Day 200: Kursus Pra-Perkahwinan Confirm Puas Hati

Assalamualaikum!

Hello readers! Alhamdulillah selesai sudah kursus pra-perkahwinan Iza selama "2 bulan" bak kata sorang fasi ni masa kursus hari tu. Hahah. 2 bulan sebab 31 Jan sampai 1 Feb. Hahah. Dah selesai kursus lepas ni dah boleh buat HIV test and isi borang apa yang patut.

Muka kena paksa bangun pagi
Muka excited nak gi kursus
So entry kali ni Iza nak share tempat kursus pra-perkahwinan yang Iza pergi. Ada 3 perkara yang Iza nak point kat sini bila korang pergi dekat tempat Iza kursus:

1. Susah nak mengantuk
2. Senang faham
3. Penat cuma sehari

Kenapa susah nak mengantuk? Biasa la, Iza klu dengar orang cakap memang selalu mengantuk punya. Walaupun subjek tu memang interesting, kalau dah namanya pun nak mengantuk, menguap tetap jugak jadi. Hahaha. Tapi sepanjang Iza dekat kursus tu memang Iza tak mengantuk cuma hari last je mengantuk sikit sebab mood dah kelaut. Tapi overall memang ok sebab fasi yang bagi talk tu semuanya sporting and ada lawak and cara sampaikan masing2. Total fasi yang bagi talk untuk 2 hari tu ada 6 kesemuanya and tak semua tu ustazah and ustaz sebab tu Iza sebut fasi. Insyaallah, kalau korang pergi dekat sini memang korang akan susah nak mengantuk. Asyik ketawa je. Ye la kan, macam2 gaya kan bila orang dah kahwin ni. Ada sweet, ada merajuk, ada marah, ada manja. Macam2 la. Heeeee

Alhamdulillah sepanjang Iza pergi kursus tu Iza boleh faham apa yang dorang sampaikan. Apa yang patut buat, apa yang tak patut buat. Insyaallah Iza cuba praktikkan bila dah kahwin nanti. Tips and trick yang dorang bagi tu pun Insyaallah Iza cuba ingat. Sebenarnya semua yang fasi cakap tu ada dalam buku pra-perkahwinan tu, tapi bila orang cakap lagi kita faham kan dari kita baca. So, time kursus tu dengar betul2 and catit apa yang patut ya.

Kursus dekat tempat yang Iza pergi ni cuma amik masa 1 hari setengah je. Biasanya orang buat 2 hari full. Tapi kat sini tak. hari 1st tu je penat sikit la. Balik pun dekat maghrib. Tapi 2nd day tu tengahari korang dah boleh pergi dating dekat shopping complex depan tempat kursus tu je. Hahaha.

So kat mana tempat yang Iza cakap ni? Tempatnya ialah:


Astana Mukmin ni sebenarnya ada 3 tempat kursus.

1. Wangsa Walk - Wangsa Maju
2. Baitul Amin Masjid Al-Gufran - Pinggiran TTDI
3. Global Intel MGT Plaza Ong Tai Kim - Jalan Gombak

Tempat yang Iza pilih dekat Wangsa Maju kononnya sebab nak naik LRT. Tapi Iza suggest tak payah kot naik LRT. Jauh jugak nak berjalan. Better naik kereta je la. Takde la penat, cepat sampai.

Hari kedua sampai cepat sangat. Sempat orang tu tido dulu.
Apa yang korang perlu bawak masa pergi kursus:

1. Salinan IC
2. Duit pendaftaran RM80/person

Apa yang korang dapat lepas register dekat tempat kursus
Sebelum korang terjah tempat kursus tu make sure booking dulu eh, maksimum dorang amik 150 orang. So memang kena booking dulu.

Booking Kursus Pra-perkahwinan

Iza harap apa yang Iza share ni membantu korang nak buat keputusan pilih tempat kursus. Heeeee. Ahad ni Iza dah boleh pergi amik sijil. Sijil akan siap lepas 2 hari bekerja. Kalau korang nak dia pos, dia charge RM15, so better pergi je la amik ya.

Cepat-cepat la booking sebelum naik harga, maklumlah kita kan nak GST dah bulan April nanti. Mesti akan ada perubahan harga punya. Tapi dah ada 2 fasi cakap pasal harga ni. Maybe nak naik la tu. Sila la booking segera ya.

Asal Iza je muka excited. Sempat lunch date dekat Wangsa Walk.
Muka cover macho dah habis kursu
Thanks for stopping by and have fun!

Ulasan

Catatan Popular