Makan Apa Tu? | Yang Ini Barulah Susu Yang Penuh Kebaikan Dengan Susu Diamond Pure

Assalamualaikum.

Hello readers. Hari ni Iza nak share dengan korang susu yang terbaru and mungkin korang tak pernah dengar iaitu Susu Diamond Pure. Kalau korang pernah dengar bagus la. Tapi kalau korang tak pernah dengar, sini Iza nak bagitau apa yang best pasal susu ni.


Susu Diamond Pure ni terdiri daripadi 4 variasi iaitu:

SUSU DENGAN SERAT INULIN


Apa itu inulin? inulin adalah serat tumbuhan mudah larut yang terdapat pada tumbuhan articok pada kadar jumlah yang tinggi. Bersama dengan serat lain, inulin dianggap sebagai ramuan berasaskan tumbuhan yang mempunyai fungsi berkesan meningkatkan pencernaan dan proses lain. Serat diet telah digunakan selama beratus-ratus tahun untuk memperbaiki fungsi dan kesihatan usus, mengawal selera makan dan membantu mengekalkan kesihatan jantung, semuanya secara semulajadi.

Rasa susu ni sama je macam susu biasa cumanya dengan susu ni dapat mengurangkan sembelit dan meningkatkan kesihatan usus dengan bertindak seperti prebiotik. Kalau ada masalah sembelit korang boleh cuba minum susu dengan inulin ni. Selain tu jugak membantu mengurangkan selera makan. Bila minum susu ni korang akan sentiasa rasa kenyang. Dengan mengamalkan pembilan susu dengan inulin ni boleh meningkatkan kesihatan jantung dan mengurangkan faktor Risiko sindrom metabolik.

SUSU DENGAN MADU MANUKA


Pernah dengar tentang madu manuka? Madu Manuka ni sebenarnya adalah sejenis madu unik yang berasal dari New Zealand daripda lebah yang mendebungakan belukar manuka asli. Madu manuka dikenali dengan ciri-ciri antibakteria, antiviral dan anti-radang yang boleh membantu merawat pelbagai penyakit, termasuk sindrom usus besar, ulser gastrik, penyakit periodontal dan jangkitan pada bahagian atas sistem pernafasan. 

Banyakkan kebaikan madu manuka ni? Sebab tu kalau beli madu manuka asli sahaja memang mahal. Tak salah kalau korang nak cuba, mana tau dengan mengamalkan susu dengan madu manuka ni boleh bantu masalah yang korang ada kan? 

SUSU RENDAH LEMAK DENGAN MADU MANUKA


Untuk susu rendah lemak dengan madu manuka ni pulak sama je kebaikan dia macam kat atas tadi. Cumanya susu yang ni lebih sesuai untuk orang yang ada mengamalkan diet. So orang yang berdiet pun tak perlu risau nak amalkan susu Diamond Pure ni. Siap ada kebaikan tambahan lagi.

SUSU DENGAN KIWI


Susu dengan kiwi ni pulak mempunyai gabungan inulin dan madu manuka sekaligus. Tapi ada tambahan lagi iaitu enzim buah kiwi. Buah kiwi yang digunakan ialah daripada semulajadi dan tidak diubahsuai. Enzim buah kiwi mencerna protein ke dalam asid amino yang dipanggil "blok bangunan" kehidupan. Selain tu kiwi juga merupakan nutrien utama untuk melambatkan proses penuaan.

Kalau agak-agak korang nak susu yang lebih extra, korang boleh pilih susu dengan kiwi ni. Rasa dia pun takde la pelik sebab ada kiwi. Tapi bagi Iza mungkin sebab buah kiwi tu yang buat rasa susu ni lebih sedap kalau banding dengan yang lain. Ni memang fav personal Iza.


Selain daripada semua kebaikan yang susu dekat atas ni ada. Ada 1 lagi benda best yang korang kena tau pasal susu ni. Susu ni sebenarnya mengandungi A2 iaitu protein A2 Beta-Casein. Kebiasaannya susu lembu yang ada dekat pasaran mengandungi A1 dan susah nak cari susu yang hanya ada A2. Tapi lembu dari New Zealand ada susu yang mengandungi A2. Susu yang mengandungi A2 ni lebih mudah dicerna oleh usus kita sebenarnya dan susu-susu lain yang ada A2 jugak contohnya macam susu kambing dan susu dari kita manusia ni.

Untuk orang yang tak boleh terima susu lembu biasa, maybe korang boleh cuba susu ni pulak. Bagi Iza minum susu Diamond Pure ni lenih ringan dekat perut. Tak rasa perut macam kembung macam Iza minum susu lain.


Bagi korang yang nak cuba, dekat bawah ni Iza senaraikan kata mana korang boleh dapatkan susu ni:

Online

In-store
Atlas Gourmet Market
Four Seasons Place, KL

Urbanfresh Marketplace
Setia City Mall, Shah Alam

De Market
Faber Tower, Taman Desa

The Natural Marketplace
SS2, Petaling Jaya

Jaya Grocer 
The Intermark, Jalan Tun Razak | The Gardens Mall, Mid Valley City | Main Place Mall, Subang Jaya | Starling Mall, Uptown | 163 Retail Park, Mont Kiara

Kiara Supermarket & Kiara Mart 
Plaza Mont Kiara |  The Fare, 10 Mont Kiara | Seni Mont Kiara | Kiaraville, Mont Kiara | 28 Mont Kiara | Saujana, Shah Alam

BMS Organics 
Puchong Jaya, Puchong | Taipan USJ, Subang | Empire Shopping Gallery, Subang | Kota Kemuning, Selangor | One Utama Shopping Centre | Centrepoint, Bandar Utama | Ativo Plaza, Damansara Avenue | Gateway @ KLIA2 | Mid Valley Megamall | IOI City Mall | AEON, Bukit Tinggi

Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: All products were sponsored by Diamond Pure. All my reviews are honest after testing the product.)

Ulasan

  1. Alamak.. Kita yang tak reti minum susu putoh ni pun rasa macam nak try je la pulak susu tu. Haha
    Nampak macam sedap je..
    Kalau yang ada kiwi tu, macam mana agaknya rasa sebenar dia ye.
    Sebab susu, then gabungan buah kiwi..
    Masam masam ke??

    BalasPadam
  2. minum susu memang bagus untuk kesihatan..apatah lagi susu yg kaya dengan protein sbb dia membantu pembentukan tulang dll..

    BalasPadam
  3. Susu dgn kiwi. Menarik. Sebab rasa kiwi tu je dah sedap.

    BalasPadam
  4. Saya pun suka minum susu diamond pure. My favourite is kiwi. Sangat sedap.

    BalasPadam
  5. my son loves this milk too, yeah I like to drink too as it helped me going toilet very often too. As for my son it didn't make him go toilet as often as me. I follow your blog gfc, mine is www.mymumbest.com

    BalasPadam
  6. Kita memang allergic dengan susu warna putih. Kalau susu warna lain boleh tahan lagi. Kebaikan susu memang tak boleh disangkal lagi apatah lagi ditambah dengan kiwi, madu dan lain2 lagi.

    BalasPadam
  7. First time tengok ada brand susu ni. Tak pernah lagi cuba. Tapi boleh tahan ada perisa susu dengan kiwi. Mesti sedap

    BalasPadam
  8. So many flavours available. Good news for me especially I don't like to drink plain milk. Ha ha ha...

    BalasPadam
  9. Banyak flavour la susu ni. Tertarik pulak dengan susu madu manuka tu. Macam sedap je semua susu ni. Nak cari jugak la nanti. Umur dah nak masuk 30 an ni la kena jaga tulang dan gigi

    BalasPadam
  10. wah sedapnya bangun pagi boleh breakfast susu segar. dah la banyak perisa, semua nampak sedap. kalu ibu-ibu hidang kat anak-anak mesti dorang suka sangat. boleh la BBL dapatkan satu nanti

    BalasPadam
  11. Pertama kali dengar jenama ni. Dari info sgt bagus dab buat Bella nak cuba. Nak cuba perisa kegemaran Iza dululah. Then nasib baik ada juga jual di department store, jadi mudah lah nak beli. Kebetulan Jaya Grocer baru buka sebelah opis, may be ada kot na jenaman ni.

    BalasPadam
  12. Sejenis yang tak suka minum susu putih tpi bila nampk packaging warna warni dengan ada flavour tambahan buat rasa nak try. Baru pertama kali dengar jenama susu ni. Nak carilah besok.hehehe

    BalasPadam
  13. Wah... Menarik tertarik yang ada add kiwi tu. Teruja nak tau rasa dia. Dapat bayangkan cam sedap jer... 1st time tau pasal brand ni, pasni nak pi cari laaa.. Thanks sharing

    BalasPadam
  14. Ohohhh best nya tgok banyak jenis dah susu ada kat pasaran. Nasib dorang pny ni mula aware pasal lactose intolerance kat Malaysia. Sebab dulu2 susu lembu je yang available. Orang minum susu jatuh sakit semua kata susu basi rupanya tak masuk ke badan. hehehehe.

    I nak try yang first one tu. With inulin fibre~

    BalasPadam
  15. Rawlins jenis senang terpengaruh dengan warnanya yang menarik perhatian tu. Bagusnya la manfaat dia kan - so Rawlins rasa nak try gak la. Hehe.

    BalasPadam
  16. susu baru ni.. Memamg tak pernah nampak ni. .Macam menarik susu dia. .Nanti bolehla rasa kot nak buat stok puasa ke kan. .nampak macam sedap walaupun kotak dia simple je kan. .

    BalasPadam
  17. Paling sedap tu susu yg kiwi tu hahah kte ngadap sorang je susu kiwi tu

    BalasPadam
  18. Mouse mommy dgn ank2 pun suka susu fresh DiamondPure ni terutamanya susu dengan madu maduka tu, mmg favourite MR dan MH! Kami siap buat overnight oat dgn susu fresh DiamondPure ni... sedap...

    BalasPadam
  19. I have never seen this dairy products on the shelves here in Malacca yet. I wonder how it tastes like. The kiwi flavour looks really unique, would really love to try it. :)

    BalasPadam
  20. first time kite tengok susu packaging tu.. menarik. tapi x minum susu.. hihi..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular