Day 277: Review - ID.AZ Dermastic Clay Mask
Assalamualaikum!
Well hello everyone! Selamat Hari Raya! So harini Iza nak buat review tentang clay mask. Siapa suka pakai clay mask? I love clay mask so much! Biasanya Iza guna clay mask ni seminngu sekurang-kurangnya dua kali and maximum kita boleh pakai clay mask tiga kali seminggu. Tujuan pakai clay mask ni kebiasaannya sebagai chemical exfoliator kalau korang tak prefer guna scrub muka. Bagi Iza bila guna clay mask ni Iza akan target masalah pori je but this product bukan setakat unuk pori je, korang boleh pilih sama ada nk cerahkan kulit, untuk hydrate kulit or untuk kawal kluit berminyak jugak. Ok, first of all sorry guys, this post gonna be long. Jom start!
Produk yang Iza maksudkan tu ialah jenama ID.AZ dari Idplacosmetics. ID.AZ ni sebenarnya berasal dari Korea tapi korang takyah la risau sebab produk ni dah masuk Malaysia dah pun. Kalau korang nak tau, ID.AZ ni bukan ada clay mask je tapi dia ada sheet mask jugak. Cuma hari ni Iza akan review clay mask dia je.
Ada 4 pilihan clay mask yang korang boleh cuba:
DERMASTIC HYDRATING CLAY MASK
Concept: Keeps skin hydrated and energized - Moisturizing and Soothing
Key Ingredients: Moroccan Lava Clay + Calamine + Pomegranate
Concept: Providing soothing effects for sensitive skin while cleansing, tightening pores and exfoliating skin.
Key Ingredients: Hawaiian Sea Salt Fermented Clay + AHA/BHA + Charcoal
Concept: Balances skin oil for a fresh and healthy-looking complexion
- T zone oil control and balancing
Key Ingredients: Canadian Glacier Clay + Calamine + Avocado
DERMASTIC BRIGHTENING CLAY MASK
Concept: Brightening effects makes skin feel more alive - Vitalizing & Tone Up
Key Ingredients: Amazonian White Clay + Calamine + Vitamin C (Ascorbyl Glucoside)
I have tested all the clay mask. So ni pendapat Iza:
Review
DERMASTIC HYDRATING CLAY MASK
Before | After |
This clay mask memang hydrating macam concept yang dorang nak sampaikan which is moisturizing and soothing. Lepas Iza cuci muka Iza tak rasa kulit Iza kering macam kita pakai clay mask biasa. Kulit muka Iza bukan setakat hydrate tapi lembut and rasa fresh je. Selain dari tu mask ni Iza perasan dia boleh kurangkan redness kat muka Iza sebab mask ni ada soothing effect jugak. Kalau korang jenis kulit muka kering and sensitive tapi orang teringin nak pakai clay mask, Iza suggest korang pakai hydrating mask ni.
DERMASTIC PORE CLEAN CLAY MASK
Before | After |
DERMASTIC OIL CONTROL CLAY MASK
For this one pulak Iza tak apply kat seluruh muka sebab ada certain part muka Iza yang tak berapa nak oily so Iza takut nanti terlalu kering pulak. Iza apply dekat oily area je ni. Untuk korang yang kulit berminyak sangat boleh je sapu kat seluruh muka. Tapi this mask really did a good job. After apply memang rasa macam biasa tapi after few hours Iza rasa area yang Iza apply mask ni tak terlalu berminyak pulak macam selalu. Good job! Maybe lepas ni boleh jadikan on-the-go mask bila ada event, sebelum makeup pakai mask ni kejap. Lepas tu cuci and makeup macam biasa so atleast part yang oily tu boleh bertahan sikit dari terlalu oily.
Before | After |
DERMASTIC BRIGHTENING CLAY MASK
Before | After |
Overall
Bagi Iza semua clay mask ni memang best. Sebab apa best? Sebab most of it memang buat apa yang dorang claim. Cuma result dia cepat or lambat je. Some more pakai mask ni kejap je pun dalam lima minit dah cukup. Paling lama pun sepuluh minit tapi jangan lebih tau, not good for skin kalau pakai mask lama-lama. Kalau nak lagi best korang boleh apply mask ni dekat targeted area je. Contoh yang Iza pernah buat, guna pore cleaning mask dekat hidung and brightening mask dekat area bawah mulut and dahi (sebab situ paling banyak dark spot) at the same time. Lagi satu, Iza perasan jugak bukan hydrating mask je yang tak keringkan muka tapi sebenarnya semua clay mask ni lepas cuci tak mengeringkan kulit muka, jadi Iza rasa orang kulit kering pun tak perlu risau nak try semua range produk ni. Dari segi packaging, bagi Iza sangat bagus sebab dalam tube and lebih hygiene. Bau pulak tak kuat sangat pun and sekejap je dah hilang. Setiap mask bau berbeza and bau paling obvious Hydrating mask sebab bau pomegranate and Brightening mask sebab macam ada bau kunyit sikit.
Haa, kat mana nak dapatkan clay mask ni? Kata dah masuk Malaysia kan? Ok ok. Clay mask ni korang boleh dapatkan hanya di WATSONS sahaja..Tunggu apa lagi? Pergi la try. Good luck!
Thanks for reading. Till we meet again.
Assalamualaikum.
* * *
(Disclaimer: All the products was given to me for review and this is my honest review. The product might works well on me but not on yours.)
Ulasan
Catat Ulasan