Ada Apa Tu? | Pameran Kesedaran Melindungi Alam Sekitar | Safeguarding Our Future by Reshaping Plastic Waste

Assalamualaikum.

Hello readers, hari ni Iza nak share dengan korang event yang Iza attend last week. Event ni bukan event biasa yang Iza pergi tapi kali ni event berkenaan melindungi alam sekitar dengan cara kitar semula. 


Safeguarding Our Future by Reshaping Plastic Waste


Pencemaran alam sekitar dengan pembuangan sampah merata-rata tu dah terlalu biasa kita dengar. Jadi White Lodge International Preschool telah mengambil langkah mendidik kanak-kanak untuk menjaga alam sekitar dengan mengitar semula plastik buangan kepada aktiviti yang menyeronokkan untuk mereka. Hasil kreatif dari kanak-kanak dipamerkan dekat event yang Iza attend ni. Bagus idea White Lodge buat macam ni. Pepatah kata nak mendidik biarlah dari rebungnya. Dengan mengajar kanak-kanak erti kitar semula dan menjaga alam sekitar harapnya masa depan bumi nanti akan lebih baik.


Ini adalah pameran yang pertama pernah White Lodge adakan dengan bertemakan "End of Plastic Pollution". Kanak-kanak pra-sekolah yang terlibat berumur dari 2.5 ke 6 tahun. Mereka mengitar semula plastik terbuang dengan harapan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Memetik dari kata-kata Jayne Nadarajoo, Founding Director of White Lodge Education Group Services: “While we cannot change the past, we can protect our future by creating awareness and empowering the next generation – our children! We hope to use the art exhibition as a platform to educate children about environmental issues and empower them with ways to conserve natural resources.”


Pameran di White Lodge ni berakhir dengan persembahan dari kanak-kanak pra-sekolah dengan menyanyikan beberapa lagu kanak-kanak. Anak Iza yang tau lagu-lagu tu pun terhibur bila dengar.


Kesimpulannya, kita sepatutnya menjadi contoh kepada anak-anak kita. Memang susah dah kita nak ajar orang dewasa untuk jaga alam sekitar. Kadang-kadang tu nampak orang campak je plastik merata-rata. Sebagai langkah untuk mendidik anak kita, kita kena didik diri sendiri untuk jaga alam sekita dulu.

Anyway untuk maklumat lanjut berkenaan White Lodge International Preschool ni korang boleh check out website dekat link bawah ni:


Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: All product were bought using Althea birthday points.)

Ulasan

  1. budak2 cepat tangkap apa yang kita buat..

    BalasPadam
  2. Good education for the young kids to protect our environment. I hope to register my son for this activity too.

    BalasPadam
  3. This is a great education for us and also to protect the world for new generation. I think most of us always talk about this but many unable to practic this in real life.

    BalasPadam
  4. seriuss terbaik ada program macam ni...lagi-lagi kepada kanak-kanak, sbb dorang la masih mudah dilentur nak harapkan jaga kebersihan alam sekitar kita :)

    BalasPadam
  5. Wah terbaik program macam ni , lagipula memang bagus mendidik anak2 dari kecil

    BalasPadam
  6. Bagus diadakan program kesedsran jaga alam sekitar macam ni. Kita boleh beri kesedaran pada masyarakat akan kepentingan menjaga alam sekitar supaya kekihatan bersih sentiasa .Kita sebagai dewasa kena tunjuk contoh yang baik pada anak anak untuk jaga alam sekitar

    BalasPadam
  7. Betul dan setuju, bab nak jaga alam sekitar nie, kita kena mulakan dengan diri kita dahulu barulah anak2 kita. Plastik nie dah lah satu bahan yg susah untuk terhapus jadi kena gunakan semaksima mungkin bagi elakkan pencemaran alam sekitar

    BalasPadam
  8. Waaa.. Program tentang penjagaan alam sekitar. Menarik tu.
    Bagus juga ada program amcam ni, sambil mendidik anak anak tentangnya.
    Boleh bagitahu mereka juga, apa yang boleh dilakukan dengan cara kitar semula.

    BalasPadam
  9. Salah satu perkara yang memg bagus ajar dekat anak-anak kan.. So anak-anak akan lebih peka dan arif berkenaan kita semula.. Kat rumah pun kita kena ajar mereka. .Bgus white lodge ni

    BalasPadam
  10. Bagus la program program yg macam ni sebab bg kesedaran dari peringkat awal bila buat pendedahan begini utk anak2

    BalasPadam
  11. Bagus program ni mendidik anak untuk memilihara alam sekitar. Apatah lagi dengan program kitar semula yg sejak dulu kita didik pd anak2

    BalasPadam
  12. Bagus inisiatif yang White Lodge buat ni. Program pembelajaran sebegini memang harus ditekankan untuk anak anak sejak kecil. Sepatutnya kita yang dewasa kena beri contoh yang baik pada anak anak ini. Mereka lebih belajar dari apa yang kita buat. Memelihara alam sekitar satu tanggungjawab .

    BalasPadam
  13. You know after seeing this program ...i remembered the nowaste challenge, and I feel like we bloggers can do that and show to people that cleaning up is really easy and that saving the environment is also easy.

    BalasPadam
  14. This exhibition is really good. We really need to wake up and save our environment before it is too late. Glad to know that youngsters are being educated as well.

    BalasPadam
  15. Yes, the importance of plastic recycle and awareness among the community and young generation. A great effort and education for the children!

    BalasPadam
  16. Bagus ada inisiatif macam ni. Nak nak untuk pendedahan anak2. Bagus untuk alam sekitar

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular