Kalau Tak Nak Snack Sihat Dari Kintry Jangan Baca

Assalamualaikum

Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang snack sedap yang Iza dapat last week dari Artisan Kintry Food Company.


Biasa kalau makan snack mesti akan terfikir keropok kentang yang jual bersepah-sepah dekat kedai tu kan? Apa kata kita upgrade sikit dengan snack yang lebih healthy?

Sempena CNY hari tu, Kintry ada buat promo untuk combo keempat-empat snack tu dengan harga hanya RM 60.00 (np: RM 69.90) je. So apa pulak 4 snack yang ada tu?

SALTED EGG YOLK CRISPS


Salted egg memang tengah popular sekarang. Mana-mana pun korang senang nak jumpa menu ada salted egg. Untuk Salted Egg Yolk Crisps ni, Kintry menggunakan kentang russet US yang digaul dekali dengan salted duck egg yolk dan ditambah rasa pedas dan bau lebih wangi dengan cili padi dan daun kari.


Salted Egg Yolk Crisps ni masa dapat haritu tak berapa nak crunchy, so tips yang dorang bagi ialah dengan panaskan dalam oven dalam 30 saat ke 1 minit. Nanti crunchy la balik.


Rasa dia memang the best. Iza memang suka dengan salted egg, apa-apa yang ada salted egg Iza suka. Kalau keropok kentang ada salted egg lagi la sedap kan? Rasa lemak-lemak salted egg tu memang buat tak berhenti makan.

PANDAN GULA MELAKA GRANOLA


Dalam Pandan Gula Melaka Granola ni ada mix of rolled oats yang dipanggang bersama kacang almond, chia seed dan kepingan kelapa yang disalut dengan rasa daun pandan segar direndam dalam ramuan gula melaka. Kemudian ada cranberries untuk tambah rasa manis.


Kintry ada mention rasa dia ada a bit macam cendol. Iza pun macam tak percaya betul ke tak. Sekali dah rasa memang betul ada sikit rasa cendol, maybe sebab daun pandan and gula melaka tu.


Rasa memang sedap. Ni snack yang lagi tak boleh behenti makan. Sebabkan dia kecik-kecik, so asyik nak ambil lagi je masuk dalam mulut. Semuanya crunchy, jadi dorang pack cranberries tu asing sebab nak kekalkan rasa crunchy tu. 

SALTED CARAMEL GRANOLA


Untuk Salted Caramel Granola pulak ada rolled oat, pumpkin seeds, sunflower seeds, flax seed meal and cashew nuts. Semua ni di gaul sekali dengan rasa salted caramel. 


Rasa masin-masin manis yang buat korang tak boleh stop nak makan. Sedap! Semua yang ada dalam Salted Caramel Granola takdela buat Iza rasa serba salah makan banyak. Kebanyakannya berunsurkan kacang. Healthy gitu.


OAT CHOC CHIP COOKIES


Last but not least Oat Choc Chip Cookies. Cookies paling sedap Iza pernah makan. Dahla soft and rasa dia takdela manis macam kalau kita beli kat pasaraya tu.


Dalam cookies ni dorang letak kacang and oat jugak. Buat cookies tu jadi lebih lemak. Manisnya pulak datang dari choc chip tu sendiri. Memang sedap. Family Iza pun suka cookies ni.


Selain korang boleh beli combo pack ni, korang boleh jugak beli satu-satu. Korang boleh dapatkan snack Kintry ni secara online dekat links bawah ni:

Website:

Instagram:

Facebook:

Anyway, Iza ada buat giveaway untuk CNY combo ni. So kalau korang join. Pergi dekat Instagram Iza ok??

Hint: Cari gambar ni :D
Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: The product was sponsored by Artisan Kintry Food Company. All my reviews are honest after testing the product.)

Ulasan

  1. Alamak.. tengok gambar pun dah terbayang kesedapan kerangupan snack dari Kindry ni.. alahai.. nyum2.. sedap ni.. boleh try.. hahah

    BalasPadam
  2. Tengok iza makan rasa nak jugaklah cuba. Nak join giveaway la, mana taukan menang.. Bolehlah merasa snack ni jugak

    BalasPadam
  3. dalam banyak2 foods tu saya akan boleh makan biskut je. kalau kekacang mmg failed nt sangkut kat celah besi gigi. stress nya nak kluakan huhu. seksanya bila lah braces ni nak tertanggal

    BalasPadam
  4. menarik. dan memang sihat-sihat snacks nyer, iza.
    packaging nyer pun sgt cantik and simple. mudah jual ni! terbaik!
    aida kalau snacking time, prefer buah2an skang ni.
    jarang amik kacang sebab x minat. biskut ok, minat.

    BalasPadam
  5. Sedapnya...ni klau mkn smbil buat keja dpn pc msti x terasa ni...ralit ja dok ngap

    BalasPadam
  6. Sedapnye makanan untuk diet ke nih? sy suka yang pedas-pedas tak suka yang manis-manis sangat. teringin nak cuba nanti

    BalasPadam
  7. Wah nampak sedap betul snek-snek ni. Nampak premium dgn harga yang ditawarkan. Tapi memang nampak menyelerakan terutama cookies tu. Packaging pun not bad. Simple tapi cantik. Boleh cube nnti.hehehe

    BalasPadam
  8. Yesss kita pun suka yang salted egg tu juga hehehehe mesti best kalau dapat banyak macam ni sekali mengadap jer dah habis sambil layan movie kat rumah depan tv hehehehe...

    BalasPadam
  9. Wuhooo sedapnya. Sis memang suka makan snak ni..kat umah ni kalau x ada snak mmg x sah, buat kerja pun kena ngup ngap..bolehlah sis cuba yg ni pulak

    BalasPadam
  10. Kita suka snack macam ni.. Kkunyah sambil layan tv... Tak pun masa dalam kereta.. Bgusl ade snack macam ni. .Macam-macam perisa ade yye. .

    BalasPadam
  11. Macam macam ada tu. Yang salted egg pon ada. Sedapnya. Boleh cuba ni.

    BalasPadam
  12. Suka betul dengan kudap-kudapan macam ni.
    Ni bila makan mula la ralit je ni.
    Sedar-sedar habis dah seplastik tu. Hehe
    Kalau ada anak, confirm berebut.

    BalasPadam
  13. Rawlins tak boleh ada kudapan sebegini dalam pejabat ke dalam rumah. Sekejap je nak habiskan - mulut tak henti mengunyah.

    BalasPadam
  14. Ni kalau dapat ni, mmg tak benti ni. Dah la flavor dia macam sesedap je. Lain dari yg biasa kat pasaran kan.

    BalasPadam
  15. Snack tu kalau makan sorang tak sedar dah habis. Cuma kena tahu apa yang sesuai utk seisi keluarga sekarang ni. Nak kurangkan gula dekat family. Kacang dan oat tu mcm best je. Nanti nak cuba.

    BalasPadam
  16. Eh siap ada flavor salted egg lagi tu. Sedapnyaaa. emi memang penggemar saltef egg.

    BalasPadam
  17. Yummy , sedapnya! Nak try salted egg flavor tu!

    BalasPadam
  18. Nampak macam best juga brand ini. I memang suka stock up snacks at home and also in my office. Kadang lapar boleh lah munch dulu kan. The salted egg potato chips is very tempting.

    BalasPadam
  19. wow yg salted egg tu macam sedap je..harga pun murah 1 set 60..nak kena join giveaways jugak ni..hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular