Day 193: Watsons Brand Tencel Mask

Assalamualaikum!

Hi there! Macam lama je kan tak update. Yes! Iza busy (tengok citer korea) sebenarnya. Huhuhuh. Ok ok. Sekarang Iza nak share the best of Watsons Brands Tencel Mask.

Tau tak kenapa dia di panggil tencel mask? Apa tu tencel? Tencel ni asalnya ialah Lyocell iaitu sejenis material gentian selulosa pulpa kayu. Dari dulu lagi memang orang guna untuk fabrik. Tapi kali ni Watsons gunakan tencel sebagai mask.

Sekarang ni baru Iza nak test mask yang Iza received dari Watsons sebelum ni (Day 188: Say YES to Watsons Brand). Ada beberapa jenis yang korang boleh pilih ikut citarasa korang. Wiwiwi. 


Since Iza dapat banyak, why not Iza share dengan my niece kan?


Material mask ni yang dari gentian selulosa pulpa kayu membolehkan mask ni untuk menampung esens sehingga 20x kali berat mask ni sendiri. Maksudnya, bila kita pakai mask ni esens yang dah diserapkan kat mask tu kita akan dapat sebanyak yang mungkin. Takdela bila pakai tu sekejap je dah kering disebabkan esens yang ada dekat mask tu sikit je. Memang terbukti, Iza pakai mask ni memang lambat dia kering.


Mask ni pun memang lembut best je pakai. Tak kasar macam mask yang biasa tu.


Yang best lagi pasal mask ni. Mask ni sangat nipis. Senipis 0.14 mm je. Nipis kan? Sampai packaging dia pun kena ada 1 lagi plastik untuk lapik mask ni bila kena lipat.


Nampak kan bezanya dengan mask biasa? Pakai pun selesa. Bila pakai tu nampak macam tak pakai pun ada.

Senang citer ni memang best bila pakai. Esens dia pun cepat meresap ke kulit muka. Bila tanggal mask ni rasa fresh je muka.

So, kalau korang nak cuba boleh beli dekat Watsons ok?

Good luck and have fun!

Ulasan

  1. besnye you guys dah bt cabaran yg kedua say yes tu. liz da tersangkut dkt selfie pakai dgn kawan .. sbb mn la ada kawan kt rumah kite, adik bradik perempuan lak takda.. aishhh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular