Day 113: This is part of me.
Assalamualaikum.
Iza letih sangat sekarang. Badan, otak.
* * * *
Dulu bahagia yang dijanjikan. Janji manis yang diri dan hati terbuai dengan keindahan. Tapi kenapa hanya sementara? Hilang janji-janji. Mana pergi cinta? Mana pergi sayang? Bukan hanya kiasah sekarang tapi sejak dari dulu. Mahukan diri ini. Tapi kenapa buat begitu? Atau itu cuma sandiwara? Permainan kamu? Hati yang ingin dimiliki, tapi disia-siakan. Minta untuk tak berpaling, tapi diabaikan. Dah bosan? Dah benci? Kenapa teruskan kalau semuanya dah dibawa arus masa. Jangan permainkan hati. Hati dah puas berharap. Tapi hati tak dijaga.
Cuba pertahankan selama ini. Tapi selalu diduga. Kadang-kadang hilang pertimbangan. Sakit, pedih. Tak siapa peduli. Di mana penjaga hati? Dah pergi jauh dari sini? Bagai barang lama yang dah tak berguna. Di buang begitu sahaja. Bila rasa perlu baru cari semula. Hati yang dulu disimpan dalam bekas emas, kini diletak merata-rata. Sudah tak perlukan lagi?
Dugaan ini terlalu kuat. Sampai rasa tak tertanggung. Kadang-kadang lagak seperti tiada apa-apa. Mungkin dia tak terluka, tapi hati menangis. Kalau dah tak perlukan lagi, pulangkan hati yang diambil dulu. Biar diri ini redha. Pasrah. Berserah. Belum lagi tiang dibina. Mungkinkah pemilik hati akan berubah? Atau sampai sini kesudahan nya? Tak nak menduga. Redha dengan ketentuan Illahi. Melihatkan suasana sekarang. Hening. Hambar. Sejauh mana hati akan di bawa? Atau mungkin tertinggal di tepi jalan.
Ya Allah, aku berserah dengan Mu. Berikan aku yang terbaik. Setiap yang Kau berikan aku bersyukur. Walau aku hilang cinta dunia, tapi aku tak hilang cinta Mu.
* * * *
P/S: Semenjak dua menjak ni iza banyak berfikir. Stress. Kadang2 happy. Kadang2 xhappy. Lumrah.
Ulasan
Catat Ulasan