Day 232: Jalan-jalan Dekat Taman Botani Negara Shah Alam

Assalamualaikum!

Hello reader. Iza nak citer pasal jalan-jalan Sabtu lepas. Alkisahnya kitorang nak ke Shah Alam untuk hantar barang ke butik vendor. Tapi tak jadi. So En Husband cakap kita jalan-jalan je la area Shah Alam tu. Iza pun tak sure sangat apa yang ada. Iza tau kat Seksyen 7 tu je. Banyak jual baju-baju. Hahah. Then Google la tempat menarik kat Shah Alam. Banyak jugak and salah satunya jugak Laman Seni yang ada kat Seksyen 7 tu. Heheh. Then nampak muzium High 5. Konon-kononnye nak gi la. Nama pun muzium kan. Nampak cam menarik je. Sekali sampai sana kilang rupanya. Muzium tu dekat kilang roti High 5. Macam bukan muzium yang open biasa kita pergi tu. Muzium dia betul-betul dalam area kilang. Nak masuk cam tak berani la plak sebab macam tak ada orang. Hahahaha

Then Google la lagi. Skali jumpa Taman Botani Negara Shah Alam yang dekat Bukit Cerakah tu. Teringat abang Iza penah bawak Iza ke situ dulu. Then cakap ngan En Husband kat situ ada rumah 4 iklim. Rumah tu ikut musim. Pastu En Husband pun berdezup pergi ke sana. Hahah

Sampai sana ingatkan tak ada orang rupanya ramai jugak plus orang ada aktiviti larian amal kot. Masuk je kena charge parking RM3. Then pergi kaunter untuk masuk dalam pulak. Rupanya skang ni tengah musim bunga. So rumah 4 iklim tu tengah musim bunga la. Charge masuk Taman Botani RM3 campur dengan masuk Rumah Iklim RM3 jugak. 



Berjalan la kitorang ke dalam. Dulu masa Iza penah pergi rasanya macam takde plak naik shuttle bas and tempat nak singgah pun takdela jauh. Tak tau la kalau Iza yang tak perasan dulu. Huhuh. Skang ni dah ada shuttle bus. So tunggu jela shuttle bus tu datang amik kitorang. Nak berjalan kaki maunye terberanak Iza kat Taman Botani tu. Hahahah


Sempat lagi bergambar atas bus.

Destinasi pertama bus ni turunkan betul-betul dekat Rumah Iklim. Bagus jugak kan. Sebab memang nak pergi situ pun. Takdela ramai sangat orang tapi penuh la shuttle bus tu. Masuk tu kena tunjuk tiket ya. Takde tiket takleh masuk tau.



Sempat bergambar dulu kat pintu masuk sebelum menapak ke Rumah Iklim.


Jalan nak ke Rumah Iklim tu. Boleh rehat dulu kalau penat ya,




Yea! Dah sampai Rumah Iklim

Masuk-masuk je dah bau bunga. Sejuk pun sejuk. Memang cantik. Rasa macam pergi oversea plak bila bergambar dalam Rumah Iklim tu.




Lepas dah puas dok dalam tu kitorang pun tunggu balik kat bus stop. Bus akan datang amik and turunkan orang kat destinasi seterusnya. Next stop dekat Taman Haiwan. Tapi En Husband kata takyah tengok. Penat dah berjalan sebenarnya. Actually dari bus stop nak ke Rumah Iklim tu kena menapak jugak la. Campur panas lagi. Memang tak larat jugak la rasanya. Tapi jangan risau korang boleh beli minuman or makanan yang ada jual kat dalam Taman Botani ni. Harga dia not bad tak macam Zoo Negara yang mencekik darah tu.


Lepas keluar Rumah Iklim tu ada tempat dorang letak replika rumah kecik-kecik ni. Abaikan En Husband yang tak tau dia cuba buat apa.


Dah penat berjalan, bergambar dulu sementara tunggu bas datang amik.


Taman Haiwan yang kitorang tak pergi.

Kalau korang nak tau maklumat lanjut lagi pasal Taman Botani Negara Shah Alam ni korang boleh visit link bawah ni:


Untuk Rumah Iklim tu start April ni memang musim bunga tapi tak sure sampai bila. Kalau nak pergi tengok bunga boleh la ke sana ya. Overall Iza rasa ok la. Bayaran pun takdela mahal sangat. Lagipun boleh naik shuttle bus. Takde la penat sangat. Then korang pun boleh beriadah kat sana jugak. Kat sini ada sediakan basikal kalau korang nak naik basikal.

Selamat berjalan-jalan!

Thank you for stopping by and have fun!

Assalamualaikum.

Ulasan

Catatan Popular