan

Serum ni jugak tak ada SLS, Paraben dan synthetic fragrance. So serum ni sesuai kalau orang kulit sensitif nak cuba.

Full ingredients boleh refer sini
Bungkusan

Simple. Memang tu pun matlamat dorang. Packaging dia tak fancy, just simple serum bottle dalam kotak dengan label and nama brand Sanny & Joleen Lifestyle. Still dekat packaging dia ada mention full ingredient and cara-cara nak gunakan serum.

Kotak
Botol serum
 Tekstur Dan Bau

Bagi Iza tektur serum dia agak pekat and warna putih. Tapi bila apply, serum ni langsung tak berminyak and sangat cepat serap pada kulit. Iza tak pakai banyak pun, dalam 2 titik je setiap kali application. Iza pakai 2 kali sehari, pagi dan malam. Bau fragrance memang tak ada sebab dia tak letak synthetic fragrance, cuma ada bau lembut yang mungkin datangnya dari calendula and olive oil tu.


Review

Sepanjang Iza pakai serum ni Iza tak ada breakout which means serum ni sesuai dengan kulit muka Iza. Walaupun dia ada calendula and olive oil tapi serum ni tak berminyak tapi still boleh buat muka Iza lembut lepas sapu. Pada pemahaman Iza, serum ni boleh bertindak sebagai booster untuk skin care routine, so apa-apa produk yang Iza guna lepas serum dia akan boost benefit produk tu. Lepas Iza dah pakai almost 3 weeks, Iza nampak Iza dapat rasa kulit Iza makin lembut and parut jerawat pun makin kurang. Untuk garis halus area mata tu nampak berkurang sikit je, maybe takes time and Iza kena continue lagi guna. Tapi setiap kulit tak sama. Maybe kalau korang cuba lain pulak kesan dia.



Kalau korang nak tau lebih lanjut and nak beli, korang boleh check out link dekat bawah ni:

Harga:
RM 49.00 (10 ml) / RM 97.00 (30 ml)

Wesite:

Facebook:

Instagram:

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: The products was given to me by Sanny & Joleen Lifestyle and all above are my honest review. Product I’m using might goes well with my skin but not with yours.)

Ulasan

  1. serum ni antara produk skincare yg wajib ppuan ada..hihi suka serum yang cepat meresap dan tak melekit..belum pernah lagi lah try serum yg ada olive oil..patut cuba ni

    BalasPadam
  2. Serum memang wajib ada tau. Salah satu produk yang wajib ada. Ramai bagi review best selepas guna serum ni .Saya tak guna lagi .Kena guna cepat ni. Nak tahu kesan pada muka sendiri pulak

    BalasPadam
  3. oh serum mmg harus ada! gtuh hehe harga dia pun berpatutan ni mungkin boelh try nnt btw SALAM PERKENALAN dari sy Suzai, jemputlahh ke blog sy www.sizzlingsuzai.com hehe :)

    BalasPadam
  4. Can see the different on your skin after using it. Will try out ANTIOXIDANT SERUM too to make my skin more smooth.

    BalasPadam
  5. menarik. in shaa Allah saya akan share pada rakan2 dan juga keluarga. kakak saya pasti akan cuba produk ni sebab dia tengah mencari produk sesuai dengan wajahnya ;) terima kasih share :)

    BalasPadam
  6. Waaa i love serum! Sekarang SR pakai serum innisfree, kalau beli set lgi better.

    Mcm nk try ni pulak. Hee

    BalasPadam
  7. Baru hari tu tengok tengok serum joleen ni sebab ada kawan yang rekemen. Nampak ramai yang review bagus. Boleh kalau nak cuba nanti

    BalasPadam
  8. AM pun tgh cari serum yg bersesuaian dgn AM.. Mana taknya, semakin usia meningkat.. Penjagaan kulit wajah penting kan?? Lagipun serum mengandungi vitamin yg diperlukan oleh kulit.. AM nak cuba juga la serum yg awak sarankan ini

    BalasPadam
  9. sekarang pun saya rajin pakai serum tapi bukan jenis yang inilah , dah masuk 40 ni banyak kena jaga kan nak kulit muka sebab senang breakout kalau tak kena cara dan gaya menjaganya

    BalasPadam
  10. Haven heard about this brand but interesting product, Antioxidant Serum, I really need these to help my skin lately been so dry gonna become a mummy if I don't use proer skincare.

    BalasPadam
  11. Serum ni memg bgus untuk kulit sebab ia meresap terus ke dalam kulit..namapk menarik serum ni..nmpk perubahan muka iza rtu

    BalasPadam
  12. Serum memang bagus digunakan dalam rutin penjagaan wajah. Sis pun sekarang sedang gunakan satu serum ni, memang bagus. Bolehlah sis cuba serum ni pulak lps habis yg sis pakai ni

    BalasPadam
  13. Niacinamide ni sgt bgus utk ada dlm any serum atau skincare lain kan.. Dan lg satu ofkos hyaluronic acid..... Bgus sanny ni byk bhn yg ok dia guna

    BalasPadam
  14. Tak pernah lagi pakai serum brand ni. Nampk macam menarik dan best. Suka dengan packaging dia juga.. cam mudah nak pakai

    BalasPadam
  15. Interesting antioxidant serum, sesuai untuk akak yang dah masuk 5 series ni kan, thanks for sharing

    BalasPadam
  16. Kak min memang sejenis yg suka serum jadi nampak artikel ni rasa cam menarik lak nak cuba

    BalasPadam
  17. Macam bagus je serum ni. Untuk lelaki okey tak? Hehe. Kita pun nak juga jaga kulit dan awet muda, hahahaha. Btw, nice sharing. Semoga orang yang ada masalah kulit kat lUar sana boleh try serum ni.

    BalasPadam
  18. Akak pun suka Guna serum.. Sebab serum ni kira essential item la utk kulit kita kan.. Bila pakai tu rasa moist elok ja

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular