Day 289: Membeli Sambil Beramal Dengan 50gram | Pink Pride - A Breast Cancer Awareness Campaign With You

Assalamualaikum!

Hello readers. Harini Iza nak ajak korang buat amal sikit. Bersempena dengan bulan kesedaran kanser payudara ni Iza nak ajak korang join kempen yang 50gram and Project W launch baru-baru ni iaitu Pink Pride, A Breast Cancer Awareness With You.


Kadang-kadang kita yang sihat ni selalu mengadu banyak masalah and sampai terlupa ada yang lebih menderita sebab sakit. Jadi ada masanya kita kenala muhasabah diri supaya kita tau bukan kita je yang sakit or bermasalah sebab ada orang yang lebih teruk dari kita penderitaannya. 


Dengan adanya kempen dari 50gram and Project W ni bolehla kita sedarkan diri sambil beramal. Caranya mudah je, korang boleh follow step dekat bawah ni:

Step 1
Daftar untuk join The Pink Pride Movement dekat link ni : http://pinkpride.50gram.com.my/ref/YB16682843/ 
(korang boleh share kempen ni untuk create awareness dekat orang lain jugak)

Step 2
Beli mana-mana bouquet stand yang 50gram senaraikan dalam kempen Pink Pride dengan harga RM32.90 selepas diskaun 50%. Sebahagian dari amount tu akan disalurkan ke MAKNA (Majlis Kanser Nasional) dan sebahagian lagi akan diserahkan kepada Project W untuk membantu pesakit kanser dengan menyediakan peluang pekerja untuk dorang.


Selain korang dapat bunga untuk award diri korang sambil-sambil tu korang dah menyumbang untuk bantu pesakit kanser. Bagi pembeli 1500 terawal pula akan dapat mini gift yang disponsor dari Mamonde - Rose Water Toner (25ml) atau Creamy Tint Squeeze Lip atau Petal Spa Oil to Foam (25ml).


Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: The products was given to me by 50gram and gift was sponsored by Mamonde for Pink Pride Campaign.)

Ulasan

Catatan Popular