Day 240: Tips Formal Wear Untuk Ladies

Assalamualaikum!

Lama dah rasanya tak berbloging since laptop tak boleh on. Now laptop still tak boleh on, tapi hasrat di hati masih lagi nak berblogging. Saje nak share sikit tips untuk kakak-kakak kat luar sana yang kerja pejabat macam Iza. Iza bukan la fashion blogger pun. Tapi maybe tips ni kita boleh sama-sama pakai kan? Hehehe


Iza tau ramai kakak-kakak or adik-adik kat luar sana tu yang dah bekerjaya tapi still blur nak bergaya macam pergi office. Ye la kan. Dulu time belajar nerd je. Hahah. Jadi nak ke office pun nerd jugak. Iza pun dulu macam tu. Tapi kita try ubah sikit-sikit. Kat bawah ni Iza nak share tips formal wear yang kita boleh try bila pergi office nanti.

1. Classic Look


Ni gaya paling mudah korang boleh try untuk ke office. Walaupun senang nak pull off, tapi ada masanya nanti korang nampak bosan pulak bila selalu gayakan. Tapi jangan risau nak elakkan daripada nampak bosan tu korang boleh try add on aksesori, pilihan kasut yang sesuai or korang boleh touch up dengan make up sikit. Class gitu! :D

2. Casual Business Look


Ok gaya yang ni paling senang korang nak dapat and nampak versatile. Tapi untuk gayakan gaya ni korang mesti kena pakai heels, pilihan baju yang smart boleh nampakkan gaya feminine korang, blazer dan beg untuk nampak lebih profesional. Try mix and match dengan aksesori and kasut yang bersesuai dengan kerja korang. Smart kan?

3. Careless Chic


Style yang macam ni sesuai untuk orang yang macm ala-ala malas nak amik tau pasal fesyen. Tapi hakikatnye kalau dalam dunia fesyen dorang kata ni street-style-worthy. Tak salah pun ank cuba kan?

4. Glam Look At The Office


Bagi korang yang berani untuk mencuba boleh cuba gaya ni. Gaya macam ni sesuai untuk korang nampak ala-ala glam tapi boleh rule the world and rule korang punya profession gitu. Gayakan dengan make up, lipstik merah dan high heels. Fuh! Confirm nampak stunning!

5. Simple And Feminine


Ok ni untuk kakak or adik or gadis-gadis yang suka dress yang ala-ala flowy flirty. Gayakan dengan aksesori yang kecik, korang akan nampak smart kasual dengan gaya ni.

So macam mana? Dah tau nak gayakan macam mana pergi office? Lepas ni takdela risau nampak nerd or bosan je kan. Hehe. Selamat mencuba.

Thanks for stopping by and have fun!

Assalamualaikum!

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular